Buffet Ramadan Citara Makanan Thai Di Streat Thai Jaya One

May 15, 2017

Buffet Ramadan Citara Makanan Thai Di Streat Thai Jaya One  |  Pernah pergi ke Thailand? Kalau tak pernah, tak apa. Korang boleh datang ke Streat Thai yang terletak di The School Jaya One dan korang boleh rasa sendiri street food yang ada di Thailand. 

Streat Thai Jaya One

Waktu bulan Ramadan nanti, Streat Thai akan sediakan lebih daripada 60 jenis makanan yang korang boleh cuba.

Streat Thai Jaya One

Untuk pembuka selera tu, mungkin korang boleh cuba salad yang pelbagai dekat sini contohnya Thai Papaya Salad, Papaya Salad with Fried Ikan Bilis, Glass Noodle Salad Seafood dan Minced Chicken with Herbs. Kalau tak minat salad pun korang boleh cuba makanan yang bergoreng seperti Fried Squid, Fish Cakes, Sausages dan Satay.

Streat Thai Jaya One
 Pelbagai pilihan appertizer

Streat Thai Jaya One

Untuk sup pulak, korang boleh cuba Thai Coconut Soup with Chicken, Tom Yum Clear Soup with Seafood atau pun Tom Yum Creamy Soup with Seafood. 

Streat Thai Jaya One
 Tom Yum Clear Soup 

Streat Thai Jaya One
 Thai Coconut Soup with Chicken

Streat Thai Jaya One
 Green Curry

Streat Thai Jaya One
Red Curry

Lauk pauk dekat sini memang banyak betul. Antara yang ada adalah lauk Green Curry, Red Curry dan Panaeng Curry.

Yang tak boleh tinggal nasi, tak perlu risau. Dekat sini ada disediakan nasi putih, Thai Style Steam Chicken Rice, Pineapple Fried Rice Chicken/Prawn, Tom Yum Fried Rice Chicken/Prawn, Pad Thai dan jugak Kuew Teow.  

Streat Thai Jaya One

Yang buat aku jadi gila bila tengok makanan yang ada dekat sini adalah Streat Thai ni sediakan menu-menu grill yang mesti buat air liur korang meleleh. Dekat sini jugak korang boleh dapat lamb chop, beef striploin dan grilled squid. 

Streat Thai Jaya One
 Memang banyak lauk di sini. Tapi korang kena cuba rasa semua tau.

Streat Thai Jaya One
Ada kombinasi lauk pauk seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan seafood.

Streat Thai Jaya One

Ada jugak pilihan lauk sayur-sayuran yang korang boleh dapat nanti termasuklah Kangkung Goreng, Mixed Vegetables, Kailan Ikan Masin dan Tofu.

Streat Thai Jaya One
Antara lauk-pauk yang ada dihidangkan dekat Streat Thai ni semasa bulan puasa nanti.

Dan bila dah kenyang makan semua tu, jangan lupa makan sikit pencuci mulut. Antara pencuci mulut yang korang boleh dapat dekat Streat Thai masa bulan puasa nanti adalah Mango with Sticky Rice, Red Ruby with Coconut Milk, Sago in Coconut Milk, Pumpkin in Coconut Milk dan pelbagai menu goreng-goreng, 

Streat Thai Jaya One
Red Ruby with Coconut Milk, Sago in Coconut Milk, Pumpkin in Coconut Milk. Ketiga-tiga dessert ni memang aku suka. Sedap, berlemak dan kena dengan tekak aku. 

Nasihat aku, bila makanan dah siap dihidang, pergi ambil Sticky Rice with Mango seawal yang boleh sebab dekat sini memang menu itu orang akan cari dulu. Kalau korang lambat, memang terlepas lah jawabnya. 

Cuma satu cadangan yang mungkin aku boleh tambah untuk Streat Thai adalah hidangkan jugak ais krim. Dekat Streat Thai hari tu memang banyak dessert tapi bagi akudessert ais krim adalah yang terbaik. Aku rasa macam kalau buffet ramadan tu tak ada ais krim, macam tak lengkap pulak. Huhuhuhu.  

Ramadan Buffet Streat Thai Jaya One
27 Mei - 24 Jun 2017
7.00 petang - 9.30 malam

Harga
RM49.90 (Dewasa)
RM19.90 (Kanak-kanak)

Early Bird (Book 7 hari lebih awal)
RM39.90


Bagi yang taste bud tu rasa lebih kepada makanan-makanan Thai, aku cadangkan korang datang ke sini dan rasa semua makanan dieorang. Untuk maklumat lanjut pasal Buffet Ramadan dekat Streat Thai ni, korang boleh tengok dekat bawah:






You Might Also Like

3 comments

  1. Dugaan betul gambar2 dalam entri ni. Nampak sedap sangat kekdahnya :(

    ReplyDelete
  2. Now pika rasa lapar balik. Nak makan tomyam diaaa~

    ReplyDelete

Like us on Facebook