Jonlivia Unisex Phiro Back Support Alternatif Untuk Sakit Belakang

Jonlivia Unisex Phiro Back Support Alternatif Untuk Sakit Belakang | Aku kan sejak bersalinkan Aneeq 2 tahun lepas sampai sekarang, asyik-asyik sakit belakang, sakit tulang punggung dan kalau duduk nak baring telentang lurus pun, memang sakit sangat rasa terutamanya bahagian punggung dan belakang. Start awal tahun ni, memang aku dah tak larat dah dengan sakit belakang ni last-last aku try pakai Unisex Phiro Back Support dari Jonlivia.
Jonlivia Unisex Phiro Back Support

Unisex Phiro Back Support ni sebenarnya macam support sistem untuk membantu kita dapatkan postur badan yang ideal. Benda ni lebih kurang macam bengkung tapi kita cover dari bahagian bahu, tulang belakang dan pinggang. Cara pemakaian pun senang sangat, cuma perlu strap kan saja. 

Cara Pemakaian Unisex Phiro Back Support

1. Sarungkan Phiro macam nak pakai beg sandang
2. Pegang waist band yang besar dan tarik ke bawah bahagian pinggang.
3. Strapkan waist band yang besar bersama ikut selesa korang
4.Tarik pulak waist band yang kecil, tarik setakat mana ketat yang korang selesa dan strapkan waist band yang kecil tu

Dah, siap pun! Kalau tak faham, boleh tengok video dekat bawah ni.


Aku pakai ni tak lama pun, dalam setengah jam ke sejam macam tu je. Kita pakai benda ni cuma untuk melatih badan kita supaya lebih biasa dengan postur badan yang lebih ideal. Kalau biasa kita duduk pun membongkok bila buat kerja lama-lama depan komputer kan. Tu sebab badan kita makin lama makin terbiasa membongkok, sampai kita duduk, berjalan  dan berdiri pun nampak bongkok. Sebab tu penting kita biasakan badan kita dengan postur badan yang sempurna. Penggunaan Phiro ni sedikit sebanyak dapat membantu masalah bongkok selain daripada masalah-masalah lain. 

Jonlivia Unisex Phiro Back Support


7 Kelebihan Pakai Unisex Phiro Back Support By Jonlivia

1. Membantu mencantikkan postur badan semasa berdiri ataupun berjalan
2. Membantu mendapatkan postur badan yang betul
3. Bantu melatih badan supaya mendapat postur bahu lebih ideal
4. Memperbetulkan masalah scoliosis dan masalah-masalah tulang belakang yang lain
5. Membantu mengurangkana masalah sakit belakang, sakit bahu dan sakit kepala
6. Membantu perbetulkan cara berjalan 
7. Menarik bahu ke kedudukan yang lebih sempurna, meluruskan leher dan selaraskan tulang belakang

Jonlivia Unisex Phiro Back Support

Unisex Phiro Back Support ni boleh pakai di luar baju ataupun dalam baju. Kalau rasa segan nak pakai belah luar, korang pakai je belah dalam baju. Benda ni nipis je so memang tak perasan kalau pakai belah dalam pun. Even kalau pakai belah luar pun nampak masih bergaya sebab warna dan design dia nampak cantik. Gambar dekat atas ni kalau aku pakai Phiro belah dalam. Tak nampak macam pakai phiro pun bawah baju tu kan?

Unisex Phiro Back Support ni datang dalam 3 saiz - S, M dan L. Aku pakai S je. Aku pakai pun share dengan suami sebab saiz kiteorang sama. Phiro ni lelaki dan perempuan boleh je pakai, tak ada masalah. 


Jonlivia Unisex Phiro Back Support

Setakat yang aku pakai baru-baru ni, aku dah mula boleh biasakan diri dengan postur yang lebih baik. Walaupun kadang-kadang tu bila dah bukak Phiro ni, memang terlupa nak betulkan postur badan tapi makin lama makin okay. Masalah sakit belakang aku tu since baru je pakai Phiro ni dalam seminggu, aku masih lagi rasa sakit sana sini. Mungkin untuk sakit belakang tu ambil masa sebab postur badan aku pun masih lagi tak biasa dengan kedudukan yang lebih ideal ni. Benda benda macam ni, yang penting konsisten pakai kan, baru boleh menjadi.   

Jadi kalau korang ada masalah sakit belakang atau masalah postur badan, korang boleh dapatkan Unisex Phiro Back Support ni dekat Jonlivia sekarang sementara diaorang masih buat harga promosi. 


Post a Comment

3 Comments