Sihat Dan Cantik Dengan Forte8

Sihat Dan Cantik Dengan Forte8 | Zaman sekarang ni dah tak macam dulu kan? Sekarang makin lama usia makin lemah dan makin kurang berseri jadinya. Mungkin sebab pemakanan kita yang dah banyak bercampur dengan bahan-bahan kimia yang tak sepatutnya. Ye lah, ayam pun ayam proses, sayur pun diracun. Macam mana lah nak sihat macam zaman datuk nenek kita dulu. Jadi aku rasa penting untuk kita ambil supplemen untuk menambah tenaga badan serta mengekalkan kecantikan. Tapi nak pilih supplemen tak boleh sebarangan. Kena lah pilih yang dihasilkan daripada bahan semulajadi contohnya seperti Forte8 ni.


Forte8

Forte8 Nature's Gift

Bagi yang masih tak tahu, Forte8 ini adalah minuman kesihatan dan kecantikan dengan formulasi yang istimewa untuk menjaga dalaman serta luaran kita. Macam yang kita tahu, semakin lama usia kita, semakin lemah daya ketahanan badan dan berkurang seri kita ni. Dengan pengambilan Forte8 dengan konsisten dapat sedikit sebanyak membantu untuk menguatkan sistem imun badan dan mengembalikan kecantikan kita.  

Fungsi Forte8

Forte8  ini sebenarnya banyak fungsinya. Antara fungsi utama Forte8 adalah:
  • Kuatkan sistem imunisasi tubuh
  • Kurangkan toksin dan imbangkan gula dalam darah
  • Kurangkan kadar kolesterol tidak baik, tekanan darah tinggi dan alergik
  • Kurangkan sakit sendi, kepala dan kekejangan badan
  • Kurangkan jerawat, cerahkan serta tegangkan kulit
  • Tingkatkan daya ingatan
  • Lawaskan sistem pencernaan
  • Bantu penyerapan nutrien, tingkatkan tenaga serta kecerdasan
  • Cegah serangan asma serta bantu sistem pernafasan
  • Perbaharui sel dalam tubuh dan imbangkan hormon
  • Kurangkan keguguran rambut serta kuatkan rahim wanita
Forte8

Kandungan Forte8

Forte8 ini dihasilkan daripada pelbagai bahan semulajadi yang memang dah terbukti membantu kesihatan dan kecantikan kita. Antara bahan yang ada dalam Forte8 ini adalah ekstrak buah mengkudu, ekstrak kulit manggis, ekstrak buah delima, ekstrak biji prune, ekstrak biji aprikot, ekstrak biji epal dan ekstrak soya

Aku percaya kesemua bahan ini dah lama digunakan untuk kesihatan dan juga kecantikan sejak zaman dulu-dulu lagi. Aku pun selalu juga amalkan buah delima tu. Tapi leceh kan nak kopek buah delima satu satu, lepas tu nak kene perah lagi. Nak makan sebiji-sebiji serius tak ada masa. Sekarang ini dengan amalkan Forte8 pun dah dapat khasiat buah delima dan bahan-bahan yang lain dengan mudah. 

Forte8 ini memang selamat untuk diminum dan proses penyediaannya serta penghasilannya pun mengikuti standard penyulingan. Forte8 juga telah mendapat kelulusan oleh Pusat Racun Negara (No rujukan NPC - PRN 2016/86), dan juga kelulusan GMP. Dah tak perlu risau dengan status Forte8 ni. Lagipun Forte 8 ni dihasilkan menggunakan bahan organik buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Cara Pengambilan Forte8

Untuk amalkan Forte8 ni senang saja. Bancuh 1 sachet Forte8 dengan 100ml air suhu bilik. Suhu bilik tau, tak boleh air panas atau air suam. Dan minumlah sebelum korang masuk tidur. Aku minum satu sachet je sehari tapi kalau korang nak minum 2 sachet sehari pun boleh. Ambil satu sachet pagi selepas sarapan dan satu sachet lagi sebelum tidur okay? 

Tapi sebelum minum, korang kena tahu yang ibu mengandung tak boleh minum Forte. Bagi bayi 6 bulan ke atas pula tak ada masalah untuk ambil.

Dalam satu kotak Forte8 ini ada 15 sachets dan setiap sachet kandungannya 10 gram. Aku suka dengan packaging Forte8 ni tau sebab nampak macam ekslusif sangat. Kalau nak beli untuk bagi hadiah pada orang lain pun sesuai sangat sebab kotak dia memang dah cantik.


Forte8

Bila korang koyakkan sachet tu, dah boleh bau manis. Serbuk Forte ni putih dan ada sikit serbuk warna pink dan merah. Lepas korang kacau dalam air suhu bilik, serbuk tu akan larut dan warna air akan jadi warna merah jambu jernih. Rasa dia masam masam manis macam rasa buah-buahan. Sedap rasanya. 

Aku cadangkan kalau korang ada masalah-masalah tenaga badan, sistem dalaman dan masalah kulit wajah, korang boleh cuba dapatkan Forte8 ni. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi lebih sihat, cantik dan segar. InsyaAllah sedikit sebanyak Forte8 ini akan membantu. 

Post a Comment

0 Comments