Selera Desa Kembara Iftar Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

April 21, 2017

Selera Desa Kembara Iftar Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur | Bulan Ramadan dah tak lama lagi nak datang. Sekarang hotel-hotel dan restoran dan mula promosikan buffet ramdan masing-masing. Dan Ancasa Hotel & Spa Kuala lumpur pun tak terlepas untuk mempromosikan buffet ramadannya pada kali ini.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa
 Nasi Tumpang Jawa Timur. Mewah gila nampak kan.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa
Tiap-tiap tahun mesti kambing golek ni habis dulu. Kambing Golek dengan Nasi Arab Khabsah.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017
Satay Daging, Satay Ayam, Nasi Impit dan Kuah Kacang.

Antara banyak-banyak buffet ramadan yang aku pernah pergi, buffet ramdan di Ancasa Hotel & Spa ini adalah yang terbaik sebab makanan di asedap dan terdapat abnyak pilihan. Selain itu jugak, tempat untuk menjamu selera pun luas dan selesa.

Kali ni, Selera Desa Kembara Iftar meyajikan macam-macam jenis hidangan yang seolah-olah membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala Lumpur di bawah satu bumbung.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017
Ini yang paling rare ni. Aku terliur tengok.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Antara sajian yang akan dihidangkan semasa berbuka puasa nanti adalah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan produk-produk seperti Serawa, Wajik dan Puding.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017
Macam-macam jenis mee dan bihun. Mee dan bihun Saffron Brasserie ni memang sedap. Teringat lagi tahun lepas aku pergi ramasan buffet preview dieorang.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Segala ulam-ulaman dan sambal-sambal yang ada. Nak apa, cakap je semua sambal ada dekat sini.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Tahun ni, Ancasa Hotel & Spa menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi mengenang kembali kenangan lama. Makanan-makanan yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dulunya memang sangat popular dan sampai sekaang ni orng masih kenal. Antaranya adalah Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Jalan Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang akan bergilir-gilir dihidangkan setiap hari termasuklah pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Ubi rebus. Dah lama tak makan ubi rebus dekat Kl tau. 

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Kalau yang kaki makan durian pulak, ada macam-macma jenis pencuci mulut yang akan dihidangkan nanti seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian. Woah, semua durian ni. Banyak pulak tu.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Salad-salad, kerabu dan sayur-sayuran yang menyelerakan. 

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Aku cadangkan kalau korang nak pergi berbuka puasa dekat sini nanti, better korang tempah baucer awal-awal sebab ada diskaun harga yang memang berbaloi.

Buffet Ramadan Ancasa Hotel & Spa 2017

Harga Biasa:

RM68 (Dewasa)
Kanak-kanak (RM40)

Harga Early Bird (Beli sebelum 15 Mei 2017)

RM58 (Dewasa) 

Cepat beli sebab makanan dekat Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni tak pernah mengecewakan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat bawah:

Website | Facebook | Saffron Brasserie 03 2026 6060 samb 7703



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook