12 Barang Untuk Dibeli Pada Tahun 2017

12 Barang Untuk Dibeli Pada Tahun 2017 | Baru hari kedua masuk tahun baru 2017 ni, aku dah plan untuk beli macam-macam barang pulak. Bukan sikit tau. Sampai 12 barang nak dibeli. Tapi, jangan risau, barang yang aku nak beli ni bukan sekaligus. Tapi nak beli sebulan sekali sebagai reward untuk diri sendiri dan sebagai hadiah sayang untuk Aneeq dan jugak untuk Zul.

12 Barang Untuk Dibeli Pada Tahun 2017

Antara barang yang aku nak beli tahun 2017 ni:

Wacom tablet

1. Wacom Intuos Draw Fun (Januari - Untuk Diri Sendiri)

First sekali tahun ni, aku nak beli Wacom ni. Dulu aku minat sangat melukis tau. Aku suka lukis karekter-karekter yang comel-comel. Tapi makin lama, makin tinggal, makin hilang skill melukis. So. aku saja lah nak beli Wacom ni sebagai reward untuk diri sendiri tahun lepas aku dah berusaha gigih kerja. Hopefully aku akan guna lah dan tak peram bawah tilam hahahaha.

2. Skuter (Februari - Untuk Zul)

Bulan Mac nanti, Zul akan start kerja pagi. Pagi buta. Jadi, aku nak belikan Zul skuter sebijik supaya dia senang ulang alik Shah Alam ke KL dan nak elak jem. Skuter apa, tak tau lagi, nak suruh Zul je pilih sendiri ikut keselesaan dia. Aku memang dah simpan untuk beli skuter untuk Zul lama dah. Sekali sekala beli hadiah mahal untuk suami apa salahnya kan. Zul dah beli rumah, jadi skuter ni apalah sangat nak dibandingkan dengan rumah tu.

Buku Iqra Kanak-Kanak

3. Iqra Kaedah Berkesan Belajar Al-Quran Genius (Mac - Untuk Aneeq)

Disebabkan bulan Mac ni adalah bulan Aneeq lahir, jadi aku nak belikan Aneeq buku Iqra ni sempena hari lahir dia. Setakat ni, Aneeq dah boleh membebel 123 dan ABC walaupun tak proper lagi sebab aku pun tak push sangat Aneeq untuk mahir belajar dalam waktu umur dia sekarang ni. ABC dah, 123 dah. Nak jugak lah kenalkan Aneeq dengan Al-Quran jugak.  


Ebook Panduan Raja Adsense Revive

4. Ebook Panduan Raja Adsense Revive (April - Untuk Blog)

Yang ni aku nak beli untuk blog. Tahun ni aku fokus untuk dapatkan income sebanyak mungkin melalui blog dan online. So, bulan April nanti aku nak beli ebook ni, belajar dan implement supaya dapat lah jugak akaun Adsense ni. Dah setahun aku apply tak lepas-lepas lagi. Buku ni RM80 je. Pada aku investment yang berbaloi jugak lah untuk blog.

Kasut Sukan Ambros

5. Kasut Sukan Ambros (Mei - Untuk Diri Sendiri)

Aku ni dah lama tak bersukan. Berjogging pun berkurun lamanya. Tahun ni aku rasa macam nak bersukan sikit lah. nak jadi sihat katanya. Since aku dah lama tak ada kasut sukan, aku nak beli kasut sukan Ambros yang macam dalam gambar tu. Harga sekarang RM79.90. Aku harap bulan Mei nanti harga sama ada turun atau kekal macam ni. Baru lah mampu beli.


Smartphone Vivo

6. Phone Baru (Jun - Untuk Zul)

Okay, bulan hari lahir Zul. Zul punya phone skrin dah retak. Jadi, aku plan untuk beli phone baru untuk Zul. Harapnya, sampai bulan Jun ni Zul tak ada lah beli phone baru sendiri lagi. Kalau ikutkan Zul suka iPhone tapi kan, aku tak mampuuuu. Jadi, aku plan nak belikan phone latest yang ada dekat Malaysia. Kita tunggu lah bulan Jun tahun ni. For now, paling latest adalah brand Vivo Siti Nurhaliza tu. 


Potty train

7. Foldable Kids Toilet Ladder Toilet Training Potty (Julai - Untuk Aneeq)

Aneeq dah masuk 2 tahun dah tahun ni. Aku rasa dah sampai masa nye kot untuk start ajar Aneeq potty train. Sekarang ni pun walaupun Aneeq tak masuk umur 2 tahun lagi, aku dah start ajar Aneeq free diapers. Dan of course masih kantoi sana sini. Tapi, tak salah nak cuba kan? Boleh jimat pampers. Tangga ni die sekali dengan alas potty tu. Dan boleh lipat dan tangga boleh adjust. macam menarik je untuk dicuba.  


