Lazada Surpri5e Box Sempena Lazada 5th Anniversary Sale

Lazada Surpri5e Box Sempena Lazada 5th Anniversary Sale| Kalau sebut Lazada, mesti semua orang kenal kan. Lazada ni adalah salah satu website membeli belah secara online yang paling besar di Malaysia. Macam-macam jenis barang dan jenama yang boleh didapati di Lazada.

Lazada 5th Anniversary Sale

Baru-baru ni aku sendiri terima 3 kotak Lazada Surprise Box daripada Lazada sempena dengan Anniversary Lazada yang ke 5. Aku acah-acah dapat hadiah birthday sendiri lah daripada Lazada. Masa dapat tu ya Allah, happy sangat. Tak pernah dapat hadiah hari lahir sebanyak tu selama ni. Antara barang yang aku dapat adalah barangan elektrik, suplemen, pewangi, makanan dan minuman dari jenama Nestle, Hushpuppies, Kinohimitsu, Himalaya, Cornell dan Pensonic. 


Lazada Surpri5e Box

Tapi korang tengok lah siapa yang beria terlebih. Of course Aneeq yang seronok sangat bila dapat parcel besar-besar dan banyak macam ni. 

Memang surprise habislah semua barangan yang aku dapat dalam Lazada Surprise Box ni. Barang yang tak tersangka-sangka aku akan dapat. Nanti aku akan review satu-satu setiap barangan yang aku dapat dekat entry yang lain. Kalau buat dalam entry yang ni, memang sampai besok tak habis tulis. Heheheh. Kalau korang nak tau apa kandungan dalam Lazada Surprise Box aku, boleh tengok video unbocing dekat bawah.




Berat wo box box yang aku dapat dari Lazada ni. Siap dapat 3 box lagi. 

Lazada 5th Anniversary Sale

Dan bersempena dengan ulang tahun Lazada yang ke5, Lazada akan mengadakan 5th Anniversary Lazada Sale Malaysia selama 3 hari yang bermula pada 22 Mac hingga 24 Mac. Sepanjang 3 hari tu, banyak produk dan brand akan buat offer dan diskaun yang kalau korang terlepas, memang rugi.  

Bermula dari 13 Mac sampai lah 21 Mac, Lazada akan keluarkan satu kod karekter yang korang boleh kumpul dan gunakan sebagai password untuk dapatkan voucher sebanyak 20% untuk pembelian barang dekat Lazada. Woah! 20% tu. Untuk dapatkan password tu, korang kena klik dekat Page Lazada Birthday Sale ni.

Lazada 5th Anniversary Sale

Selain daripada dapatkan voucher 20%, korang jugak boleh menang tiket penerbangan ke destinasi rahsia kalau korang shopping dekat Lazada bermula dari hari ini hingga 24 Mac nanti. Shopping pun boleh menang hadiah tiket kapal terbang. Eh, geram pulak aku.

Nak voucher diskaun lagi? Boleh. Pergi dekat page Lazada di sini, RSVP dan dapat voucher RM10 untuk korang guna pada 22 hingga 24 Mac ini. Banyaknya voucher Lazada nak bagi kita ni. Memang dieorang suruh kita shopping teruk ni hahahaha.  


Lazada 5th Anniversary Sale

Aku dah letak banyak jugak barang-barang yang aku nak beli dalam cart Lazada aku. Tunggu 22 sampai 24 Mac je nanti untuk beli sebab waktu tu, aku sure sangat barang-barang tu boleh dapat dengan harga yang murah.

Korang dah ready untuk Lazada 5th Anniversary Sale ni? Mark kalendar korang tarikh penting dekat bawah ni dan selamat bershopping dengan berhemah!




5 comments.. read them below or add one

Jia Rizaira Jia Rizaira 20 March, 2017
Tertanya2 juga. Macam mana boleh dpt surprise daripada Lazada ni eh?
mama tisya mama tisya 20 March, 2017
meriah dpt surprise box dr lazada
Mrs FaRa Mrs FaRa 21 March, 2017
Untg aneeq dpt brg dri lazada :)
Wan Syahida Wan Syahida 22 March, 2017
tahniah.... terima kasih atas perkongsiannya