Susu Friso Gold Dengan LocNutri Buat Aneeq Lebih Sihat Dan Kuat

December 11, 2016

Susu Friso Gold Dengan LocNutri Buat Aneeq Lebih Sihat Dan Kuat | Aku ni seorang Mak yang agak obses terhadap anak. Yes, Aneeq. Semua benda Aneeq nak buat aku jadi risau. Aku nak Aneeq explore dunia ni sejauh mana yang dia mampu pergi tapi dalam masa yang sama aku risau dengan kesihatan dia. Ye lah, Aneeq kan masih kecil. Boleh ke dia bertahan dengan keadaan dunia luar yang kotor dan sebagainya?

Oh Aneeq

Aktiviti Luar Rumah Bersama Aneeq

Sebagai Mak yang obses terhadap anak jadi sepanjang masa memang Aneeq akan ada dengan aku. Sepanjang aku dan Aneeq bersama, memang ada macam-macam aktiviti yang aku dan Aneeq buat. Antara aktiviti outdoor yang aku buat dengan Aneeq:


Oh Aneeq

1. Bermain Alam Semula Jadi

Budak-budak, korang bawak lah ke mana pun. Memang tak kan lari dari bermain dengan macam-macam benda. Bawak ke pantai, mainnya pasir. Bawak ke taman, mainnya batu dan tanah. Macam-macam benda kotor yang Aneeq pegang masa bermain dekat luar tapi itu lah cara budak-budak belajar dan berkembang kan?  


Oh Aneeq

2. Bermain Dengan Haiwan

Aku suka sangat kalau Aneeq main-main dengan pet. Boleh pupuk sifat kasih sayang pada haiwan, boleh dia kenal macam-macam jenis haiwan. Macam masa travel hari tu, mula-mula dia kenal cat je. Jumpa anjing pun panggil cat. Lepas kitaorang bagitau anjing dengan kucing tu haiwan yang berbeza, baru Aneeq dapat bezakan cat dengan dog.


Oh Aneeq

3. Travel

Ini adalah keputusan paling gila aku pernah buat. Bawak Aneeq pergi travel keliling semenanjung Malaysia 14 hari non stop. Aku pun tak sangka Aneeq berjaya buat tanpa jatuh sakit atau ada masalah-masalah lain. Yang aku pasti, selama 14 hari tu, memang banyak kenangan dan pengalaman yang best aku kongsi dengan Aneeq.   

Cara Untuk Pastikan Aneeq Sihat Dan Kuat Dari Dalam

Macam-macam yang dah aku buat untuk pastikan Aneeq sentiasa sihat dan kuat dari dalam. Bukan susah pun nak jaga kesihatan budak-budak ni. Yang penting kena konsisten dan alert selalu. Antara cara aku pastikan Aneeq sentiasa sihat:


Oh Aneeq

1. Jaga Kebersihan Diri

Aku akan pastikan Aneeq basuh tangan sebelum makan, selepas keluar toilet, gosok gigi dan basuh kaki setiap kali balik rumah sampai dia sendiri pun dah terbiasa dan akan buat sendiri. Tak payah tunggu aku suruh, dia dah tahu apa yang dia perlu buat.


Oh Aneeq

2. Jaga Kebersihan Pakaian Dan Persekitaran

Kalau Aneeq je yang jaga kebersihan badan dia, tak guna jugak kan. Aku pun akan pastikan jugak persekitaran contohnya macam pakaian, tempat tidur, lantai rumah, bekas makanan dan mainan dia sentiasa bersih untuk elakkan kuman. 


Oh Aneeq

3. Makan Makanan Berkhasiat

Aku selalunya memang masakkan makan makanan yang berkhasiat untuk Aneeq setiap hari. Aku sentiasa pastikan yang makanan Aneeq makan bersih, berkhasiat dan yang penting tak ditambah dengan bahan-bahan kimia yang bahaya. 


