David Teo Kena Tampar Oleh Mat Over Depan PM

David Teo Kena Tampar Oleh Mat Over Depan PM | Malam semalam aku tidur awal gila kot. Lepas makan, solat dan basuh muka semua terus tidur. Pukul 9 tu kiteorang tidur. Punyalah nak ajar Aneeq tidur awal. Lepas tu aku bangun dalam pukul 4 pagi, konon-konon nak buat kerja sikit. Tiba-tiba aku tengok kecoh pasal tampat menampar. Rupanya David Teo kena tampar dek Mat Over depan PM masa sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdanan Menteri: Segmen Penggiat Seni. 

David Teo Kena Tampar Oleh Mat Over Depan PM

David Teo Kena Tampar Oleh Mat Over Depan PM

Ini sedikit komen aku lepas tengok video dan baca komen-komen yang ada. Bukan komen dekat video ni je, dekat video -video lain pun ada aku baca. Aku biasanya tak ambik port sangat pasal isu semasa ni. Kalau aku tengok pun, aku tak ada beria nak bercerita dengan orang lain atau nak komen itu ini. Tapi benda ni siap jadi bergaduh pasal isu racism dekat bahagian komen video dan artikel. Jadi aku rasa tergerak hati nak tulis jugak. Korang boleh tengok video dekat bawah.


David Teo:

Ramai yang kecam kata cara David Teo bertanya soalan/bercakap dengan PM kita kurang ajar. Aku ada tengok video tu, David Teo awal-awal dia bercakap tu memang agak teruk sebab dia menjerit-jerit macam marah. There must be something yang trigger dia marah macam tu. Dia ade jerit pasal tak puas hati pasal pandang ke depan dan kata majlis santai. Kalau korang perasan, lepas Dato Rosyam Nor tegur David Teo jangan komen cara dia moderate majlis, David Teo cakap "ok, ok," dan dia mula nak tanya soalan. Lepas je David Teo dapat microfon, dia macam dah cool down sikit cuma cara dia bercakap tu masih lantang dan kuat. Dan David Teo bukan saja-saja datang serbu tanpa reason. Sebelum tu Dato Rosyam Nor ada tanya sama ada artis Cina nak tanya soalan. Masa David Teo baru je berpantun, tak sempat nak masuk soalan, tiba-tiba dah kene cepuk dek Mat Over.  


Mat Over:

Mat Over bagi aku agak over. Sesuai lah dengan nama dia. Sebenarnya kalau ikutkan dia tak ada kaitan pun dengan situasi awal-awal iaitu David Teo nak bertanya soalan/cakap sesuatu pada PM. Situasi nya hanya ada 3 orang yang penting - David Teo, Dato Rosyam Nor dan PM kita. Yang lain cuma penonton. Bila Mat Over tiba-tiba bangun dari tempat duduknya, berjalan dengan laju ke arah David Teo dan menampar muka David Teo depan orang ramai. Hoi, tak ke malu David Teo tu. Aku pun kalau kena tampar depan orang ramai secara tiba-tiba dengan orang yang tak ada kaitan mesti aku malu dan rasa marah. Tampar orang depan orang ramai pun bagi aku biadap jugak. Kurang ajar jugak.

Dato' Rosyam Nor:

Dato Rosyam Nor dalam video asyik ulang yang David Teo seorang yang kurang ajar. Ada la dalam 2 3 kali jugak. Bagi aku, dia tak patut kot cakap macam tu. Bukan aku nak back up David Teo tapi dia sebagai seorang emcee kena duduk atas pagar, tak boleh sebelah mana-mana pihak. Dan dia yang kena kawal keadaan, bukannya burukkan keadaan. Aku tau Dato Rosyam Nor dah bagi masa 1 minit untuk David Teo tanya soalan. Dan aku rasa itu bagus supaya David Teo tak meleret-leret. Cuma aku tak berkenan bila Dato Rosyam Nor duk ulang cakap "dia tu memang kurang ajar". Aku rasa Dato Rosyam Nor cuba nak tenang kan PM tapi tak perlu sebut macam tu.  

Keyboard warrior:

Yang keyboard warrior dekat internet lagi lah aku tak faham. Ada yang cuma tengok video sekerat jalan, terus komen maki hamun, mencarut-carut semua. Siap ada komen yang berbaur racism dan DAP. Itu aku tak faham, apa kaitan kes ini dengan DAP. Bukan setakat tu, ada lagi yang saja-saja nak tambah api dalam bara. Saiap ada yang bergaduh antara tukang komen yang ini dengna tukang komen yang itu. Aduh, tak faham aku. Korang bukan dapat apa pun kalau bergaduh sesama sendiri dalam komen.



David Teo Dan Mat Over Berdamai

But then, lepas je kes tampar menampar serta David Teo dan Mat Over ditarik keluar dari dewan, last sekali akhir tu dieorang berdamai, bersalaman dan meminta maaf depan PM.

Dah setel walaupun Mat Over cakap dia tak menyesal sikit pun bila dia tampar David Teo. Dan katanya dia dah fikir dulu sebelum buat sebab dia rasa David Teo tak hormat Dato Rosyam Nor dan PM.

David Teo pulak cakap dia maafkan Mat Over dan katanya Mat Over tak sengaja nak cederakan dia. Dan David Teo tak akan ambil tindakan undang-undang terhadap Mat Over.

Aku harap benda-benda macam ni tak lah berlaku lagi. Ye lah, dieorangkan penggiat seni. Apa-apa yang diaorang buat mestilah akan jadi buah mulut orang lain. Dan segala perbuatan diaorang ni akan mengundang komen-komen tak elok daripada keyboard warrior yang tak berfikir panjang untuk babitkan isu politik, racism dan sebagainya.

2 comments.. read them below or add one

Wanie Masduki Wanie Masduki 18 May, 2017
betul sangat..saya setuju dengan entri ni..pendapat kita sama..