Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam | Kalau korang pernah tengok Restoran Vista Brasserie yang dekat Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam ni, mesti korang akan rasa tempat ni mahal. Aku tengok dari luar pun nampak eksklusif sangat sampai takut. Tapi, hari tu aku pergi, aku rasa harga dia agak berbaloi lah dengan menu-menu yang diaorang bagi.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Sebenarnya ada je menu dan set makanan yang harga dia murah dekat sini. Aku je yang gelabah tak pepasal. Dekat Vista Brasserie ni diaorang ada hidangkan macam-macam jenis menu termasuk Japanese Teppanyaki, Korean BBQ, Sizzling, kek, steak, sandwich dan pasta. Serius, harga dia semua affordable despite of rupa restoran dia yang nampak mewah tu.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Ni kawasan dining belah luar restoran. Open air tapi ada je kipas dekat atas. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Hari tu, aku pergi try menu Brazillian Churasso diaorang. Hah, ape ke bende Brazillian Churasso tu kan? Aku pun first time dengar term tu tapi menu Brazillian Churasso ni sebenarnya menu-menu daging yang di-grill. Benda-benda baru ni yang syok nak try ni. Selain daripada daging-daging yang di-grill, korang pun boleh makan macam-macam menu buffet yang disediakan. Buffet ni dah masuk sekali dalam package Brazillian Churasso tu.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Segala menu Brazillian diaorang bakar macam ni. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Nanas yang disapu dengan sos masam manis. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Untuk menu Brazillian Churasso tu pulak ada jagung, nanas, kambing, daging dan ayam yang dibakar. Nanti pelayan Vista Brasserie ni akan datang keliling meja korang untuk serve kan menu-menu BBQ ni. Diaorang akan datang ke meja korang dan potongkan kambing, daging, ayam atau apa-apa lah menu yang dieorang tengah hidang waktu tu. Macam tu sekali layanannya bila datang ke sini. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Gigih aku nak tarik daging.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Dalam buffet line tu ada salad yang korang boleh campur sendiri ikut suka, ada buah-buahan, spageti, pasta, sup dengan roti, nasi dengan lauk, puding, kek dan macam-macam lagi. Panjang line buffet tu. Memang berbaloi kot aku rasa untuk harga yang dibayar. 

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Salah satu line buffet. Belah kiri tu ada satu lagi line.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
  Nasi dan lauk bagi yang tak boleh tinggal karbo korang.


Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Salad, appertizer semua ada.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
 Dessert

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Harga pulak untuk satu kepala RM59.90 (dewasa) dan RM29.95 (kanak-kanak) dan korang boleh makan semua buffet dan items dalam Brazillian Churasso ni sampai kenyang. Tapi Brazillian Churasso ni hanya available pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk waktu lunch dan dinner saja. 

Lunch: 11 pagi sampai 2.30 petang
Dinner: 6.30 petang sampai 10.30 malam

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam
Chef Zubir ni rajin jugak turun padang meet up dengan customer dia. Kiteorang lucky hari tu sebab Chef Zubir ada.

Vista Brasserie by Chef Zubir Seksyen 14 Shah Alam

Aku dah seronok makan dekat Vista Brasserie by Chef Zubir ni. Korang bila lagi? Kalau ada yang nak sambut birthday dekat sini, aku rekemen korang call dan reserve awal-awal. Lepas tu, masa book, inform dieorang yang korang nak celebrate birthday. Nanti team Vista Brasserie akan buat birthday surprise dengan bagi kek dan nyanyi lagu birthday. Masa aku pergi hari tu, ada la dalam 5-6 meja kot celebrate birthday. Semua orang dalam restoran tu ikut nyanyi happy birthday sekali. Aku pun nyanyi sekali. Meriah habis.

Nak tengok restoran lain dekat Shah Alam? Korang boleh baca dekat sini Tempat Makan Di Shah Alam.


Post a Comment

4 Comments

  1. Wahhh macam macam menu best ada ni. Nantk ke Shah Alam boleh lah try makan dekat sini. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wowowowow..best nyerrrr menyelerakan!!

    ReplyDelete
  3. Ini baru betul-betul chef. Siap terpapar gambar lagi. Baru semua orang kenal. Layanan di Vista Brasserie ni dah macam layanan vvip (pelayan keliling meja tu).

    ReplyDelete