Beli Baju Raya Online Di Shopee

Beli Baju Raya Online Di Shopee | Aku kan dah lama tau tak beli baju raya baru. Kiteorang laki bini asyik recycle baju nikah, baju sanding dengan baju raya lama-lama. Aneeq je lah yang ada baju raya baru.

Tapi bila dah masuk tahun 2017 ni, aku rasa nak pakai baju baru pulak. Teringin katanya sebab asyik tengok orang lain dengan baju raya cantik-cantik. Aku pun carilah baju raya dekat Shopee Malaysia dan aku sempat rembat 3 set pakaian untuk raya tahun ni. Over kan.


baju raya online murah
Baju Raya Set 1 - Merah Hijau
Untuk baju raya baru yang pertama ni, aku pilih baju kurung Kedah batik yang berwarna merah dipadankan dengan anak tudung hijau pucuk pisang dan shawl hijau tua.


baju raya online murah
Aku jatuh cinta sangat dengan warna hijau tua shawl ni tau. Cantik dan rasa elegen sangat. Bila pakai pun, molek je shawl ni terletak dan terbentuk pada muka aku. Dekat gambar atas ni nampak senget pun sebab kene tiup dek angin. Shawl hijau tua cantik ni korang boleh beli dekat https://shopee.com.my/rosebudhijabs.
Inner tudung

Anak tudung hijau pucuk pisang ni pun selesa dipakai. Tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar. Pakai lama pun tak ada masalah. Warna pun memang matching dengan tudung dan corak pada baju kurung Kedah. Kalau korang nak dapatkan anak tudung macam ni, korang boleh tengok dekat sini https://shopee.com.my/rosebudhijabs.


baju raya online murah
Baju kurung Kedah ni pulak selesa, licin, senang nak gosok dan tak melekap pada badan. Untuk bajunya, warna basenya merah dan ada corak abstrak pada bahagian kaki baju. Kain dia pulak fully warna dan corak sama dengan kaki baju. Dia ada zip di bahagian belakang untuk senang sarung. Span baju ni aku suka sangat sebab dia nipis. Aku tak suka span jenis tebal-tebal. 


baju raya online murah
Kain baju kurung Kedah ni jenis ikan duyung so bukaan bahagian bawah besar dan cukup sesuai untuk banyak berjalan masa nak ziarah saudara mara pagi raya nanti. Korang suka jugak pattern baju kurung Kedah macam ni? Baju kurung Kedah batik ni korang boleh dapat dekat https://shopee.com.my/linani_boutique.


baju raya online
Baju Raya Set 2 - Biru
Untuk baju raya kedua ni, aku padankan dengan shawl bercorak abstrak. Baju polos macam ni memang sesuai kalau pakai dengan shawl bercorak kan. Baru nampak naik sikit. 


baju raya online murah
Shawl yang aku pilih untuk dipadankan dengan baju kurung modern ni adalah dari jenis shawl panjang. Panjang dia mungkin 2 meter kot sebab ini shawl paling panjang aku pernah ada dan aku suka sangat dengan saiz dia. Macam-macma style boleh buat dengan shawl panjang macam ni. Kainnya jenis lembut tapi senang nak dibentuk. Lagi senang shawl ni nak bentuk kalau kita iron dia betul-betul untuk hilangkan segala kedut dekat bahagian yang korang akan pakai dekat area muka. Lagi cantik bila pakai. Shawl ni korang boleh dapat dekat https://shopee.com.my/zavira.contemporary.


baju raya online murah
Untuk baju kurung modern ni, aku paling suka dengan lipatan pleated di bahagian pinggang. Kemas dan cantik hasil kerja pembuatnya. Bila pakai nampak cantik beralun dan ada ilusi pinggang aku kurus. Kihkihkih.


Lengan baju kurung modern ni pulak jenis berzip. Sesuai lah kalau nak ambil wuduk ke. Saiz lengan baju ni pun lebar dan selesa.


baju raya murah online
Warna baju kurung ni bagi aku sangat sweet dan lembut. Disebabkan warna nya plain, sesuai sangat dipadankan dengan shawl bercorak. Kalau korang boleh tengok bahagian belakang baju ni ada tail tau. Bila pakai rasa macam princess pun ada. Perasan pulak dah hahhahaaha. Kain dia pulak bila kena angin memang beralun cantik habis. Baju kurung modern ni korang boleh beli dekat https://shopee.com.my/syazayasmin.


Beli Baju Raya Online
Baju Raya Set 3 - Palazo Mint
Aku rasa macam dah cukup lah 2 set baju kurung untuk raya. Tapi aku nak tambah satu set baju raya yang agak santai sikit untuk pergi jalan-jalan beraya rumah kawan-kawan. So untuk nampak lebih santai tapi dalam masa yang sama nampak elegen, aku pilih palazo plain berwarna mint untuk dipadankan dengan shawl bercorak.


Beli Baju Raya Online
Shawl bercorak ni sebenarnya shawl jenis instant. So, memang senang nak pakai. Sarung, puk pak puk pak dah siap. Warna shawl instant ni cantik dan nampak macam ada statement dekat situ bila pakai. Korang boleh cari shawl macam yang aku pakai ni dekat https://shopee.com.my/shawlcantikshop.


Beli Baju Raya Online
Palazo mint ni pulak aku berkenan sangat dengan warna dia. Warna dia lembut sangat dan bila pakai terserlah keayuan aku kekekekkee. Zip palazo ni di belah kiri. Bila zip rasa selesa dan tak lah nampak gelembung dekat perut. Saiz palazo ni pun muat-muat dengan aku dan bila pakai selesa atas bawah. Kalau korang tengah mencari palazo yang selesa dan berpatutan harganya, korang cuba tengok dekat sini https://shopee.com.my/syazayasmin.

Tu dia 3 set baju raya aku untuk tahun ni. Semua baju kurung, palazo dan shawl dekat atas ni aku dapatkan daripada Shopee Malaysia sebab harga barang-barang dekat situ berpatutan dan kalau korang pandai cari, memang boleh dapat harga yang jauh lagi murah dari pasaran luar. Kalau tak percaya korang cuba tengok download apps ShopeeMY dan tengok sendiri. Sekarang ni lagilah harga dekat Shopee tengah murah sebab dieorang tengah buat kempen Cahaya Raya.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Cahaya Raya Bersama Shopee

Masa kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ni kan, korang boleh beli barang dengan harga diskaun sampai 90% dekat semua platform. Dan dalam masa yang sama boleh menang hadiah bernilai RM50 000 termasuk wang tunai dalam pertandingan yang dieorang anjurkan sepanjang bulan puasa ni.

Sekarang ni nak membeli dekat Shopee dah bertambah senang sebab diaorang bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program COD yang mana korang boleh bayar barang yang korang beli masa terima barang. Best kan?

Shopee jugak bekerjasama dengan Kedai Rasmi macam Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV dalam menawarkan promosi selama 45 hari tanpa henti. 

Dari 15 Mei sampailah 30 Jun nanti, ada 24 kempen jualan murah dengan promosi hingga 90% untuk 25 000 barang terpilih. Macam-macam pertandingan dan juga bengkel-bengkel percuma untuk usahawan yang akan dianjurkan selama 45 hari ni. Best gila kot. Korang dah download apps Shopee ke belum? 



0 comment... add one now