Domino's Pizza Double Match - Beli 2 Side Dishes Dengan Harga RM10 Saja

Domino's Pizza Double Match - Beli 2 Side Dishes Dengan Harga RM10 Saja | Antara banyak-banyak jenama pizza dekat Malaysia, antara yang aku paling suka adalah Domino's Pizza. Bagi aku Domino's lebih murah dan lebih banyak promosi. Aku pun suka tekstur pizza nya yang lebih sedap dan lebih padat. Nak order online pun senang. Memang biasanya aku order online untuk terus buat delivery ke rumah saja sebab malas nak keluar. Heheheh.

Domino's Pizza Double Match

Sekarang ni Domino's buat hal lagi. Dia pergi buat promosi Double Match yang mana korang boleh pilih mana-mana side dishes dengan harga serendah RM10 saja dengan pembelian mana-mana 2 Pizza Deals. Kalau beli dua side dishes biasanya paling murah pun adalah dalam belas-belas ringgit ke atas. Promosi kali ini korang boleh beli 2 side dishes dengan harga murah.




Kalau pergi Domino's tapi tak tunjuk gambar pizza, rasa macam pelik pulak kan. Nah, 3 jenis pizza yang aku makan malam tu. Favourite aku untuk malam tu Chicken Perfection.

Antara menu side dish yang korang boleh combine macma dekat bawah ni.

A - Tender Chicken (Chicken Wing BBQ/Hot Sauce, Roasted Chicken Drummets, Crazy Chicken Crunchies Tom Yam/Original)
B - Scrumptious Sides (Garlic Twisty Bread, Garlic French Loaf, Breadstix, Cinnastix, Banana Kaya )
C- Delectable Dessert (Chocolate Lava, Caramel Sticky Dessert, Peanut Butter Chocolate Lava Chocolate Lava Cake)
D - Drinks (Pepsi, 7UP, Mountain Dew, Revive)

Dekat bawah ni pula contoh untuk korang combine kan side dish dengan harga. Harga bermula dari RM10, RM11, RM12, RM16, RM17 dan RM18

Domino's Pizza Double Match

 RM10 - Scrumptious Sides dan Drinks

Dengan tambahan harga RM10, korang boleh pilih mana-mana menu dari A dan D.

Domino's Pizza Double Match

 RM11 - Delectable Dessert dan Drinks

Dengan tambahan harga RM11, korang boleh pilih mana-mana menu dari C dan D.

Domino's Pizza Double Match

 RM12 - Scrumptious Sides dan Delectable Dessert

Dengan tambahan harga RM12, korang boleh pilih mana-mana menu dari B dan C.


Domino's Pizza Double Match

 RM16 - Tender Chicken dan Drinks

Dengan tambahan harga RM16, korang boleh pilih mana-mana menu dari A dan D.

RM17 - Tender Chicken dan Scrumptious Sides

Dengan tambahan harga RM17, korang boleh pilih mana-mana menu dari A dan B. 


Domino's Pizza Double Match

 RM18 - Tender Chicken dan Delectable Dessert

Dengan tambahan harga RM18, korang boleh pilih mana-mana menu dari A dan C.

Murah kan? Aku paling suka kombinasi side dish RM11 antara dessert dengan air. Sebabnya kita kan dah makan pizza. Mesti dah kenyang. Lepas kenyang nak kena ada pencuci mulut dan juga air. Aku memang biasa beli 2 Pizza Deal Regular yang berharga RM30. Jadi bila tambah RM11 untuk dessert dan air, aku rasa sangat berbaloi. 

Jadi kalau lepas ni, korang nak beli Domino's 2 Pizza Deal tak kisahlah yang Regular berharga RM30, Large RM50 atau Xtra Large berharga RM70, pastikan korang order juga side dish yang korang suka. Bukan senang nak dapat harga promosi macam ni.  

Domino's Pizza Double Match

Tengok meja kitaorang tu, penuh dengan makanan. Dari pizza, bread, dessert, air dan ayam. Semua tu korang boleh dapat dengan harga tambahan serendah RM10 saja. Kalau korang nak merasa juga promosi Double Match macam aku, korang kena cepat sebab promosi ni berakhir pada 16 April 2017Promosi Double Match ni boleh digunakan untuk dine in, take away dan juga delivery.  


2 comments.. read them below or add one

Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 02 April, 2017
Wahhh, kalau suami nampak ni memang dia akan order dominos terus. hantu pizza dominos lah katakan.