Buffet Ramadan D'Saji 2017

Buffet Ramadan D'Saji 2017 | Ini kali pertama aku jejakkan kaki di Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak sempena dengan preview buffet ramadan D'Saji untuk rasa sendiri menu-menu yang akan dihidangkan masa bulan Ramadan nanti. Aku excited sungguh weh sebab dewan untuk berbuka puasa ni besar gila. 


Buffet Ramadan D'Saji 2017

Sebenarnya di bawah Felda D'Saji ni, korang boleh pilih 5 lokasi berbuka puasa. Banyak rupanya cawangan D'Saji ni. Dan setiap lokasi dah lengkap dengan menu istimewa, kemudahan surau, persembahan tradisi, tempat letak kereta dan imam untuk solat terawih. Antara 6 lokasi yang korang boleh pilih untuk berbuka puasa sama ada secara individu atau berkumpulan adalah:
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
3. Kajang Perdana Avenue, Kajang
4. Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
5. Orchid Villa, Jalan Gombak 

Buffet Ramadan D'Saji 2017
Buah-buahan tempatan yang memang menyelerakan. Aku cadangkan kita mula berbuka dengan buah-buahan dulu.

Buffet Ramadan D'Saji 2017

Dan pada tahun ini, D'Saji akan menyediakan pelbagai menu tradisi dari pelbagai pelusuk negeri mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Ada juga beberapa masakan Melayu yang akan disediakan secara terus (live) dengan menggunakan konsep warung, masakan cara bakar BBQ, aneka sup, Italian Corner dan aneka bubur. Menu-menu ini korang boleh cuba di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand dan Kajang Perdana Avenue.


Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Kambing golek.

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Aneka jenis mee yang korang boleh cuba.

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Laksa Asam pun ada

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Tak suka makan nasi? Tak apa, ade benda lain yang korang boleh cuba

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Ulam-ulaman pun ada. Dah lama tak makan ulam weh

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Sayur pun ada. Baru lah sihat kan

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Sambal 

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Kerabu pun ada dekat sini

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Macam-macam jenis kerabu ada dekat sini. Korang kena cuba semua

Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Kuih-muih Melayu benda wajib ada dalam setiap buffet ramadan

Buffet Ramadan D'Saji 2017
Last sekali, kite pekena ais krim Wafi ni.

Untuk 2 lokasi lain iaitu Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa dan Orchid Villa di Gombak pula akan menyediakan makanan daripada timur, barat dan mediteranean serta Seafood Galore.


Buffet Ramadan D'Saji 2017
 Seafood Galore

Buffet Ramadan D'Saji 2017
Sambal Udang

Yang aku sangat kagum, D'Saji juga menyediakan ruangan untuk solat serta imam untuk solat terawih bagi pelanggan Felda D'Saji. Tak banyak tempat berbuka puasa yang aku tengok ada siap dengan imam untuk berterawih. Bagi aku, cara D'Saji ni memang terbaik.

Harga untuk buffet ramadan D'Saji ni berbeza untuk setiap tempat. Korang boleh tengok dekat sini. Tapi sepanjang bulan Ramadan ni, ada potongan istimewa yang ditawarkan untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan OKU.

Harga Voucher Berbuka D'Saji

Dewan Perdana Felda
Dewasa : 78+
Kanak2 : 45+

Contact person :
Pn. Emilda : 017-2886920

Cik Azizah : 019-2822933
------------------------------------------------
Kajang Perdana Avenue
Dewasa : 49+
Kanak2 : 29+

Contact person :
En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232
------------------------------------------------
Red Carpet Avenue
Dewasa : 39+
Kanak2 : 23+

Contact Person :
Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775
------------------------------------------------
Restoren Terapung Titiwangsa
Dewasa : 79+
Kanak2 : 39+

Contact :
03-40210098
------------------------------------------------
Orchard Villa
Dewasa : 37+
Kanak2 : 22+

Contact :
03-40210098


Dan kot kot lah nanti lepas puasa korang ada plan nak buat majlis korporat ke kan. Korang pun boleh pilih antara 6 venue yang ditawarkan oleh D'Saji. Kesemua venue tersebut dah dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai untuk majlis yang lebih privasi dan tertutup. Antara 6 venue tersbut adalah:
1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
3. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa
4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC
5. Dewan Gemilang Kelana Jaya
6. Ideal Convention Center, Shah Alam

Untuk maklumat lanjut pasal Buffet Ramadan D'Saji, korang boleh tengok di website dan juga Facebook Felda D'Saji.

2 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 30 May, 2017
Kat mana-mana pun, menu kambing golek mmg menjadi tarikan...dan tahun ini sekali lagi kambing golek menjadi tarikan dalam menu buffet Ramadhan di D'Saji pulak!

Sally ni pulak jenis malas nak beratur kalau bab makan ni..tapi kalau kambing, daripada malas pun terus jadi rajin! hahaha!