5 Hiasan Rumah Yang Perlu Diganti Untuk Raya Tahun Ini

5 Hiasan Rumah Yang Perlu Diganti Untuk Raya Tahun Ini | Beberapa hari lagi kita dah nak masuk ke bulan Ramadan, betul tak? Aku rasa bulan Ramadan tu sekejap je. Pejam celik, pejam celik, dah terus nak raya. Raya kan kita mestilah nak rumah nampak cantik bila orang datang beraya. So, penting untuk kita mula cari hiasan rumah atau perabot baru sekarang ni bagi rumah nampak cantik. Kalau buat lambat-lambat, takut tak sempat. 

Meh, aku nak share dengan korang macam mana hanya dengan 5 barang bawah harga RM100 dari Carousell, korang boleh cantikkan rumah korang sempena Raya tahun ini.


Carousell

5 Hiasan Rumah Yang Perlu Diganti Untuk Raya Tahun Ini

Apa yang aku senaraikan dekat bawah ni adalah barangan hiasan rumah yang aku rasa penting untuk digantikan pada raya setiap tahun kalau korang nak rumah korang nampak fresh dan baru.


Langsir murah

1. Langsir

Yang pertama sekali, bila orang masuk rumah kita datang beraya, apa yang dieorang akan nampak dulu adalah langsir. So, kalau nak rumah korang nampak fresh dan baru, korang tukarlah langsir baru. Kalau dah bertahun-tahun pakai langsir yang sama je, cuba korang tukar langsir dengan warna yang lebih ceria. Aku ada pengalaman cari langsir dekat kedai tapi aku rasa penat gila kot pilih langsir dekat kedai. Sekarang ni dah senang dah kalau nak pilih langsir secara online dekat Carousel ni. Aku suka sangat apps Carousell ni sebab dekat sini banyak barang yang korang boleh pilih. Bukan setakat langsir je, semua barang dari barang dapur, pakaian, barang baby dan perabot.


Karpet murah

2. Karpet

Yang kedua korang kena tambah atau tukar adalah karpet. Sekarang ni orang lebih suka kepada trend karpet Scandinavian - bentuk geometrik dan lebih minimalis. Kalau sebelum ni korang pakai karpet bunga-bunga berat atau langsung tak pakai karpet, dah tiba masanya untuk guna karpet Scandinavian ni. Mesti korang punya rumah nampak lebih fresh. Tahu tak kalau beli dekat Carousell ni korang boleh jimat banyak duit sebab kebanyakan harga dekat sini lebih murah daripada harga dekat luar. Macam karpet Scandinavian dekat atas ni, kalau dekat luar harga dia lebih daripada Rm150. Kalau dekat Carousell ni, korang boleh beli dengan harga RM85 saja. Tak ke jauh beza harga tu? Korang boleh cari barang hiasan rumah murah dekat Carousell dengan setting filter untuk harga bawah RM100.


Sarung sofa murah

3. Sarung Sofa

Sofa memang main peranan besar dalam rumah. Selain daripada untuk duduk berehat, sofa boleh jadi hiasan rumah yang paling menarik. Kalau dekat rumah korang ada sofa yang boleh cabut sarung, bagus tu. Boleh korang tukar-tukar sarung sofa tapi kalau jenis sofa yang tak boleh cabut sarung dia, mesti korang rasa susah hati kan? Sebenarnya kan masa aku tengok-tengok dekat Carousell ni, aku terjumpa Magic Sofa Cover ni. Tak kisah bentuk sofa apa yang korang ada, magic sofa cover ni boleh digunakan. Dan pilihan warna dia pun banyak sangat. Lagi satu aku suka pasal apps Carousell ni sebab dia senang nak digunakan. Korang boleh pilih kategori barang apa yang korang nak pilih, dan korang boleh filter jugak ikut harga, deal option sama ada nak pos kan barang atau nak COD dan sama ada korang nak pilih barang baru atau barang pre-loved.  


Wallpaper murah

4. Wall Paper

Dah bosan dengan warna dinding rumah korang? Jangan risau, sempat je kalau korang nak cat dinding tu dalam bulan puasa ni. Tapi, kalau rasa malas, penat dan cat tu mahal harganya, apa kata korang guna wallpaper je. Murah dan senang dipasang. Korang boleh pilih sama ada nak guna wallpaper warna plain atau yang bercorak. Bagi aku, rasanya lebih baik beli yang bercorak sebab nampak sikit tekstur pada dinding rumah korang. Itu yang menjadikan rumah korang lebih unik. Korang boleh pilih macam-macam jenis design wallpaper dekat Carousell ni dengan harga yang memang berbaloi. Apps Carousell ni aku suka pakai sebab dia selamat. Carousell tak benarkan seller jual barang-barang replika atau cetak rompak, barang-barang curi dan ubat-ubatan. 


Cermin dinding murah

5. Cermin

Korang tahu tak cermin ni boleh jadi hiasan rumah yang buat ruamh korang nampak mewah. Dengan pelbagai jenis design yang unik dan elegen, korang boleh ubah ruang dalam rumah korang jadi lebih cantik dan juga luas. Kalau ikutkan dekat pasaran luar, harga cermin bercorak ni agak mahal. Tapi kalau korang cuba cari dekat Carousell, korang boleh dapat macam-macma jenis bentuk cermin yang menarik dengan harga yang murah tapi cermin secondhand lah. Korang sebenarnya boleh jumpa banyak barang hiasan rumah second hand atau barang-barang yang pre-loved dekat Carousell ni. Lagipun dengan membeli barang second hand ni, korang sekurang-kurangnya membantu orang lain untuk dapat sumber pendapatan. Bagus kan?  

Kalau korang nak cuba cari barang lain pun ada dekat Carousell ni. Korang tau tak sebenarnya selain daripada membeli, korang pun boleh jual barang-barang hiasan rumah lama korang yang dah pakai tu? Daripada biar je barang-barang tu menyibuk dalam rumah, baik korang jual. Duit dapat, rumah pun tak penuh dengan barang yang dah tak digunakan lagi.

Aku rasa masih ada antara kawan-kawan korang yang tak tahu pasal Carousell ni kan. Atau mungkin ada yang tahu tapi tak berani nak cuba. Cuba korang share artikel ni dengan kawan-kawan korang sebab bagi aku lah kan, Carousell ni bagus sebab kita boleh beli barang-barang baru dan juga barang secondhand dengan harga yang lebih murah.

Dah tau ape hiasan rumah yang nak diganti raya ni?

2 comments.. read them below or add one

Zie Azi Zie Azi 23 May, 2017
sarung sofa tu dh berkenan nak beli, tapi nk cari yg corak2 sikit..tp memang murah la