Baju Raya Jakel Percuma Untuk Penduduk Tanah Merah Kelantan

Baju  Raya Jakel Percuma Untuk Penduduk Tanah Merah Kelantan | Yes, you read it right orang-orang di Tanah Merah Kelantan. Untung betul korang-korang yang berasal dari Tanah Merah Kelantan sebab korang boleh dapat baju raya percuma daripada Jakel. Nak tau macam mana nak dapatkan baju raya percuma dari Jakel ni? Baca dekat bawah. 


Baju  Raya Jakel Percuma

Majlis Tandatangan Perjanjian Usahasama Antara Jakel Shah Alam Dan Ahli Parlimen Tanah Merah Kelantan

Hari Jumaat minggu lepas, 26 Mei 2017, YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah telah menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60 000 pasang baju raya kepada penduduk di Tanah Merah Kelantan dengan usahasama Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd. 

Kalau sebelum ni hanya ibu-ibu tunggal dan golongan PERMATA saja yang pernah dapat hadiah baju raya percuma di Tanah Merah Kelantan. Tapi pada tahun ni, YB Dato' Haji Ikmal telah berbesar hati untuk menyumbangkan baju raya percuma kepada semua penduduk Tanah Merah Kelantan. 


Baju  Raya Jakel Percuma

Hadiah baju raya ini akan disumbangkan kepada semua penduduk di Tanah Merah Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan juga fahaman politik. Jadi, semua orang yang telah berdaftar sebagai pengundi  sehingga Mac 2017 boleh menerima baju raya Jakel percuma ini.

Pengagihan baju raya Jakel percuma untuk orang-orang di Tanah Merah Kelantan ini akan bermula daripada 10 Ramadan hinggalah 15 Syawal. YB Dato' Haji Ikmal Hisham berharap agar sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah dan dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk merasa keseronokan berhari raya dengan pakaian yang baru. 


Pemilihan Baju Raya Percuma Berkualiti Daripada Jakel  

Masa hari majlis tandatangan usahasama tu, dieorang ada tunjukkan contoh baju yang akan diterima oleh penduduk-penduduk Tanah Merah. Dan baju-baju raya memang nampak cantik dan berkualiti tinggi.

Untuk wanita, korang akan menerima baju kurung untuk yang beragama Islam dan untuk yang bukan beragama Islam pula akan menerima kain pasang. Untuk lelaki pula akan menerima baju Melayu untuk yang beragama Islam manakala yang bukan beragama Islam akan menerima baju kemeja.  


Baju  Raya Jakel Percuma
Antara koleksi baju kurung dan kain pasang yang akan diterima oleh para wanita Tanah Merah.


Baju  Raya Jakel Percuma
Yang ini pula antara koleksi baju Melayu Jakel yang akan diterima oleh para lelaki Tanah Merah.

Yang bestnya, korang boleh pilih sendiri warna, corak dan saiz yang korang nak. Caranya cuma perlu datang ke pejabat urusetia dan tunjukkan sekali IC korang. Sumbangan baju raya ni akan dilakukan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima untuk menyenangkan korang semua. 

Jakel Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

Kalau korang nak tahu, tahun ini Jakel ada sediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel baru-baru ni ada memperkenalkan duta-duta baru untuk tahun 2017 ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha AlYahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar dan 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.


Baju  Raya Jakel Percuma

Jakel akan mengadakan majlis beramah mesra dengan duta-duta Raya Jakel tahun ni di Jakel Shah Alam pada 3 Mei 2017. Tahun lepas aku dah pernah pergi. Memang berbaloi pergi sebab boleh dapat baju raya percuma. 

Dan ini kali pertama Jakel berkerjasama dengan Haqqi (sebuah portal online barangan haji dan umrah serta barang muslimah) untuk membuat jualan Aidilfitri bersebelahan dengan Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Ada lebih daripada 20 jenama artis terkenal yang akan dibuka sepanjang Ramadan bermula dari sekarang hingga malam raya. Nak pergi sana senang je. Vari Petronas Seksyen 7 lepas tu nampak khemas besar, ha betul la tu tempatnya.

Korang duduk dekat Tanah Merah Kelantan? Atau ada kenalan di Tanah Merah Kelantan? Jangan lupa share entry ni pada dieorang untuk bagitau dieorang pasal BAJU RAYA PERCUMA JAKEL ini tau.




0 comment... add one now