Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika | Aku memang kaki makan BBQ dan steamboat. Nak nak lagi jenis buffet yang kau boleh makan sebanyak mana yang kau nak. Baru-baru ini aku ada pergi lepak makan buffet BBQ dan steamboat dekat Lobbee di Publika sebab diaorang baru saja ubah konsep dari makanan Thai biasa ke BBQ dan steamboat. 

Thai Style BBQ & Steam Boat Lobbee Publika

Sebelum ini aku pernah juga datang ke Lobbee Publika untuk event pelancaran produk Frutzee. Waktu tu, menu dia cuma makanan Thai biasa, masih belum ada menu untuk BBQ dan steamboat ni. Bila diaorang dah tukar konsep ke BBQ dan steamboat, aku pun nak cubalah juga konsep baru Lobbee ni. 


Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Unik kan air ni. Nak minum kena tarik botol yang ada soda tu perlahan-lahan. Kalau tarik terus, melimpah keluar semua. 

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Untuk set BBQ dan steamboat dekat Lobbee Publika ni korang boleh pilih antara dua jenis refill. 

  • Chicky Refill (RM19.80 Dewasa/ RM16.80 Kanak-kanak) - Korang boleh refill mana-mana item yang ada dekat bahagian atas saja.
  • Premium Refill (RM38.90 Dewasa/ RM25.90 Kanak-kanak) - Korang boleh refill kesemua item yang ada dalam bahagian Chicky Refill dan Premium Refill.
Harga kedua-dua refill di atas ini ikut per pax. Aku cadangkan korang ambil Premium Refill sebab lebih banyak pilihan. Kalau korang ambil Chicky Refill, kebanyakan menunya ayam saja. Semua refill ni korang boleh order dan makan sebanyak mana yang korang boleh. Tapi pastikan korang habiskan semua makanan yang korang refill tu sebab kalau tak habiskan, setiap 100g makanan yang korang tak habis tu korang akan dicas sebanyak RM5.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Ini dia sedikit daripada menu yang ada untuk set steamboat dan BBQ di Lobbee ni. Kitaorang hari tu ambil set Premium Refill. Macam aku tulis dekat atas tadi, Premium Refill ni ada macam-macam jenis makanan - ribeye cubes, sliced ribeye, black pepper beef, salmon, sotong, scallop, sayur-sayuran, udang, cendawan, ayam blackpepper, ayam black sesame, hotdog, crab stick, fishball, tofu, nasi kukus, nasi goreng bawang putih dan mee.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Antara sayur-sayuran yang ada. Kangkung, lobak, kobis dan fucuk. Ada juga telur, bihun dan lemak untuk BBQ.  

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Antara menu favourite aku. Rasa perapan yang diaorang buat memang ada kick. Dekat sini ada makanan yang diperap dan ada juga yang tak diperap terutamanya makanan laut.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Ini antara menu dalam Premium Refill. Nampak lebih eksklusif daripada menu dalam Chicky Refill.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Scallop. Disebabkan scallop ni macam tak ada perisa, jadi kitaorang just BBQ macam tu saja dan makan dengan sos. Sebenarnya hari tu aku tak dapat pun nak makan sos dia. Huhuhuh. Sedih.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Kalau tempat BBQ lain, diaorang akan gunakan marjerin untuk membakar kan. Dekat Lobbee ni lain macam sikit. Untuk BBQ ni diaorang gunakan lemak. Letak saja bongkah lemak dekat tengah-tengah tempat BBQ tu, bila macam dah keluar cecair, lumur-lumur sikit pada keseluruhan tempat BBQ. Lepas tu letak lah segala daging dan ayam yang ada untuk dibakar.

Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee @ Publika
Tu dia. Penuh tempat BBQ dan steamboat dengan macam-macam jenis makanan. Dekat sini ada dua jenis kuah yang korang boleh pilih iaitu sup dan tomyam. Personally aku lagi prefer sup daripada tomyam sebab sup dekat sini lebih mild. Even kalau api kuat dan sup mula mengering, tak lah terasa sangat masin sup. Tapi kalau yang sup tomyam tu, bila dia mula mengering sebab api kuat, terserlah rasa tomyamnya tu. Bagi aku agak masin sikit lah.

Overall, Thai Style BBQ & Steamboat Di Lobbee dekat Publika ni memuaskan. Mungkin perlu ada tambahbaikan di sini sana tapi untuk makan enjoy dengan family dekat sini, why not? Lagipun aku suka environment Lobbee yang santai, dekorasi tak melampau, luas dan jarak antara satu meja ke meja yang lain tak terlalu dekat serta sesak.

Untuk maklumat lanjut tentang Lobbee, korang boleh tengok Facebook dan Instagram Lobee Thai Connection.








Post a Comment

4 Comments