Syurga Dessert Di Ahoy Cafe SS15

April 28, 2017

Syurga Dessert Di Ahoy Cafe SS15 | Pernah tak rasa kadang-kadang tu korang bukan nak makan makanan berat pun, tapi rasa nak mengunyah dan rasa nak makan dessert je. Aku jenis macam tu, kejap-kejap nak mengunyah, kejap-kejap teringin nak makan benda-benda yang manis. Kalau korang jenis yang macam aku ni, sesuai sangat pergi ke Ahoy Cafe yang terletak di Ss15 Subang Jaya ni.

Ahoy Cafe SS15
Ahoy Cafe ni specialty dieorang terletak pada dessert atau pencuci mulut. Kalau tengok list menu dessert dekat sini memang banyak dan mesti korang terliur punya. Korang nak tau tak dessert ape yang meletup dekat Ahoy Cafe ni? 

Matcha Angel Falls
Matcha Angel Falls (RM24.90)
Kalau ikutkan aku ni bukannya minat sangat nak makan atau minum apa-apa yang berkaitan dengan green tea ni sebab tekak tak boleh terima kecuali lah coklat green tea KitKat tu. Mula-mula agak keberatan nak cuba Matcha Angel Falls ni. Tapi, bila sekali dah cuba, serius memang sedap. Tak salah kalau aku cakap, Matcha Angel Falls ni dessert yang terbaik dekat Ahoy Cafe ni.

Nak makan Matcha Angel Falls ni, korang boleh tengok gambar dekat atas. Korang kena potong sikit lava cake dekat atas tu dan biarkan molten matcha cake tu jatuh ke bawah. makan dengan ais krim vanila dan coklat dekat dalam balang. Pergh, memang terbaik. 

Chocolate Angel Falls
Chocolate Angel Falls (RM23.90)
Yang ini pulak Chocolate Angel Falls. Lebih kurang dengan dessert dekat atas tapi personally aku lagi suka Matcha. Coklat untuk dessert ni rasa dia memang pekat. Kalau korang chocolate lover, korang boleh pilih yang ini. 

Sama jugak untuk makan dessert ni, korang kena potong molten kek tu supaya lava coklat dia jatuh ke dalam balang dan bercampur dengan ais krim coklat dan vanilla. Oh, benda alas yang bawah molten kek tu sebenarnya macam biskut tau. Biskut tu kalau makan sekali dengna ais krim dan molen coklat tu memang sedap. Ranggup dan manis.

Kalau korang nak rasa Chocolate Angel Falls atau Matcha Angel Falls ni, aku cadangkan korang buat booking dulu unutk elak korang kecewa kalau dah habis.

Brown Iceland
Brown Iceland (RM18.50)
Ini salah satu lagi dessert yang korang boleh cuba dekat Ahoy Cafe. Yang ni aku sempat makan kek yang hitam kecil-kecil keliling tu, Rasa dia rasa kopi kot. Tapi isi yang lain aku tak sempat makan. So, aku tak sure apa rasa dia.

Twin Waffle
Twin Waffle (RM24.90)
Untuk menu dessert Twin Waffle ni, korang ada dapat dua keping waffle yang mengapit ais krim vanila. Dan atas waffle ni pun ada ais krim jugak dialas dengan kepingan pisang.

Kek Pango Yogurt
 Kek Pango Yogurt (RM11.90)
Ini kalau tak silap aku kek mangga dengan yogurt. And yes, kalau korang order kek ni, akan dihidangkan macam ni.

Mocha Cornette Cheese
Mocha Cornette Cheese (RM12.90)
Ini satu lagi antara kek yang ada dekat Ahoy Cafe. Sebenarnya banyak lagi kek yang ada dekat sini. Korang boleh tengok gambar dekat bawah. 

Macam-macam jenis kek yang ada dekat Ahoy Cafe. Kalau korang nak makan kek dekat sini, korang alert dan kena tanya dulu sama ada kek tu halal atau tak sebab ada kek yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang non-halal. 

Dah tengok dessert, kita tengok pulak minuman yang ada dekat sini kan. Dekat Ahoy Cafe ni korang boleh pilih pelbagai jenis minuman ikut citarasa, nak panas ke nak sejuk ke. Semua ada.

Choco Berry Frappe
Choco Berry Frappe (RM16.00)

Passion Berry Yogurt Smoothies
Passion Berry Yogurt Smoothies (RM13.00)

Matcha Caffe Latte
Matcha Caffe Latte (RM11.00)

Matcha Chocolate Latte
Matcha Chocolate Latte (RM13.00)

Ahoy Cafe ni bukan saja menghidangkan dessert dan minuman yang macam-macam jenis. Dieorang pun ada buat menu-menu makanan ringan dan berat contohnya:

Homemade Creamy Mushroom Soup with Toasted Bread
Homemade Creamy Mushroom Soup with Toasted Bread (RM9.00)
Mushroom soup dan toated bread tu homemade. Semua dieornag buat sendiri. Baru lah fresh sikit kan.

Smoked Salmon Salad
Smoked Salmon Salad (RM16.00)
Dalam menu salad ni, ada macam-macam jenis sayuran - tomato, lobak, kobis dan salad. Dan dieorang letak jugak smoked salmon. Smoked salmon dia lembut, cukup rasa dan cukup moist.

Smoked Duck Carbonara Spaghetti
Smoked Duck Carbonara Spaghetti (RM22.00)
Dalam menu ni korang akan dapat spaghetti carbonara dengan smoked duck. Rasa daging itik tu lembut betul. Kalau ikutkan dah lama aku tak makan daging itik. So, bila dapat rasa daging itik lembut macam ni, rasa heaven sangat. 

Vege Aglio Olio Spaghetti
Vege Aglio Olio Spaghetti (RM16.00)
Well well, kalau korang ni vegetarian, worry not! Dekat sini ada menu vegetarian untuk korang. Korang boleh order Vege Aglio Olio Spaghetti. Aku yang gila makan daging pun suka makan menu vege ni tau. Vege dalma menu ni serius banyak. Korang yang jenis makan sayur mesti suka. 

Chicken Kimchi Spaghetti
Chicken Kimchi Spaghetti (RM16.00)
Peminat korea atau kimchi? Nah, ini menu untuk korang. 

Hot & Spicy Grilled Chicken Chop
Hot & Spicy Grilled Chicken Chop (RM16.50)
Satu lagi hidangan yang agak berat untuk korang rasa. Dalam menu ni korang akan dapat chicken chop, coleslaw, sos krim dan juga nacho sebagai side dish. 

Overall, aku suka dengan menu yang aku rasa hari tu dekat Ahoy Cafe - Vege Aglio Olio Spaghetti, Smoked Salmon Salad, Chocolate Angel Falls tapi favourite menu aku dekat sini adalah Matcha Angel Falls. Aku rasa kalau korang rasa jugak Matcha Angel Falls ni mesti korang pun jatuh cinta.

Jujur aku cakap Ahoy Cafe ni tak lah besar mana kedainya tapi ambiance dalam kedai cukup selesa untuk korang lepak-lepak dengan kawan-kawan. Ada beberapa jenis meja makan yang ada di sini termasuklah area untuk duduk bersila di lantai. Yang itu memang rare nak jumpe. 

Ok lah, kalau korang berminat untuk tau lebih lagi pasal Ahoy Cafe ni, korang boleh tengok Facebook atau Instagram atau pergi je terus ke kafe dieorang.



Ahoy Cafe
74 Jalan SS15/4, 
47500 Subang Jaya, 
Selangor


You Might Also Like

3 comments

  1. meriah dessertnye..sama la bkn pencinta green tea..tk pernh try lg sebarang dessert yg berkaitan green tea hehe

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter