Beli Barang Dapur Online Dengan MBO Grocer

Beli Barang Dapur Online Dengan MBO Grocer | Biasanya aku akan beli barang dapur hujung minggu. Time tu memang pulun beli barang dapur basah dan kering untuk 2 minggu. Boleh jimat sikit. 

Tapi kadang-kadang tu, tak sempat 2 minggu pun tiba-tiba dah habis. Terpaksa lah pergi beli dekat kedai-kedai runcit bawah rumah. Masalahnya dekat kedai runcit kecil-kecil ni tak ada banyak pilihan. Daging pun tak ada jual tau. Portion pula kecil-kecil dan harga agak mahal. Nak pergi pasar atau hypermarket memang tak lah sebab aku tak reti nak drive. 


beli barang dapur basah online

Time tu aku duk fikir tak ada ke orang jual barang dapur basah online dekat Malaysia? Kalau dekat oversea aku tau ada. Aku pun Google punya Google, ya Allah, ada lah wei! Kalau korang tengok dekat website Malaysia Brand Outlet (MBO), diaorang ada jual grocery online. Dan yang paling best, MBO ni hasil dari bumiputera. Kenapa lah aku tak tau awal-awal eh.


Malaysia Brand Outlet (MBO)

MBO ni sebenarnya platform online shopping yang mana korang boleh beli macam-macam jenis barang termasuk perabot, barangan elektronik, barangan kecantikan dan kesihatan, barangan rumah dan barang dapur basah serta kering secara online. Korang cuma perlu order melalui website MBO dan nanti barang-barang yang korang order tu akan dihantar terus ke rumah korang. Antara yang aku paling suka dekat website MBO ni adalah kemudahan untuk beli barang dapur secara online - MBO Grocer.


beli barang dapur online

MBO Grocer

Dekat MBO Grocer ni ada jual macam-macam jenis barang dapur basah dan kering. Ada bahan mentah (Fresh), sayur-sayuran (Green), bahan sedia dimasak (Ready to cook) dan bahan-bahan kering (Grocery).


beli barang dapur secara online


MBO Grocer Fresh

Bawah kategori Fresh ni, korang boleh beli daging, ayam dan juga makanan laut. Dekat website ni dah siap-siap dengan kuantiti (dalam g/kg) dan harganya sekali. Jadi, boleh lah kalau kita nak budget awal-awal pembelian tu. Dan apa yang aku perasan, harga barangan basah dekat sini lebih murah sikit berbanding dekat pasaraya yang aku selalu pergi tu. Pilihan seafood yang ada dekat MBO Grocer ni pula memang banyak. 


beli barang dapur secara online

Kalau korang tengok pamplet dekat atas ni barang macam sikit je kan? Sebenarnya dekat website MBO ni, lagi banyak barang mentah yang ada. Untuk seafood saja dah ada sampai 4 page barang kesemuanya. Dari udang, sotong, siput sedut, lala, kerang, kupang, ketam dan ikan bermacam-macam jenis. Tak larat nak sebut satu-satu.

beli barang dapur secara online

Harga untuk daging dan ayam adalah mengikut berat dalam kg serta gram Untuk sayur-sayuran pula bergantung pada kuantiti atau berat. Korang dah boleh bajet awal-awal berapa untuk dibelanjakan beli barang dapur. Kalau pergi pasar beli barang mentah, aku biasanya memang lari bajet. Tapi kalau dekat MBO ni, aku rasa aku boleh kawal kot perbelanjaan aku.  


beli barang dapur secara online

Dari apa yang aku baca, semua bahan-bahan mentah yang dijual ni diambil terus dari ladang. Memang kompem segar lah ni. Dan selain dari bahan-bahan mentah yang segar dari ladang, MBO pun ada jual yang jenis sejuk beku. 


beli barang dapur secara online

Aku tak pernah cuba lagi order dekat MBO Fresh ni tapi aku rasa berminat sangat nak cuba beli dekat sini. Aku nak tunggu stok ayam dengan daging dekat rumah ni habis dulu, lepas itu baru aku akan cuba order beli barang dapur secara online di Malaysia Brand Outlet ni.

Buat masa ni, delivery untuk barang-barang dapur ni hanya cover di Klang Valley kawasan-kawasan dekat bawah ni:
Zon 1: Ara Damansara (Delivery time 7am-8pm)
Zon 2: Lembah Subang/Tropicana/Kota Damansara/Damansara Jaya (Delivery time 8am-10am)
Zon 3: Subang Jaya/USJ/Shah Alam (8am-12pm)
Zon 4: Damansara Utama/TTDI/Mont Kiara/Sri Hartamas (Delivery time 10am-12pm)
Zon 5: PJ Area (Delivery time 8am-12pm)  

Senangnya lahai sekarang ni. Nak shopping barang dapur pun dah boleh online sekarang. Korang tak ada masa nak shopping grocery? Order je online dekat MBO ni. Korang boleh tengok lagi maklumat lanjut pasal Malaysia Brand Outlet ni dekat website dan Facebook diaorang.








Post a Comment

11 Comments

  1. Uikk terbaikkk... Tak sangka bahan basah pown ada dijual secara online.. Tapi sayang, bukan di kuantan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Tadi saya ingat yang ni MBO cinema! Memang baguslah boleh beli dari rumah. Tak payah keluar pun.

    ReplyDelete
  3. laa baru tau .. senanglah lepas nii kaan. hehe order je.. hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, bukan main senang skarang nk beli groceries. nk cuba la nanti. hehe

    ReplyDelete
  5. wah wah senang lah lepas ni, xpayah buang masa kuar rumah. leh buat keje lain kt umah sambil tunggu

    ReplyDelete
  6. Great insight. I'm surprised they have lots of variety.

    ReplyDelete
  7. Weyyyy, senang gile gini.. Malangnya kat tmpt iols takde lagi ;-(

    ReplyDelete
  8. Selalu dengar tesco je online, sekarang mbo pun dah ada ya? Mudah sangat tu

    ReplyDelete
  9. Harap2 nanti ada kat seluruh malaysia.susah nak beli barang online macam ni kat sini..tesco pun tak de penghantaran lagi setakat ni..

    ReplyDelete
  10. bestnya sekarang ni, semua dihujung jari :)

    ReplyDelete