Cara Jimat Pergi Bercuti Dengan Shopback

Cara Jimat Pergi Bercuti Dengan Shopback | Bulan ni adalah bulan lahir aku. Dan sempena dengan hari lahir aku yang ke *tut tut* tahun, aku ada beberapa benda yang aku teringin nak buat iaitu travel ke Bali. Tapi nak travel ke luar negara tu agak mahal tapi aku ada cara JIMAT untuk pergi bercuti ke luar negara. Dan ini jugak adalah wish list aku.


5 Wish List Hadiah Hari Lahir

Tahun ni sebab tahun akhir sebelum masuk 3series (hahaha kantoi), teringin jugak lah aku beli benda-benda yang extravagant sikit. 5 wish list aku sempena hari lahir aku ni:


Flight AirAsia KL-Bali
Flight AirAsia KL-Bali - AirAsia
Sebenarnya dekat website AirAsia ni, korang boleh je book tiket kapal terbang sekali dengan hotel. Lagi murah tau. Tapi tu lah, aku tak jumpe hotel yang aku minat dekat sini yang ada sekali dengan flight. So, just book tiket flight je dari KL ke Bali. Hotelnya kita boleh cari dekat website-website lain dengna harga yang berpatutan. Kalau yang aku pilih ni untuk 4 hari 3 malam total RM792 tak termasuk fee lain.


Balila Beach Resort
Balila Beach Resort
Balila Beach Resort - Booking.com
Lepas tu, pergi pulak ke website Booking.com untuk pilih hotel yang korang suka. Aku plan untuk book Balila Beach Resort untuk 3 malam. Pergh, lama kan. Alang-alang dah keluar dari Malaysia tu, duduk lah lama sikit kan. Dan kalau korang tengok Balila Beach Resort ni, memang cantik sangat resort ni. Bilik cantik, pool best, bilik air dia cantik dan open. Memang terbaik. Total untuk 4 hari 3 malam dekat sini RM799 termasuk breakfast.


Alena Burqini
Alena Burqini - FashionValet

Dan bila duduk dekat resort berdepan dengan pantai, mestilah nak bermandi-mandian sekali kan. Tengok pulak pool die memang cantik. Duduk pulak dekat resort tu 3 malam. Kalau tak pergi mandi, memang rugi. So, sebagai muslimah sejati (kah) kena lah pakai pakaian yang sesuai untuk berenang. Aku rasa Alena Burqini ni sangat sesuai sebab dia loose dan pattern dia pun cantik. Harga dia pulak RM249



Nike Air Zoom Structure 20 Shield iD
Nike Air Zoom Structure 20 Shield iD - Nike
Bila pergi bercuti, kita kena lah pakai kasut yang selesa. Selain daripada selesa, kasut tu kena ada pelbagai fungsi - untuk berjalan banyak dengan selesa dan untuk bersukan. Biasalah bila dah duduk dekat Bali lama, mestilah nak berjogging sikit waktu pagi kan. Memang sesuai sangat kasut Nike ni selain dari cantik dan selesa, kita boleh jadikan pelbagai fungsi - berjalan, berjogging dan melawa. Kehkehkeh. Harga sepasang RM689.



Nikon Coolpix W100
Nikon Coolpix W100 - Lazada
Kalau pergi bercuti tak bawak kamera, memang rugilah kot. Waktu-waktu macam ni lah kamera yang tahan lasak, shockproof, dustproof, waterproof semua tu penting. Nak nak lagi bila nak ambil gambar dekat pantai dan dalam laut. Rugi kalau tak ada kamera Nikon Coolpix ni. Aku dah lama aim untuk beli yang ni. Harga untuk satu set ni RM528 termasuk beberapa free gift yang lain.

Disebabkan semua barang dekat atas boleh beli dan book secara online je, meh aku ajar korang cara jimat. Mesti korang tengok harga dekat atas ni, terbungkang biji mata kan? Jangan risau, sebenarnya kita boleh dapat cashback hanya daripada membeli secara online. Cara dia, guna Shopback - #1 online cashback/rebate site dekat Malaysia ni.


How to get cashback
Cashback yang aku dah dapat. Aku ni bukanlah kaki shopping sangat tapi kalau ada benda yang beli online memang aku beli melalui ShopBack ni je. Berbaloi-baloi. 

Untuk yang masih tak tau pasal Shopback, website ni akan bagi cashback setiap kali korang beli barang secara online. Dan korang akan dapat macam-macam jenis diskaun yang menarik. Korang boleh beli secara online lebih daripada 500 online shop yang terlibat termasuklah Lazada, Zalora, Booking.com, Qoo10, Foodpanda dan Uber

Shopback ni dah pernah keluar dalam The Start Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan aku pun pernah buat entry pasal Shopback ni dulu. Shopback ni bukan je ada dekat Malaysia. Singapura, Filipina, Indonesia, India dan Taiwan pun ada.


How to get cashback

Mula-mula join ni aku pelik sikit lah. Macam mana website macam ni boleh untung kalau bagi kite cashback semula kan. Rupanya, setiap kali kita klik link ke online website merchant melalui Shopback ni, merchant tu akan bagi ShopBack commision. So, melalui commission tu lah kita akan dapat cashback untuk apa yang kita beli secara online. Korang boleh baca dekat sini kalau nak tau lagi lanjut pasal How ShopBack Works.  

Nak faham macam mana cashback yang akan kita dapat bila guna ShopBack untuk beli online? Kita ambil contoh wish list aku dekat atas tadi okay. Korang ambil satu contoh Flight AirAsia. Setiap booking korang akan dapat cashback sebanyak 6%. Korang buat lah kira-kira sendiri 6% daripada RM792 tu, hasilnya korang akan dapat cashback sebanyak RM47.52 dalam akaun korang. Cashback ni pulak korang boleh cash out kan ke dalam local bank akaun yang korang ada.


  • Flight AirAsia RM792 (6.0%) = Korang akan dapat cashback sebanyak RM47.52
  • Balila Beach Resort RM799 (6.0%) Korang akan dapat cashback sebanyak RM47.94
  • Alena Burqini RM249 (5.0%) = Korang akan dapat cashback sebanyak RM12.45
  • Nike Air Zoom RM689 (10%) = Korang akan dapat cashback sebanyak RM68.90
  • Nikon Coolpix RM528 (1.50%) = Korang akan dapat cashback sebanyak RM7.92


Kira diskaun banyak tu lah kan korang dapat untuk beli atau booking apa-apa pun dalam online. Kan jimat tu.

Kalau nak lebih faham, korang boleh tengok video dekat bawah ni je. Lagi senang.

Nak guna Shopback ni senang sangat. Mula-mula korang pergi register dekat website dia Register Shopback. Lepas tu korang boleh mula klik ke mana-mana merchant  yang korang berminat untuk beli. Contohnya kalau korang minat fashion dan nak beli pakaian, korang boleh pergi ke Zalora.

Ape lagi, pergi register dan shopping sekarang dengan ShopBack. 

Website | Facebook | Instagram | Twitter | Google+ | MobileApp


Post a Comment

3 Comments

  1. Wahhh, memang banyak sungguh jimatnya tu Fadzi

    ReplyDelete
  2. Hmmm sounds good but I've never tried Shopback before

    ReplyDelete
  3. Memang bagus guna shopback ni. Siapa yang suka beli barang secara online tu, rugi sangat kalau tak daftar Shopback.

    Dah la murah, dapat diskaun, kena bagi rebate lagi.

    Lumayan beb

    ReplyDelete