Oh Aneeq

4. Rehat Yang Cukup

Rehat dan tidur yang mengcukupi tu memang penting sangat untuk budak-budak kecil. Tidur adalah proses  di mana otak dan badan budak-budak sedang direhatkan sepenuhnya. Semasa tidur jugak sel-sel rosak akan diperbaiki dan badan mereka juga akan membesar dengan sihat.


Oh Aneeq

5. Berikan Nutrien Tambahan 

Aku tahu Aneeq pun perlukan nutrien tambahan yang berkhasiat. Jadi aku berikan Aneeq Susu Tepung Friso Gold dengan teknologi terbaru LocNutri. Nak anak sihat, kita sebagai ibu bapa kena pandai pilih susu formula terbaik untuk anak kan.

Aku tahu susu ibu tu memang yang terbaik untuk anak-anak. Tapi aku jugak kena faham diri sendiri bila aku dah tak mampu nak fully breastfeed Aneeq sehingga dia berumur 2 tahun. Sekarang Aneeq masih lagi breastfeed tapi tak sekerap dulu sebab supply aku pun dah mampu nak memenuhi permintaan Aneeq. Jadi, sekarang aku campur, waktu pagi breastfeed. Waktu snack dan malam pulak, Aneeq minum susu Friso Gold.



Friso Gold

Susu Formula Friso Gold 

Aku rasa ramai yang dah tahu dan kenal dengan jenama susu Friso Gold ni kan? Friso Gold ni adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang diimport 100% terus daripada Belanda dan setiap proses dijaga rapi untuk kekalkan nutrisi terbaik untuk anak-anak. Friso Gold ni jugak menampilkan warisan Friso Gold Nature (Alam Semulajadi) & Science (Sains).


Dihasilkan Oleh Alam Semula Jadi

Ladang Milik Sendiri
Susu Friso Gold datang dari 19000 ladang-ladang di Belanda milik Friso Gold sendiri. Friso Gold menggunakan kepakaran bidang tenusu selama 140 tahun untuk mencipta persekitaran yang ideal untuk dapatkan hasil suus yang berkualiti tinggi.

Lembu Baka Tulen
Susu yang dihasilkan adalah daripada lembu baka tulen  yang diberi makanan yang berkualiti. Bila dah dapat makanan yang berkualiti, lembu-lembu tu mestilah akan hasilkan susu yang berkualiti jugak.

Warisan Kepakaran Bidang Tenusu
Penghasilan susu yang berkualiti ni kena ada penjagaan yang tinggi. Susu yang dihasilkan di ladang-ladang Friso Gold semuanya menggunakan kepakaran bidang tenusu dari satu generasi ke generasi.


Ditambah Baik Dengan Sains

Memelihara Kebaikan Alam Semula Jadi
Friso Gold menggunakan teknologi sains terkini dan kepakaran saintis untuk memelihara susu dalam setiap langkah pemprosesan susu dan mengekalkan kebaikan dalam formula susu mereka.

Kualiti Keutamaan Nombor 1
Friso Gold sentiasa memastikan susu yang dihasilkan dan dibekalkan kepada semua berkualiti tinggi jadi mereka sendiri akan memastikan setiap langkah penghasilan bermula daripada sumber susu hingga penghasilan dikawal sepenuhnya.


Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri

Friso Gold ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi LocNutri. Maksudnya susu ini diproses dengan menggunakan haba yang sederhana supaya segala nutrien yang terkandung dalam susu ni terpelihara. Teknologi LocNutri ni jugak membantu segala nutrient yang terpelihara tu supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadamkan oleh anak-anak.

Korang tahu tak bila anak-anak kita ni ada sistem penghadaman yang baik, daya ketahanan badan diaorang pun akan bertambah baik? Sekarang korang dah tahu kan? Bila anak-anak sihat dan kuat dari dalam, mesti diaorang lebih seronok dan ready untuk explore apa saja di luar dengan kita. Jom Aneeq, kite pergi travel lagi! 


Oh Aneeq

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Friso Gold terbaru ni, korang boleh tengok di bawah.


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter