Buffet Ramadan 2017 Bangi Golf Resort

April 25, 2017

Buffet Ramadan 2017 Bangi Golf Resort | Tiap-tiap tahun aku tak pernah miss pergi ke preview buffet Ramadan di Bangi Golf Resort. Sebabnya setiap tahun ada je kejutan yang BGR buat masa preview ramadan buffet dia. Tahun ni kejutan paling utamanya adalah DURIAN! 


Buffet Ramadan 2017 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadahn 2017 Bangi Golf Resort tahun ni akan bermula pada 29 Mei hinggalah ke 23 jun 2017. Macam-macam jenis makanan yang akan disediakan nanti. Terdapat lebih daripada 200 jenis hidangan istimewa yang bercirikan masakan popular ala Melayu, Barat, Timur, pembuka selera, pencuci mulut dan sebagainya.

Antara menu makanan yang akan korang dapat semasa Buffet Ramdan BGR 2017 nanti adalah Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Kueh Teow Goreng, Mee Mamak, Sate Ayam dan Sate Daging. Kalau korang pergi berbuka di sini, aku rekemen sangat cuba Sate Daging dia sebab rasanya memang terbaik. Dagingnya lembut, perapan cukup dan isi yang besar.

Tapi bila aku nak upload segala gambar yang aku dah ambil hari tu, aku jadi sedih sebab gambar-gambar tu semua hilang dari dalam phone. Tak tahuy lah kenapa. Tapi ada satu video yang aku sempat ambil hari tu yang masih ada dalam phone aku. Korang boleh tengok dekat bawah.


Nanti jugak ada beberapa menu Ala Barat seperti Lasagna Ayam,. Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri-Peri Chicken Drumlets dan yang paling popular dan boleh aku katakan menjadi signature menu BGR adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.

Kalau yang tak boleh lepas dari makanan Melayu pulak, jangan risau. Nanti akan ada Nasi Lemak Istimewa bersama lauk-pauk yang begitu menyelerakan seperti Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

Kalau pergi ke BGR tak rasa semua pencuci mulut dia memang aku boleh katakan sangat rugi. Dari dulu lagi, setiap kali bulan Ramadan, BGR akan sajikan berpuluh-puluh jenis pencuci makanan yang sedap dan pasti buat korang nak makan lagi. Tahun ni ada lebih banyak pilihan pencuci mulut seperti Spanish Churros bersama sos pekat, pelbagai jenis kuih muih tradisional, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Antara pencuci mulut yang korang kena cuba nanti adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Velvet, Orange Jaffa dan Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nextar, Caramel Surprise dan Banana-na.

Tahun ni, korang boleh jugak beli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang bulan Ramadan. Durian yang datang dari Raub pun korang boleh beli dekat sini nanti. Selain daripada buah-buahan tempatan, korang jugak boleh dapatkan Gelato berperisa Durian Musang King dan Passion Fruit, Guava dan Asam Boi. 

Nak tau tak kenapa setiap tahun aku tertunggu-tunggu nak pergi ke BGR? Sebab dekat sini semua tip top - parking banyak ada lebih dari 800 tapak parking, ada surau yang selesa untuk solat, restoran BGR pun ada pengiktirafan HALAL daripada JAKIM, servis yang terbaik, makanan yang banyak dan menyelerakan dan ada juga persembahan live band dari pukul 6.30 petang sampailah pukul 9.30 malam setiap hari. Terbaik kan?

Buffet Ramadan 2017 Bangi Golf Resort

Aku suka datang sini dan aku harap korang pun suka datang ke BGR untuk berbuka puasa dalam bulan Ramdan nanti. Korang boleh dapatkan baucer Buffet Ramadan Bangi Golf Resort dengan harga seperti di bawah: 

Harga 

RM58 (Dewasa)

RM28 (Kanak-kanak)



Harga (Group)


RM49 (Dewasa)

RM22 (Kanak-kanak)



Untuk maklumat lanjut lagi pasla Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2017, korang boleh tengok dekat bawah:




You Might Also Like

1 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter