Perkongsian Tuan Wan Nong Muzafar Buka Mata Aku Dalam Realiti Kehidupan - Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017)

April 19, 2017

Perkongsian Tuan Wan Nong Muzafar Buka Mata Aku Dalam Realiti Kehidupan - Ini Bisnes Bukan Propa ( IBBP2017) | Hidup aku sebagai seorang suri rumah dan bekerja dari rumah ni, memang buat otak aku kurang berkembang. Bukan sebab apa, tapi sebab kurangnya bercampur dengan orang yang jauh lebih perpengalaman dalam hidup. Sebab tu aku suka kalau nak join sesi sharing orang-orang yang dah pergi jauh dan berjaya dalam hidup dieorang. Nak ambil sumber inspirasi lah kata kan. 

Tuan Wan Nong Muzafar
Dan baru-baru ni aku sempat jugak pergi ke satu sesi sharing dengan Tuan Wan Nong Muzafar dekat office di Putra Heights.

Latar Belakang Tuan Wan Nong Muzafar

Tuan Wan Nong Muzafar ni sebenarnya dah lama dah terlibat dengan dunia korporat dan pembangunan usahawan. Selama 16 tahun beliau dah banyak beri khidmat konsultansi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan perniagaan usahwan-usahawan di bawah beliau. 

Tuan Wan Nong Muzafar

Tuan Wan Nong Muzafar mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidupnya termasuklah bekerja dalam sektor perbankan di Bank Bumiputra, membuka syarikat gaming MYOG, menjadi kontraktor, menjual makanan, bekerja dalam sektor media di Karangkraf dan juga memiliki syarikat terkini iaitu ILM Legacy.

Perkongsian Pengalaman Tuan Wan Nong Muzafar

Dalam sesi sharing is caring malam tu, Tuan Wan Nong cerita dari awal di belajar, travel, buat macam-macam jenis kerja dan akhirnya buka syarikat sndiri untuk membantu orang-orang yang nak jadi usahawan yang berjaya di luar sana. Sedikit sebanyak aku ambil inspirasi dan aura dia untuk tingkatkan lagi produktiviti hidup aku.

Tuan Wan Nong Muzafar

Bermula dengan belajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan di Massey University, New Zealand, Tuan Wan Nong cerita macam mana setiap kali cuti semester dia akan bekerja di ladang-ladang untuk dapatkan duit.

Lepas habis belajar, beliau mula bekerja di Bank Bumiputra sebagai dealer. Tapi sebab beliau rasa kerja tu tak mencabar, beliau buka satu syarikat sendiri yang dikenali sebagai MYGO (Malaysia Gamers Online) Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama jugak, beliau terlibat dengan beberapa perniagaan dan menjadi penasihat  perniagaan masa join Amir Consults. Tapi yang peliknya, beliau rasa kerja macam tu pun masih tak mencabar.

Sepanjang sesi sharing tu, ada beberapa ayat Tuan Wan Nong yang betul-betul menyentap hati aku.

"Kalau kau nak kaya, sampai mati pun tak kaya"

"Kenapa kita perlu ada orang untuk memotivasikan kita padahal setiap kali 5 waktu solat tu dah boleh jadi motivasi kepada kita dalam hidup ni"

Aku rasa macam kepala kena ketuk. Aku selalu cakap aku nak kaya, nak kaya, nak kaya. Tapi tu lah, manusia ni nak kaya macam mana pun tak kan puas dengan apa yang kita ada kan. Dan selama ni aku rasa aku perlukan orang untuk memotivasikan diri sendiri tapi aku silap. Allah dah jadikan solat tu sebagai sumber inspirasi kita.

Tuan Wan Nong Muzafar

Waktu ni Tuan Wan Nong ada cerita yang beliau pernah dibebani dengan hutang yang banyak sampailah pernah hampir bankrupt. Aku dengar pun seram bila kena isytihar bankrupt ni. Tapi, alhamdullilah waktu tu isteri beliau, stay dan jadi tulang belakang beliau sampai sekarang. 

So, untuk membayar segala hutang yang ada, dia pun cuba nasib untuk kerja makan gaji  di Karangkraf and guess what? Beliau dapat kerja di Karangkraf dengan jawatan yang paling rendah. Tapi dalam jangka masa yang sangat singkat, beliau dah berjaya hingga mendapat jawatan yang agak tinggi disebabkan cara kerja dan komitmen beliau dalam kerjayanya. Tapi disebabkan beliau rasa dah tak boleh berkembang dalam Karangkraf, Tuan Wan Nong decide untuk keluar dan buka syarikat sendiri dengan nama ILM Legacy.

ILM Legacy

Tuan Wan Nong tubuhkan syarikat ILM Legacy ni adalah untuk membantu dunia keusahawan dengan menjadi penasihat dalam merangka strategi perniagaan yang cover semua aspek dari bidang penjenamaan, pemasaran, pengurusan operasi dan jugak kewangan.

Tuan Wan Nong Muzafar

Kalau korang nak tahu, syarikat ni baru je ditubuhkan pada tahun 2015 tapi dah latih lebih daripada 2000 usahawan samada usahawan kecil, sederhana dan korporat. ILM Legacy tawarkan 3 bentuk perkhidmatan yang paling utama iaitu:
  • Latihan
  • Perkhidmatan nasihat
  • Perkhidmatan perancangan dan pengurusan kewangan

Dan tak lama lagi, Tuan Wan Nong Muzafar bersama dengan syarikat ILM Legacy akan anjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa 2017 (IBBP 2017)

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa 2017 (IBBP 2017)

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 dianjurkan untuk mengupas tentang dunia dan realiti sebenar bisnes. Bezanya program IBBP 2017 ini daripada seminar-seminar lain adalah penekanan kepada kandungan lebih real dan korang boleh praktik kan sendiri, bukannya teori semata-mata. 

Tempat: Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Tarikh: 13 & 14 Mei 2017
Masa: 9.00 pagi - 6.30 petang

Waktu program ini nanti akan ada seramai 7 orang panel yang akan kongsikan pengalaman dan tips macam mana nak jadi usahawan yang berjaya. Panel-panel tersebut adalah Tuan Wan Zaki, Tuan Noorizam, Faisal Badry, Tuan Fazrul Ismail, Fynn Jamal, Fizo Omar dan Tuan Wan Nong Muzafar sendiri.

Siapa yang perlu datang ke Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP 2017)? 
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
  • Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju
  • Usahawan yang "STUCK" atau berniaga yang cukup-cukup makan
  • Usahawan yang  ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan
  • Usahawan yang ingin "UPGRADE" perniagaan ke tahap yang lebih besar 
Kalau korang salah seorang yang ada masalah di atas ni, korang boleh datang ke IBBP 2017 untuk atasi dilema korang tu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out:

admin@wannongmuzafar.com


#IBBP #IBBP2017  #IniBisnesBukanPropa #WNM #ILMLegacy #WanNongMuzafar


You Might Also Like

1 comments

  1. wow..hebat juga kisah Wan nong Muzafar nie..terinpssari pula saya..

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter