Sedang Membeli Hartanah? - Sila Pertimbangkan Senarai Semak ini

February 22, 2017


Dengan kadar faedah yang rendah, ramai pembeli rumah pertama ingin membeli rumah dan tidak lagi menyewa. Jika anda anggap menyewa adalah satu pembaziran, tetapi tidak pasti sama ada anda mampu membeli hartanah di Malaysia? Berita baiknya adalah, wujudnya laman sesawang seperti  PropertyGuru yang menawarkan anda tinjauan pantasa terhadap pasaran hartanah di Malaysia yang mampu membantu anda mencapai impian sebagai pemilik rumah. 

Dengan mengambil kira faktor lain seperti kemampuan anda, skor kredit anda, dan memahami proses, rumah pertama anda tidak jauh dari tangan anda. Kediaman pertama anda mungkin bukan seperti yang anda impikan, tetapi anda boleh anggap ia sebagai batu loncatan untuk rumah impian anda dan mula melabur.
Periksa Skor Kredit Anda
Kunci untuk memiliki rumah adalah skor kredit anda. Walaupun anda ada sejuta Ringgit di bank atau pendapatan anda mencecah jutaan Ringgit, jika anda mempunyai skor kredit rendah, anda akan sukar mendapat pinjaman. Skor kredit anda memberikan gambaran kepada pemiutang tentang kebolehpercayaan anda dalam membayar semula pinjaman. Kerana itulah amat penting untuk anda ada rating yang bagus. Jika skor anda berada di bawah paras biasa, anda akan dikenakan faedah yang tingi dan akan memberi kesan keapda pinjaman anda. Menurut majalah Forbes, perkara uyang perlu anda buat adalah menetapkan belanjawan sebelum memulakan pencarian.

Sediakan Wang Pendahuluan

Jika anda sudah menyimpan untuk bayaran pendahuluan rumah, bukan sahaja anda lebih mudah mendapat pinjaman, anda juga boleh mengelakkan PMI. PMI membawa maksud Insurans Gadai Janji Peribadi, dan ia datang dengan cukai insurans tambahan. Tanpa bayaran pendahuluan, anda juga akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi demi memastikan pinjaman anda “berisiko” rendah. Pembeli rumah yang biasa biasanya perlu ada 20 peratus dari harga rumah untuk mendapatkan pinjaman. Ia mungkin ambil masa lama untuk membeli rumah pertama anda dan sedikit pengorbanan diperlukan, tetapi ia akan menyenangkan anda di kemudian hari dan menaikkan kredibiliti pinjaman anda. 

Lokasi, lokasi, lokasi

Mungkin anda sudah selalu dengar ungkapan ini, tetapi ia benar. Lokasi rumah anda adalah penting begitulah menurut penulis di laman web Houzz , bukan sahaja untuk kemudahan dan keselamatan anda, tetapi juga dalam membina ekuiti. Penting untuk anda ambil kira jarak rumah anda ke tempat kerja dan keselamatan kejiranan, tetapi jangan lupa juga untuk ambil kira faktor prasarana pendidikan. Walaupun anda mungkin masih merancang untuk tidak mempunyai anak, tetapi hartanah yang berdekatan dengan sekolah berprestasi tinggi akan meningkatkan nilai hartanah anda dan seterusnya memberi pulangan lumayan semasa jualan semula rumah. Ia akan memastikan anda mendapat pulangan bila anda menjual hartanah di samping mendapat keuntungan.

Berfikiran Munasabah

Ramai di kalangan pembeli rumah bersifat lebih lajak daripada laju bilamana ia berkaitan masa yang akan anda habiskan untuk ubahsuai rumah, manakala yang lain lebih selesa memilih untuk membeli rumah yang siap untuk dipindah. Jadilah munasabah tentang apa yang boleh dan tak boleh anda lakukan dengan kos berkait dengan penambahbaikan dan penyelenggaraan. Ada masanya cat sahaja dah boleh selesaikan masalah, tetapi jika ia berkait dengan masalah struktur, atau susun atur yang agak memeningkan, ada baiknya anda lihat yang lain terlebih dahulu. Ada banyak rumah untuk dipilih, jadi pilihlah dengan betul dan jangan buat banyak kerja, Jika anda tidak arif, jangan ingat anda akan jadi pakar. Ubahsuai adalah proses yang mahal dan biasanya melangkaui jangkaan anda, jadilah munasabah berkenaan berpa banyak wang dan tenaga yang anda mampu letakkan.

Ambil Kira Belanja Tambahan

Ramai di kalangan pembeli rumah bersifat lebih lajak daripada laju bilamana ia berkaitan masa yang akan anda habiskan untuk ubahsuai rumah, manakala yang lain lebih selesa memilih untuk membeli rumah yang siap untuk dipindah. Jadilah munasabah tentang apa yang boleh dan tak boleh anda lakukan dengan kos berkait dengan penambahbaikan dan penyelenggaraan. Ada masanya cat sahaja dah boleh selesaikan masalah, tetapi jika ia berkait dengan masalah struktur, atau susun atur yang agak memeningkan, ada baiknya anda lihat yang lain terlebih dahulu. Ada banyak rumah untuk dipilih, jadi pilihlah dengan betul dan jangan buat banyak kerja, Jika anda tidak arif, jangan ingat anda akan jadi pakar. Ubahsuai adalah proses yang mahal dan biasanya melangkaui jangkaan anda, jadilah munasabah berkenaan berapa banyak wang dan tenaga yang anda mampu letakkan.

Membeli rumah pertama sangat menguja kan, tapi ia juga boleh memberi tekananl kepada anda.. Pastikan anda kekal dalam belanjawan anda, buat pilihan bijak untuk rating kredit anda, dan ada dana kecemasan untuk belanja luar jangka, seterusnya andak akan dapat pengalaman membeli rumah yang lancar dan tidak menyulitkan. Di akhirnya, anda mungkin tidak dapat rumah yang anda impikan, tapi anda akan bina ekuiti untuk memiliki rumah impian anda satu hari nanti.



You Might Also Like

4 comments

  1. Kena ada pengetahuan untuk beli hartanah.. tak boleh ambil mudah kan?

    ReplyDelete
  2. Suami memag main harung ja beli rumah landed last 2 years. Tapi agak beebaloi juga lah. Rumah lama buat sewa, so boleh tampung bayar bank juga untuk rumah baru

    ReplyDelete
  3. kenalah ukur kemampuan dulu, takleh ambik mudah

    ReplyDelete
  4. nice share.. nk beli rumah skrg ni bukan bnda yg mudah..

    ReplyDelete

Like us on Facebook