Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Review

April 12, 2017

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Review | First time aku pakai Neutrogena masa aku kecik-kecik dulu. Waktu tu curi-curi pakai kakak punya yang jenis pam tu sebab masa tu kecik kan, tak ada duit nak beli sendiri. Sekali je pakai, terus jatuh cinta. Sekarang ni sejak Neutrogena ada keluarkan Neutrogena Deep Clean Series yang baru, aku dah melekat dengan Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub dia pulak. 

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub


Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini adalah scrub yang mampu membantu untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah dengan sekali penggunaan dan menghalang bintik hitam baru datang.

Fungsi Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Fungsi utama Blackhead Eliminating Daily Scrub ni obviously ikutkan nama untuk hilangkan bintik hitam dan menghalang bintik hitam tu datang semula. Bukan tu je, scrub ni pun boleh masuk jauh ke liang-liang pada muka untuk kurangkan lebihan minyak dan menanggalkan sisa-sisa kulit mati. Bila minyak berlebihan dah tak ada pada wajah, senang lah nak hilangkan kesan bintik hitam yang degil.

Mula-mula aku rasa agak tak percaya yang scrub ni boleh hilangkan blackheads dengan cucian pertama. Tapi aku cuba je lah jugak. Bila aku cuba, apa yang aku boleh cakap, some of the blackhead hilang tapi tak semua hilang pada cucian pertama.  

Before Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Sebelum aku cuci muka guna scrub Neutrogena. Kalau korang boleh nampak dengan jelas blackhead dekat hidung aku terutamanya dekat hujung hidung tu. Atas batang hidung pun ada. Korang boleh klik gambar atas ni untuk tengok dengan lebih jelas.

After Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Lepas cuci guna scrub. Sorry lah kalau gambar nampak pencahayaan lain dari gambar atas tapi aku sedaya upaya cuba ambil gambar sebaik mungkin dan ini adalah yang terbaik untuk tunjuk some of the blackhead tu hilang pada cucian pertama.

Pada aku, betul apa yang Neutrogena claim yang scrub ni boleh hilangkan bintik hitam pada cucian pertama tapi tak semua blackhead korang boleh hilang. Untuk betul-betul hilang kita kena pakai scrub ni secara konsisten setiap hari.

Tekstur, Bau Dan Warna Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub 

Scrub Neutrogena ni datang dalam bentuk lebih kurang macam losyen cair berwarna off white dengan microbeads berwarna oren dan juga putih. Scrub ni tak rasa macam bersabun sangat tapi lebih pada rasa seperti krim cair. Bila sapu pada muka, tekstur base dia agak licin tapi masih boleh terasa ketulan kecil microbead tu. Microbeads tu bila kena pada muka, rasa lembut dan tak sakit. Buihnya pula tak terlalu banyak which is aku suka lagi macam tu. Nak bilas pun senang.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Baunya pula agak wangi tapi tak terlalu kuat. Kadang-kadang aku terasa macam bau lembut buah citrus pun ada.   

Harga Dan Packaging Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Harga untuk scrub ni adalah RM23.70. Packaging scrub ni datang dalam bentuk tube dengan saiz 100g. Pada aku harganya berbaloi dengan kualitinya. Neutrogena ni memang aku suka kualitinya dari dulu lagi. Bukan aku seorang saja yang cakap tau. Bila aku tweet yang aku tengah pakai Neutrogena sekarang ni, kawan-kawan aku pun setuju Neutrogena ni bagus untuk kulit dieorang. 


Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Tweet Seri Idayu - BFF paling bengong aku ada hahahha 

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Tweet Farrah Ermilda - bakal besan

See, nampak tak betapa terbuktinya Neutrogena ni memang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah kulit muka. 

Antara banyak-banyak produk rangkaian Neutrogena Deep Clean ni, aku paling suka Blackhead Eliminating Daily Scrub sebab bila aku dah cuba semua set normal Neutrogena Deep Clean - foaming cleanser, cleansing oil to foam dan scrub, aku rasa kulit aku lebih fresh bila guna scrub. 

Neutrogena Deep Clean

Lagipun, tak ada masalah nak pakai scrub ni hari-hari sebab dia agak lembut pada wajah. Bila pakai scrub ni aku rasa macam muka aku betul-betul bersih sebab microbeads dia masuk sampai ke liang muka untuk cuci segala make up yang tersekat, minyak yang berlebihan, sel sel kulit mati dan bintik hitam yang degil. Korang boleh tengok video review dekat bawah.


Sesiapa yang ada masalah specific dekat blackhead tu, aku rekemen sangat korang cuba Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ni. InsyaAllah masalah blackhead korang tu akan berkurang.

Untuk maklumat lanjut pasal Set Neutrogena Deep Clean ni, korang boleh tengok Facebook dan Instagram Neutrogena.




You Might Also Like

2 comments

  1. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter