Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid | Last week aku ada pergi makan makanan Thai dan Japanese dekat Sanoook yang terletak di Sunway Piramid West, sebelah dengan Hotel Clio. Waktu tu aku bawak Aneeq. Seronok dia bila tau kiteorang nak pergi berjalan. 

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid

Sanoook

Sanook dalam bahasa Thai maksudnya fun. Dieorang tambah satu lagi o untuk melambangkan circle of friends. Dapatlah nama Sanoook tu. Sanoook ni dieorang menghidangkan makanan fusion daripada Thai dan Jepun. Aku memang suka makan sushi so aku memang tak lepaskan peluang untuk cuba makanan dekat sini. 

Pembuka Selera Di Sanoook Sunway Piramid

Mula-mula sekali kita kenalah mula dengan Appertizer. Dekat sini ada lebih kurang 10 appertizer tapi kiteorang cuba 2 je. 

Mieng Kam
Mieng Kam (RM17.90)
Mieng Kam dekat sini senang nak makan sebab daun tu dieorang dah siap-siap gulungkan untuk kiteorang. Jadi, kiteorang cuma perlu letak bahan-bahan Mieng Kam, lipat sekali dan terus makan. Sos Mieng Kam dekat sini memang sedap, tak pedas dan manis dia cukup. Aku cuma letak kacang bakar, kelapa bakar, udang goreng dan kulit limau saja. Sekali ngap memang sedap tapi lepas tu ada rasa after taste pahit-pahit kulit limau tu. 

4-Season Platter
4-Season Platter (RM37.90)
4 Season Platter ini ada 4 jenis makanan iaitu Crispy Thai Chicken Balls, Thai Fish Cake, Crispy Calamari dan Spring Rolls & Salmon Croquette. Yang ni aku cuma sempat rasa Thai Fish Cake dia je. Saiz dia boleh tahan besar. Aneeq suka makan. Rasa dia pun sedap. Macam fish cake biasa cuma kulit nya lebih ranggup dan isi lembut. 

Minuman Di Sanoook Sunway Piramid

Dekat sini ada macam-macam jenis minuman yang agak unik dan rare. Kiteorang order 5 jenis air je.

Variasi Minuman
Variasi Minuman
Antara minuman yang kiteorang order hari tu - Thai Milky Ice Tea (RM10.90), Thai Spikey Lemongrass Tea (RM10.90), Thai Pandan Honey (RM10.90) dan Speedo Watermelon (RM9.90)

Sanoook Punch
Sanoook Punch (RM15.90)
Yang ini pulak apa yang aku minum. Sanoook Punch ni kombinasi beberapa buah yang aku pun tak berapa pasti. Yang aku tahu, ada sedikit rasa nenas dan sedikit rasa oren. Yang lain aku tak sure. Tapi yang penting, Sanoook Punch ni memang sedap. Kalau datang sini, aku rekemen untuk korang order Sanoook Punch.

Menu Minuman Sanoook Sunway Piramid
Ini menu penuh dan harga untuk minuman yang ada si Sanoook untuk rujukan korang.

Menu Utama Sanoook Sunway Piramid

Dekat Sanoook ni banyak gila makanan yang korang boleh pilih sama ada makan Thai atau pun makanan Jepun. Antara menu utama yang ada dekat sini: 

Thai Coconut Soup With Chicken Wonton
Thai Coconut Soup With Chicken Wonton (RM16.90)
Ini antara makanan yang sangat rare bagi aku. Dalam mangkuk tu adalah wonton ayam. Kalau makan macam tu je pun dah sedap. Kulit wonton dia lembut dan isi ayam dia cukup perasa. Tapi cara makan dia sebenarnya kena curah sup santan ke atas wonton ayam tu. Sup santan tu ada dalam botol hitam tu. Personally, aku kurang suka bila makan wonton ayam tu dengan sup santan ni. Mungkin tak kena dengan tekak aku. Tapi, kalau korang nak cuba Thai Coconut Soup with Chicken Wonton ni, tak ada masalah. 

Beef & Chicken Skewers
Beef & Chicken Skewers (RM18.90/RM17.90)
Yang ini skewers. Bawah Chicken Skewers dengan Sos Massaman dan yang atas tu Beef Skewers dengan sos kari hijau. Antara dua-dua ni aku lebih suka Chicken Skewer. 

Sushi Burgers
Sushi Burgers 
Kalau biasa orang makan burger dengan roti kan. Ha, dekat Sanoook ni orang makan burger dengan nasi sushi. Rare habis kan. Kiteorang order 2 jenis sushi burger hari tu iaitu Grilled Chicken With Teriyaki Sauce (RM17.90) dan Grilled Beef With Tomyam Sauce (RM17.90). Kalau korang order sushi burger ni, selain daripada burger korang akan dapat potongan jagung dan juga kerepek sayur-sayuran. Aneeq suka gila makan kerepek tu. Cumanya kalau korang order Sushi Burgers ni, make sure korang makan masa panas-panas untuk elakkan nasi dia terlerai. 

Phad Thai
Phad Thai (RM19.90) 
Jujur aku cakap sebelum ni aku tak pernah makan Phad Thai. Masa mula-mula aku rasa Phad Thai ni, macam lebih kurang char kue teow tapi versi yang lebih kecil, nipis dan kenyal. Rasa nya pun lebih terangkat dan cukup masam, manis serta masinnya. Kalau next time aku pergi Sanoook lagi, Phad Thai ni definitely aku akan repeat order.

Sushi Rolls
Sushi Rolls 
Antara banyak-banyak set sushi yang ada dekat Sanoook ni, dieorang ada 3 jenis Sanoook Signature iaitu Fresh Salmon With Spicy Miso Cream Sauce (RM28.90)Tuna With Tom Yam Sauce (27.90) dan Sanoook Rainbow Vegetable Sushi (RM19.90). Ketiga-tiga jenis sushi ni memang tak ada masalah untuk aku habiskan sebab aku memang peminat sushi. Korang makan 3 jenis sushi ni pun dah kenyang.

Tom Yam Seafood Fried Rice
Tom Yam Seafood Fried Rice (RM19.90)
Tom Yam Seafood Fried Rice dekat Sanoook ni antara nasi goreng tomyam yang aku paling suka. Sebabnya bila makan tu, memang boleh rasa asli Thai. Nasi goreng tom yam ni memang cukup rasa masin dan masam dia. Udang dan sotong pun cukup dengan portion nasi. Untuk yang memang tak boleh lepas dari makan makanan jenis nasi, aku rekemen yang ini.  

Pencuci Mulut Do Sanoook Sunway Piramid

Dah habis makan, dah kenyang? Still ada ruang dalam perut untuk dessert kan. Kehkehkeh. Hari tu kiteorang cuba 2 jenis dessert:

Thai Valcano
Thai Valcano (RM16.90) 
Dessert ni serius besar dan aku rasa satu Thai Valcano ni boleh makan untuk 4 orang. Dessert ni lebih kurang macam shaved ice. Untuk Thai Valcano ni rasanya lebih kurang macam rasa teh ais. Dalam Thai Valcano ni ada juga bubble dan badam bakar untuk tambah keranggupan.

Mango Sticky Rice with Ice Cream (RM15.90)
Dalam dessert ni korang akan dapat satu kon ais krim vanilla, mangga, pulut dan juga santan untuk dimakan dengan pulut. Mangga tu tak usah cakap lah. Memang manis dan berlemak. Siapa yang craving dekat sini, boleh lah order dessert sticky rice ni. 

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Antara main attraction dekat sini adalah truck merah ni. Aneeq dari awal masuk sini sampai dah nak balik memang truck ni lah dia duduk main. Semua staff dekat Sanoook ni pun duk melayan je Aneeq.

Dekat Sanoook korang boleh pilih korang nak duduk dekat area dining macam mana. Ada 4 setting tempat makan:

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Bahagian dalam. Sejuk ada air cond. Jarak antara satu meja ke meja yang lain besar jadi sangat selesa.

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Yang ini seating bahagian luar. Nampak lebih open dan sesuai lah kalau orang yang smoking tu.  

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Dekat sini ada satu bilik khas untuk kalau korang datang beramai-ramai untuk buat majlis kecil-kecilan atau makna lunch satu ofis. Lebih private. 

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Yang ni lebih kurang macam bar. Kalau datang sorang-sorang, korang duduk lah dekat sini.

Sanoook Thai-Japanese Restaurant Sunway Piramid
Alright, tu dia sedikit sebanyak review dekat Sanoook yang terletak dekat Sunway Piramid ni. Overall aku suka dengan makanan yang dieorang hidangkan hari tu walaupun ada dua tiga menu yang kurang kena dengan tekak aku. Kalau korang nak pergi sini, aku rekemen korang order Phad Thai, Tom Yam Seafood Fried Rice, Chicken Skewer, Sushi Rolls, Mieng Kam dan Mango Sticky Rice with Ice Cream.

Area dining pun luas, selesa dan sejuk terutamanya di bahagian dalam restoran. Waktu aku pergi tu, tak berapa ramai orang sangat dekat restoran. Jadi, lagi lah sanoook. 

Harga makanan dan minuman dekat sini agak pricey tapi berbaloi dengan apa yang korang akan dapat nanti. Sekali sekala kita makan makanan yang rare dan unik macam ni aku rasa tak salah kita spend lebih sikit, betul kan? 

Alright, that's it guys. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Sanoook, korang boleh tengok dekat bawah.



Post a Comment

9 Comments