Tempat Makan Best Bangi - Orked Lavender Kafe

Tempat Makan Best Bangi - Orked Lavender Kafe | First day tahun 2017 ni korang buat apa? Aku, kalau dah namanya weekend, memang kejenya food hunt dengan family lah. Minggu ni acah-acah nak makan jauh sikit dari Shah Alam, so kiteorang try Orked Lavender Kafe dekat Bandar Baru Bangi sebab ada orang kata Laksa Johor dengan Nasi Dagang diaorang sedap. Nak lah jugak try kan.

Tempat makan di Bangi - Orked Lavender Cafe

Kiteorang sampai ke area Bangi tu agak lewat jugak dalam pukul 4 petang. Sampai-sampai je, aku nampak depan Orked Lavender Kafe ni alahai sweetnye kaler dia. Putih-putih pastu ungu. Sweet gila kaler dia. Dalam kedai pun luas je, selesa. Memang kena lah dengan theme cafe ni, the coziest cafe in town. 

Now kite tengok apa yang kiteorang order hari semalam. Dah kata datang sini nak try Nasi Dagang dengan Laksa Johor kan. So itulah yang kiteorang order.

Nasi Dagang Terengganu
Nasi Dagang Terengganu (RM13.50) 
Kalau korang order Nasi Dagang Terengganu dekat sini, korang akan dapat nasi yang cukup lemaknya, acar timun, kari ikan tongkol, seketul telur rebus dan dua batang lokcing. Aku kena jujur, kuah kari dia memang power. Pekat. Serius last aku jumpa nasi dagang kuah pekat masa aku kecik-kecik dulu balik kampung. But this, this kuah kari is awesome! Mula-mula akan rasa manis-manis lepas tu korang akan rasa pedas-pedas sikit. Memang kena dengan tekak aku.

Laksa Johor
Laksa Johor (RM12.50)
Dalam menu ni pulak korang akan dapat laksa yang guna mee spageti, kuah ikan pekat, telur rebus sebiji dan sambal belacan. Sebenarnya sebelum ni aku tak minat pun makan laksa. Ni Zul yang makan. Zul kata kuah dia pekat sedap. So, aku pun nak jugaklah try rasa. Rupanya memang sedap pun laksa Johor. Kuah dia memang serius pekat. Yang duduk dekat KL atau Selangor yang rindu laksa Johor, mai lah datang sini makan.

Kedai makan di bangi
Ni kiteorang saje test nak bagi Aneeq rasa Laksa Johor. Nak tau kena ke tak dengan tekak dia. Rupanya dia suka. Bagus Aneeq bagus.

Caramel Macchiato
Caramel Macchiato (RM11)
Ini air Zul. Rasa dia ada pahit-pahit sikit dan milky macam tu. Kalau minum segelas ni memang kenyang lah. Gelas pun memang besar habis. Aku pun ada rasa jugak air ni tapi bagi aku kalau lebih manis lagi sedap. Aku memang gila makanan manis pun. 


Chocolate Milkshake
Valcano Milkshake Chocolate Brownies (RM23) 
Ini first time aku cuba minuman macam ni. Nervous tau nak makan makan minum sebab aku takut benda-benda yang diaorang tepek tu jatuh. Tapi tak de pun jatuh. Asalkan jangan biar sampai setengah jam dekat situ, memang jatuh lah semua benda. Dalam minuman ni ada brownies coklat, ais krim coklat, whipped cream, sos coklat, waffle stick dan kit kat.

Tempat makan di Bangi
Can you see that happy face Aneeq buat? Aduh aduh aduh, mak seriau tengok Aneeq duk telan Chocolate Milkshake ni sengsorang tau. Malam tu terus dia hyper. Grrrr. 

Karipap Ikan
Karipap Ikan (RM4.50) 
Yang ini kira side dish lah. Petang-petang rasa macam tak nak makan berat-berat, korang order Karipap Ikan ni. Inti dia of course lah ikan. Diaorang buat ikan tu macam serunding tapi perasa dia lain lah sikit. Pedas-pedas dan warna gelap. Makan pulak dengan kulit karipap tu crunchy. Yang ni memang aku rekemen kalau korang datang sini. Orked Lavender Kafe ni memang salah satu kedai makan yang best di Bangi untuk korang makan karipap. Percayalah.

Lokcing sedap
Lokcing (RM4.50)
Ni pun pertama kali aku makan lokcing. Selama ni duk dengar, duk baca je orang bercakap pasal lokcing. Sekarang aku dah boleh gebang dengan orang lain "Aku dah makan lokcing weh! Aku dah makan lokcing!" Kehkehkeh. Aku suka lokcing ni sebab bahagian luar dia ranggup. Dalam dia pulak lembut je. Dalam satu set lokcing ni korang akan dapat 10 batang lokcing. Setiap batang tu ada 4 ke 5 biji. Aku dah tak ingat. Nampak sangat tak sedar diri makan tu kan.  
   
Kali ni, sorry gambar menu dan senarai harga aku tak tepek dalam entry ni sebab panjang gila list makanan dia. Tapi overall makanan dia stardard mula dari harga RM3 sampai ke RM23 air dan makanan. Bagi aku tu affordable lah jugak untuk makan seminggu sekali. Makanan dan air dia pun sedap. Tempat dia pun santai dan luas. Aneeq pun seronok buat cafe tu macam rumah dia sendiri lari sana sini sebab hyper minum milkshake.

Tempat makan sedap Bangi
Mata Aneeq tak lekang dari tengok Chocolate Milkshake tu. 

Tempat makan sedap Bangi
Wei wei Aneeq, ni mak punyeeeeee~~

Untuk Orked Lavender Kafe ni, Mak Aneeq approved! Memang tempat makan di Bangi yang best untuk makan Nasi Dagang dan Laksa Johor. Alang-alang korang datang ke Bandar Baru Bangi untuk bershopping baju-baju dan tudung, singgah lah datang ke Orked Lavender Kafe kejap untuk makan Nasi Dagang Terengganu kuah pekat dia.


Alamat:
7G Jalan Medan Pusat 2D, 
Bandar Baru Bangi 
Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad
12pm - 12am

4 comments.. read them below or add one

Nur Zahirah Nur Zahirah 04 January, 2017
wahh memang manis gila kot tengok volcano milkshake tuh
Radhiah Izzati Radhiah Izzati 11 January, 2017
tunggu kami terjah.. haha
Ibu Zarith Ibu Zarith 16 January, 2017
bestnyaaa ada laksa johor.. kalau zarith teringin nak makan laksa johor sedap area centre boleh la pergi sini, tak perlu balik johor hehe