Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang

Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang | Bulan September tahun lepas, aku ada pergi jalan-jalan satu Semenanjung Malaysia. Pusing habis lah dan salah satu tempat yang aku pergi adalah Pulau Pinang. Kiteorang pergi Pulau Pinang naik feri ikut laluan Pengkalan Sultan Abdul Halim.


Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang

Ini tol tiket ke feri Pulau Pinang. Ada beberapa lane jugak so kalau waktu puncak, tak ada lah sesak sangat (sesak jugak kot). Waktu aku pergi ni memang tak sesak sangat sebab bukan waktu cuti atau waktu peak hour.

Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang

Ini senarai harga tiket feri ke Pulau Pinang.
  • Basikal (RM1.40)
  • Motosikal (RM2.00)
  • Beca/roda tiga (RM3.30)
  • Motokar (RM7.70)
  • Lori 4 Roda (RM13.20)
  • Lori 6 Roda (RM27.50)


Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang

Sebelum masuk ke dalam feri tu, kena tunggu dekat kawasan menunggu dulu. Ada lah dalam lebih kurang 20 minit tunggu. Kena tunggu dalam kereta dan kena matikan enjin. Tapi fuh, panas sikit sebab kawasan tu even terbuka pun, kereta penuh. Memang panas sikit. Plus ada jugak kereta yang tak matikan enjin diaorang. Tapi belah kiri boleh tengok view laut dan view pelabuhan. 

Harga Tiket Feri Ke Pulau Pinang

Bila dah boleh start masuk ke dalam feri, korang kena bawak kereta korang slow-slow masuk ke dalam lane kuning yang dah ada dalam feri tu. Dekat sini korang kena jaga-jaga sikit lah. Dan make sure matikan enjin. Kang tak terpasal-pasal langgar orang atau kereta korang tertolak jatuh ke laut. Huhuhu.

Bila kereta dah habis masuk dan park elok-elok semua, orang yang berjalan kaki pun start masuk. Orang yang berjalan kaki pun duduk dekat tempat yang sama dengan datang ke Pulau Pinang naik feri. Memang sesak dan penuh jugak dalam feri tu.

Bila dah park kereta dalam feri ni, better korang keluar untuk menikmati keindahan laut dan angin. Sedap je rasa cuma bau asap feri tu kadang-kadang memang mengganggu sikit. Waktu pergi je kiteorang naik feri ni. Waktu balik kiteorang try guna jambatan pulak :D Korang dah pernah naik feri ke Pulau Pinang? 


5 comments.. read them below or add one

zie azi zie azi 05 January, 2017
tq info, lama tak naik feri pulau pinang ni
Nur Zahirah Nur Zahirah 05 January, 2017
wahh best jugak lama tak pergi