Panduan Buat Duit Dengan Youtube

8. Panduan Buat Duit Dengan Youtube (Ogos - Untuk Blog)

Tahun ni aku mula berjinak-jinak dengan vlog terutamanya dalam Youtube. Sedikit sebanyak tu aku nak jugak dapatkan ilmu yang betul untuk buat vlog. Dan dah alang-alang ada alaun Youtube tu, boleh je lah aku nak sedut side income melalui Youtube pulak. Aku harap dengan beli ebook panduan buat duit dengan youtube ni, aku boleh improve lagi video-video aku dan dapat income yang lebih banyak melalui video Yotube. 

Dress Cantik

9.  Dress Cantik (September - Untuk Diri Sendiri)

Trust me, normally aku bukan jenis yang suka pakai dress atau baju kurung. Tapi sejak dah menginjak ke umur 2*tut* ni, aku rasa berkenan sangat nak pakai baju-baju cantik. Nak make up lagi. Hahahaha. Geram tau. Aku jarang nak ada baju macam ni. Kalau ada pun, mesti baju keturunan dari kakak-kakak aku. Teringin jugak nak merasa baju cantik sendiri. 

Blueetooth Headphones

10. Bluedio T2S Blueetooth Headphones (Oktober - Untuk Zul)


Untuk bulan Oktober nanti pulak, aku plan untuk beli headphone untuk Zul sebabnya kerja Zul ni memang memerlukan sangat dia asyik on call dengan orang. Biasanya dia guna headphone untuk jawab segala call tu. Headphone yang dia pakai sekarang ni katanya selesa tapi tak ada bluetooth. Aku tengok review orang ramai pasal headphone ni best so aku plan lah nak beli. 

Gitar untuk Kanak-kanak

11. Mini Guitar Basswood Kid's (November - Untuk Aneeq)

Satu benda yang aku perasan pada aneeq start dia umur dalam setahun tu, dia suka sangat pada muzik. Suka dengar muzik, suka ketuk drum yang Zul belikan untuk dia, suka berjoget, suka main petik gitar Mama Long dia. So, aku plan untuk belikan Aneeq mini gitar supaya dia boleh asah bakat dia. Mana tau dia ada bakat terpendam ke kan?


12. Sokano Foldable Sofa (Disember)

Sebenarnya yang ni aku masih lagi terfikir sama ada nak beli sofa foldable macam dekat atas ni atau nak beli bean bag. Kalau ikutkan Foldable sofa ni lagi murah dari Bean Bag. Tapi bean bag tu nampak macam lagi best nak duduk. Tapi foldable sofa ni boleh sandar, bean bag tak boleh sandar. Hmm, tak pe lah. Benda ni plan nak beli bulan 12 pun. Lambat lagi. So, boleh lah nak fikir-fikirkan dulu.

Dah cukup 12 list barang yang aku nak beli tahun ni. Harap-harap tak terlebih beli lah. Kenapa aku buat list macam ni? Sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri. Tahun lepas aku pernah nak buat macam ni. Tapi tak terbuat sebab asyik terlupa. So, dengan adanya list ni, senang aku nak ingat dan aku akan update setiap bulan apa yang aku beli. Mesti tak lupa punya.

Korang ada plan nak beli apa ke tahun 2017 ni? Kalau nak senang, shopping online je. Aku pun dah makin jarang shopping dekat luar. Kalau weekend, kiteorang lebih senang untuk cari port makan baru atau buat outdoor activity daripada pergi shopping kat shopping mall. Biasanya aku beli dekat Lazada, Zalora dan macam-macam lagi kedia online. Korang biasa beli dekat mana?

5 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 02 January, 2017
Gila banyak wishlist...Sally dah beli wishlist Fadzi yg nombor 5 tuu..hahahaha...sbb ade promo..lol

SEMOGA MAKIN MURAH REZEKI TAHUN 2017 NI! :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 January, 2017
Sally beli berapa RM yang kasut tu? Saya tgk sekarang harga RM80
Syuhada Salleh Syuhada Salleh 02 January, 2017
wahhh...bgusnya, dah ada wishlist utk setahun..
Nur Zahirah Nur Zahirah 03 January, 2017
senang lah kalau dah plan camtu so takde yang termiss
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah 04 January, 2017
saya pun teringin nak beli new handphone huhu tapi huhuhuhu