Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2 | Korang pernah makan seafood atas meja tak? Last week first time aku pergi makan macam tu. Excited jugak lah sebab first time kan. Kali ni aku pergi try makan seafood dekat Crab Factory di SS2. 

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Sebelum makan, kita kenalah posing dulu dalam Crab Factory. First time datang sini dan first time makan seafood macam ni. Buat kenangan sikit. Hahahhaha.  

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Sebelum makanan dihidangkan, diaorang sediakan bib plastik untuk elakkan baju kita pakai kotor, tukul dan pengepit (betul ke istilah nye, aku pakai bantai je) untuk kita ketip dan pecahkan kulit seafood yang keras-keras tu dan tisu untuk lap segala lelehan. Serius, korang makan dekat sini tak payah lah nak make up make up ke lawa-lawa ke control ayu ke. Rugi je.   

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Posing dengan bib Let's Get Cracking. Okay dah cukup aku berposing dalam Crab Factory ni, nak tengok apa yang aku makan pulak?

Ice Lemon Tea

Ice Lemon Tea

Mula-mula kita order lah air. Aku order Ice Lemon Tea je. Tengah diet air gas katanya. Dekat Crab Factory ni ada soft drinks, air mineral dan air jus. Untuk dessert pulak ada ais krim, sorbet dan biscotto.

Seafood Set with Signature Southern Bang

Seafood Set with Signature Southern Bang

Untuk menu Seafood Set with Signature Southern Bang ni korang akan dihidangkan dengan Shallot Rice. Nasi dia bagi aku sedap sebab bila makan korang akan dapat rasa ada crunchy shallot tapi kecil-kecil je. Rasa lembut nasi dengan ranggup shallot tu memang kena dengan tekak aku. Seafood Set with Signature Southern Bang ni pulak sebab spicy sauce level dia medium, agak pedas sikit. Tapi dia bukan rasa pedas cili. Pedas dia lebih kepada pedas campuran herba. Dalam menu ni ada ketam, mussel, baby sotong, udang, kentang dan jagung. Rasa pedas dan masin dia cukup. Yang nasi tu lagi sedap kalau korang gaulkan sekali dengan kuah.     

Jumbo Japanese Sea Prawn with Creamy Lemak

Jumbo Japanese Sea Prawn with Creamy Lemak

My favourite menu! Serius ini sangat sedap okay. Rasa Jumbo Japanese Sea Prawn with Creamy Lemak ni macam masak lemak masakan Melayu tapi ada lah lain sikit. Korang hirup kuah je pun dah sedap. Dalam menu ni ada udang dan sosej. Isi udang dia manis betul. Oh by the way, ni menu baru tau. Maybe tak ada dalam menu lagi. Korang boleh tanya dieorang in case kalau tak ada dalam menu.  

Mussel with Garlic Butter

Mussel with Garlic Butter

Untuk menu Mussel with Garlic Butter aku suka sebab thrill nak kupas udang tu. Yang mussel tu kacang je, korek-korek terus masuk mulut. Yang udang tu ambil masa sikit nak kupas kulit. Tapi bila dah kupas tu, rasa puas hati bila masuk mulut. Rasa garlic butter dia bagi aku tak terlalu kuat dan tak terlalu mild. Just nice. And aku rasa mussels ni memang sesuai untuk dimasak garlic butter. Kena sangat rasa dia.

Prawn with Spicy Plum

Prawn with Spicy Plum

Prawn with Spicy Plum ni bagi aku agak mild. Tak rasa pedas pun. Ke aku power sangat makan pedas sampai tak rasa pedas dia? Tapi tu lah, kalau korang jenis tak makan pedas, better order yang ni lah. Tak silap aku yang ni pun menu baru. So, maybe tak ada dalam menu jugak. Try tanya diaorang kalau tak dek dalam menu okay?  

Fried Mini Mantou

Fried Mini Mantou

Huwaaaa, yang ni aku tak sempat nak rasa. Habis budak-budak lain rembat. Hahahha. So, aku tak boleh komen apa rasa dia. Aku pun tak pernah makan mantou ni tau. Rasa dia pun tak tau macam mana.

Cajun Fried Chicken Wings

Cajun Fried Chicken Wings

Cajun Fried Chicken Wings ni sesuai lah kalau korang ada kawan yang tak boleh makan seafood tapi sibuk nak join korang lepas dekat Crab Factory ni. Kasi can lah dekat diaorang kan. Diaorang pun nak have fun dengan korang. Cajun Fried Chicken Wings ni agak pedas jugak tapi bagi aku dia tak pedas macam makan cili tapi pedas sebab herba-herba yang digunakan untuk masak ayam ni. Hari tu aku makan 3 ketul ayam ni tapi dah nama pun makan seafood kan, mesti lah aku lagi prefer makan menu lain hahahhaa.   

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Tu dia dah habis makan. Inilah hasil kulit-kulit seafood yang aku makan. Menimbun. Tu pun banyak lagi yang tak habis tau. Jadi kiteorang tapau je yang lebih-lebih tu. 

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Sinki Crab Factory. Amboi sangat kan. Dah lah cermin besar, sinki pun besar. Air pun kuat. Deko dekat Crab Factory ni cantik. Jarak antara satu meja ke meja lain pun luas. Selesa betul nak makan dekat sini. 

Crab Factory: Original Louisiana Boil @ SS2
Nampak kosong kan? Sebab aku datang awal, tak ada orang. baru lah best makan tak yah berebut dengan orang lain. Overall, aku suka dengan menu-menu dekat sini terutamanya Jumbo Japanese Sea Prawn with Creamy Lemak. Rasa dia memang ada umphh! Seafood yang diaorang guna pun sangat fresh. Isi seafood semua rasa manis original.   

Kalau korang nak tengok full menu dengan harga untuk menu-menu yang lain, korang boleh tengok dekat sini -> MENU DAN HARGA CRAB FACTORY. Atau kalau korang nak tau lagi banyak pasal Crab Factory ni, korang boleh tengok website, Facebook atau Instagram diaorang.






3 comments.. read them below or add one

Inani Hazwani Inani Hazwani 12 January, 2017
Sedapnyaaaa! Selalu pergi SS2 makan dekat Murni, lepas ni boleh lah tukar selera pulak. Eheheh :)
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum 12 January, 2017
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 25 January, 2017
Makan seafood ni kalau tak kena yang fresh...mmg buat spoil mood tapi kalau kat Crab Factory, takkan rasa kecewa laa senang kata...