Kenapa Anda Perlu Belajar Buat Blog Sendiri?

Kenapa Anda Perlu Belajar Buat Blog Sendiri? | Blog dah tak relevan? Siapa kata? Sekarang ni makin ramai orang akan refer pada blog untuk dapatkan maklumat dan advertiser pun dah semakin bijak dan faham pentingnya blog untuk marketing. Inilah peluang keemasan korang untuk belajar buat blog sendiri dan mula jana income daripada blog.

Kenapa Anda Perlu Belajar Buat Blog Sendiri?

3 Tips Penulisan Blog Yang Berjaya

Aku nak dikatakan dah jadi blogger berjaya tidaklah sangat tapi aku masih lagi belajar. Dan antara tips yang aku boleh bagi untuk korang yang baru nak cuba berblog ni, boleh baca dekat bawah.

1. Konsisten Tulis Entri
Korang kena konsisten dalam menulis blog. Kalau boleh setiap hari kena ada at least satu entri. Kalau setahun sekali, macam mana nak jadi blogger yang berjaya, betul tak? Trafik pun tak naik. Jadi, pastikan korang update entri yang berkualiti setiap hari supaya trafik terus menerus berjalan.  

2. Tulis Entri Original
Jangan sesekali korang pergi copy paste entri orang lain dan letak dalam blog korang. It's a NO NO! Aku selalu je nampak orang copy paste entri orang lain dan buat macam harta sendiri je. Even kalau korang dapat press realease pun, make sure olah ikut ayat sendiri dan bukan nya terus copy paste daripada press release tu. 

3. Belajar Ilmu SEO Tapi Jangan Lupa Audience Yang Baca
Ramai yang gila belajar ilmu SEO dan praktikkan dalam blog masing-masing, Tapi kadang-kadang tu terlapau aplikasikan SEO sampai baca entri pun bosan sebab macam robot je. Fikir sikit pada pembaca kita yang membaca. Guna ayat yang mudah difahami dan santai. Baru orang seronok nak baca lagi. 

Kalau korang nak belajar buat blog dengan lebih lagi, aku cadangkan korang download PDF Belajar Buat Blog di bawah ni. Banyak ilmu pasal buat blog yang korang boleh dapat melalui ebook ni. 



Dan lepas dah baca ebook Belajar Buat Blog ni, korang boleh cuba untuk sertai CONTEST SEO BELAJAR BUAT BLOG sebagai salah satu cara untuk asah skill korang. Barulah ada aplikasi lepas baca teori. Betul kan?





Cepat-cepat download ebook Belajar Buat Blog ni dan join contest di atas. Contest ini turut disertai oleh:
  1. calrasepatrick.blogspot.com 
  2. nonasani.blogspot.my 
  3. missobsesi.blogspot.my 
  4. sayidahnapisah.com 
  5. mommyfiqa.com 
  6. bloggerlelaki.com 
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my 
  8. dianarashid.com 
  9. susahsenangblogger.com 
  10. at-tarmizi.blogspot.my 
  11. myideakini.com 
  12. amirkhalis.blogspot.my 
  13. jangan-bukak.blogspot.my 

Post a Comment

11 Comments

  1. Copy entri tu memang tak patut la. Tapi kalau copy idea, disertakan dengan pengembangan idea, should be no problem :D

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya dalam kontest SEO belajar buat blog

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya.

    Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...

    ReplyDelete
  4. Salam Fadzi Razak... Moga sejahtera hendaknya. Belajar, belajar, belajar dan bila dah terror, boleh pula berkongsi ilmu tersebut terutama pasal Belajar Buat Blog.

    Moga menang dalam contest SEO ini.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju, jgn tulis blog macam skema sgt, kena ada tarik tali.. sesekali berrgurau dgn audien, kan?

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete
  7. Ohh ada kontest rupanya .. huhuhu ... semoga berjaya ye. Hmm entri pun bagus ni.

    ReplyDelete
  8. sangat bermanfaat!

    http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/2017/02/penghantaran-borang-cukai-tahun-2016.html

    ReplyDelete
  9. sangat menarik dan ia memmang betul

    ReplyDelete
  10. terima kasih, kena konsisten update blog kan

    ReplyDelete