Belajar Ilmu Breastfeeding Di Shopee Day Out

Belajar Ilmu Breastfeeding Di Shopee Day Out | Aneeq dah pun masuk umur 2 tahun dan 2 bulan tapi dia masih lagi nak menyusu badan. Asalnya memang nak stop kan dah tapi aku rasa kiteorang dua orang memang tak boleh move on lagi, jadi aku biarkan Aneeq terus menyusu badan. 

Shopee Day Out

Dan minggu lepas aku sempat join satu seminar atau sebenarnye lebih kepada sesi lepak-lepak sambil cari ilmu lebih lagi pasal breastfeeding di Shopee HQ.

Ilmu Breastfeeding

Walaupun dan masuk 2 tahun menyusu badan, aku masih lagi nak cari ilmu pasal breastfeed ni. Ye la kan, tak semestinya kita dah lama buat something tu, kita memang expert. Ada masanya kita buat ikut sedap kita je padahal rupanya apa yang kita buat tu salah. Itu yang pentingnya kita terus cari ilmu bariu pasal apa-apa pun termasuk lah apa yang kita sangka kita dah pakar.

Shopee Day Out
Shopee - salah satu app membeli belah yang semakin terkenal sekarang ni buat seminar bersama dengan Pigeon untuk meraikan sambil memberi ilmu tentang penyusuan badan di Shopee Day Out.

Shopee Day Out 

Masa event Shopee Day Out ni, kiteorang diajar cara-cara serta teknik-teknik yang betul untuk menyusu badan oleh Pigeon Professional Breastfeeding Counselor - Puan Salmiah Dato’ Haji Talib. Kadang-kadang tu bila ilmu tak cukup, sebab tu lah ada yang puting melecet, terkoyak dan luka sebagainya.  

Shopee Day Out

Puan Salmiah jugak ada share makanan apa yang bagus untuk menambah susu badan dan cara pemakanan yang betul. Air pun kena minum banyak. Jangan sesekali skip makan sebab itu adalah tenaga untuk kita hasilkan susu. Ada juga Puan Salmiah tunjukkan cara-cara untuk mengurut untuk memudahkan pengeluaran dan penghasilan susu badan.

Yang aku kagum seminar kali ni adalah antara peserta-peserta seminar tu bakal-bakal bapak. Bagus betul bapak-bapak yang bertanggungjawab untuk cari ilmu penyusuan ni. Korang bapak-bapak kena tahu, nak menyusukan anak ni susah sebenarnya. Dan mak mak perlu sangat sokongan dan bantuan daripada korang, Jangan lah tinggalkan isteri terkontang kanting teruskan penyusuan badan sorang-sorang.

Shopee Day Out

Lepas talk daripada Puan Salmiah, ada dua orang mak yang buat sharing session macam mana dieorang handle menyusukan badan anak kecil sambil jaga anak-anak lain yang dah besar di samping bekerja sepenuh masa dan juga ada bisnes sampingan. Fuh, serius aku respek betul wanita-wanita macam ni sebab aku rasa aku nak buat memang tak larat. 

Thank you Shopee sebab adakan seminar lepak-lepak macam ni. Walaupun dah 2 tahun menyusu badan, masih banyak ilmu yang aku dapat hari tu. Oh ye, sekarang ni kan Shopee tengah buat campaign pasal 45 Days Surprise Giveaways.

45 Days Surprise Giveaways

45 Days Surprise Giveaways

Dalam kempen 45 Days Surprise Giveaways ni, korang ada peluang untuk menang macam-macam hadiah bernilai RM25 000! Banyak kannnnn. Aku pun dari semalam dah mula join giveaway ni. Aku harap at least adalah lekat satu dua luck aku dalam giveaway ni. 

Korang tak nak join ke? Jom la join mana tau rezeki korang kan. Kalau korang nak join, korang boleh tengok dekat sini -> 45 Days Surprise Giveaways. Good luck!



1 comment... add one now

Mommy Cici Mommy Cici 16 May, 2017
bagusnya ilmu ni lagi lagi untuk young /first time mommy :D