Atasi Kulit Wajah Kusam Dan Kering Dengan Merolz Skin Care

Atasi Kulit Wajah Kusam Dan Kering Dengan Merolz Skin Care | Aku memang tak ada masalah jerawat sangat pada muka. Naik sekali sekala memang ada tapi tak teruk. Cuma masalah pada muka aku ni, nampak kusam je. Mungkin sebab selama ni aku tak pentingkan sangat nak jaga muka. Malas pun ada jugak. Tapi sebab dah nak masuk umur 3 series ni, tiba-tiba rasa rajin pulak nak jaga. Disebabkan aku nak cari set penjagaan muka yang betul-betul menggunakan bahan semula jadi, aku cuba pakai Merolz Skin Care.


Merolz Skin Care

Merolz Skin Care

Merolz Skin Care adalah set penjagaan muka yang berasaskan gaharu dan cendana pertama buatan Malaysia. Dihasilkan oleh anak tempatan dari Negeri Sembilan, jenama Merolz Skin Care ni memang tak asing lagi bagi warga negeri adat pepatih ni. Merolz Skin Care ni bukan set penjagaan sebarangan sebab ianya dihasilkan menggunakan formula dari UK. Ramuan yang ada di dalam set penjagaan Merolz ni semuanya terbaik dan eksklusif serta sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

Dalam Set Merolz Skin Care ni terdapat 3 item iaitu Cleanser, Toner dan Moisturizer. Sebenarnya untuk semua jenis skin care, kita perlu ada cara yang teratur untuk pakai supaya muka kita betul-betul terjaga. Selama ni aku main taram je pakai apa-apa dekat muka. Rupa-rupanya ada step by step macam mana nak pakai setiap set skin care ni. Bila pakai Merolz Skin Care, baru aku tau.

Langkah-Langkah Penggunaan Merolz Skin Care


Cleanser Merolz Skin Care

Langkah 1: Cleanser Merolz Skin Care (Pencuci Muka) 

Mula-mula sekali, kita kena lah bersihkan muka dulu menggunakan Cleanser Merolz Skin Care. Aku suka sangat bila pakai Cleanser Merolz Skin Care ni sebab bau dia macam bau coconut shake. Serius. Cleanser ni warna dia jernih je dan bila sapu pada muka tak banyak buih sangat. Senang untuk dicuci dan tak ada rasa melekit lepas cuci muka. Biasanya aku akan pakai cleanser ni 3 kali sehari - pagi dan malam. Tapi kalau rasa muka berpeluh, melekit dan tak selesa, aku cuci je muka ni 3 atau 4 kali sehari guna Cleanser Merolz Skin Care.

Istimewanya Cleanser Merolz Skin Care ni ianya membersih dengan lembut walaupun di bahagian mata. Masa aku pakai cleanser ni tak ada masalah kulit kering atau pedih-pedih selepas mencuci. Kalau bagi yang lelaki, selain dari cuci muka, boleh jugak guna Cleanser Merolz Skin Care ni sebagai shaving foam semasa bercukur.


Toner Merolz Skin Care

Langkah 2: Toner Merolz Skin Care

Langkah kedua pulak pakai Toner Merolz Skin Care. Toner ni kita tak payah pakai hari-hari pun. Dalam seminggu tu kita pakai 2 hari je. Yang aku suka pasal toner ni, kita dah tak payah nak tuang toner pada cotton pad lepas tu dab dab pada muka. Toner Merolz Skin Care ni dah direkabentuk untuk menyenangkan hidup kita. Toner ni dalam bentuk spray, jadi korang cuma perlu spray pada jari dan dab pada muka. Bila dab pada muka, korang akan rasa muka sejuk sikit. Bila dab pada muka, korang akan rasa segar sangat sebab rasa sejuk-sejuk tu datang dari kandungan peppermint yang ada dalam toner ni.

Toner Merolz Skin Care ni sangat bagus untuk mengecutkan liang-liang kulit dan mencegah kulit muka kendur serta kesan penuaan. Kesan penggunaan gaharu dalam toner ni boleh merapatkan tisu kulit supaya kulit wajah kita nampak lebih lembut dan muda.


Moisturizer Merolz Skin Care

Langkah 3: Moisturizer Merolz Skin Care

Langkah terakhir ni kita sapu Moisturizer Merolz Skin Care. Warna krim moisturizer ni putih dan baunya tak terlalu kuat dan tak terlalu sikit. Just nice. Bila sapu pun dia cepat meresap dan tak melekit. Moisturizer ni pakai 2 kali sehari - pagi dan malam sebelum tidur. Jimat dan menyenangkan sebab tak payah nak beli krim siang dan krim malam asing-asing. Korang tak perlu pakai moisturizer ni banyak-banyak. Ambil sikit dan sapu terus pada muka dan leher.  

Moisturizer Merolz Skin Care ni bagus untuk kesan anti penuaan dan juga untuk menghaluskan wajah. Boleh jugak kalau nak dijadikan sebagai 'sunblock' untuk melindungi kulit muka kita daripada sinaran UV, debu dan kekotoran. Kalau jenis muka yang cepat kering tu memang sesuai sangat pakai moisturizer ni sebab ia akan mengekalkan kelembapan kulit wajah kita.


Merolz Skin Care

Overall, aku memang berpuas hati dengan Set Merolz Skin Care ni. Sesuai dengan kulit wajah aku, kandungan bahan semula jadi, harga mampu milik dan yang penting buatan anak tempatan. Korang yang pentingkan bahan-bahan semula jadi dalam set penjagaan kulit wajah korang kena cuba Merolz Skin Care ni. Kalau Aneeq main pun, aku tak risau as long as dia tak masukkan dalam mulut dan telan.

Korang boleh pilih sama ada nak dapatkan Set Merolz Diamond (ada ketiga-tiga item Cleanser, Toner dan Moisturizer) atau nak beli Cleanser sahaja atau nak beli Merolz Trial Set. Kalau korang berminat untuk dapatkan Merolz Skin Care ni, korang boleh ke website, Facebook atau Instagram Merolz Skin Care.





3 comments.. read them below or add one

Blair Villanueva Blair Villanueva 31 March, 2017
Looks luxurious! Thanks for sharing your new skincare haul :)