Dettol Mission for Hygiene

May 08, 2017

Dettol Mission for Hygiene | Baru-baru ni jugak aku sempat pergi ke Media Launch "Dettol Mission for Hygiene" yang diadakan si Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam. Media Launching tu adalah bersempena dengan satu program sekolah untuk mendidik kanak-kanak Malaysia tentang tabiat kebersihan untuk kesihatan yang lebih baik iaitu Kempen "Dettol Mission for Hygiene".  

Dettol Mission for Hygiene

Media Launch "Dettol Mission for Hygiene"

Program ni dah 4 tahun diadakan dan program ini menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah untuk mengamalkan kebersihan di sekolah dan juga di rumah. Antara tabiat kebersihan yang boleh dilakukan di sekolah adalah menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan memastikan sekolah mereka sihat dan selamat.  

Antara tetamu yang hadir pada hari tersebut adalah Tiffany Tang - Marketing Director untuk Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, YB Dato' Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan dan jugak Tuan Shashim Shah Bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

Dettol Mission for Hygiene

Kempen "Dettol Mission for Hygiene"

Dalam Kempen "Dettol Mission for Hygiene" ni, terdapat beberapa aktiviti yang telah dan akan dilakukan oleh Dettol bersama-sama dengan sekolah-sekolah terpilih. Sehingga tahun ini, Dettol dah capai seramai 350 000 pelajar-pelajar sekolah dan bersama-sama dengna Menteri Pendidikan, Dettol bercadang untuk mendekatkan jenama serta kempen ini lebih kepada 2.7 million kanak-kanak sekolah rendah.

Antara aktiviti yang digalakkan untuk sekolah-sekolah yang terlibat untuk lakukan adalah gotong-royong membersihkan serta mencantikkan tandas sekolah. Sekolah yang terlibat perlu menghantar gambar sebelum dan selepas tandas tersebut dan melukis logo Dettol di hadapan tandas dengan motto "Mission for Hygiene". Aku sempat tengok tandas Sekolah Seksyen 7 Shah Alam tu dan memang tandas tu bersih dan ceria.

Dettol Mission for Hygiene

Selain daripada pertandingan tandas bersih, Dettol juga ada membuat beberapa aktiviti lain seperti lakaran pendidikan kebersihan tangan, 7 langkah membasuh tangan dan juga memeberikan goodie bags yang mengandungi bahan-bahan berkaitan dengan amalan kebersihan serta poster-poster peringatan di kantin dan tandas sekolah.

Dekat bawah ni aku kongsikan dengankorang beberapa tabiat kebersihan yang bukan saja kanak-kanak sekolah yang kena tahu, tapi kita pun kena tahu.


7 Cara Cuci Tangan Yang Betul

1. Buihkan tangan dengan sabun
2. Basuh tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku-kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah-celah jari
6. Basuh tangan dengan air yang cukup
7. Kerinfkan tangan dengan tuala kering atau tisu


Dettol Mission for Hygiene


9 Waktu perlu Untuk Cuci Tangan

1. Sebelum dan selepas makan
2. Selepas bermain di taman permainan
3. Selepas menggunakan tandas
4. Selepas melakukan pembersihan
5. Batuk atau bersin
6. Sebelum bermain dengan bayi
7. Jika terdapat orang sakit di rumah
8. Sebelum merawat luka
9. Selepas bermain dengan haiwan


Fakta Tentang Kebersihan

  • Virus selsema boleh hidup di atas permukaan pepejal selama tujuh hari
  • Bakteria dalam perut tersebar melalaui titisan kecil di udara dariapda bersin, batuk atau permukaan yang telah dicemari dengna muntah.
  • 20 saat merupakan tempoh masa optimum untuk membasuh tangan

Banyak lagi yang kita kena belajar tentang tabiat kebersihan ni. Dan tanggungjawab belajar benda-benda ni bukan terletak pada anak-anak kecil je. Kita yang dah besar ni pun kena tahu tentang kebersihan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak sertai Misi Kebersihan Bersama Dettol ni, korang boleh tengok website atau Facebook Dettol sekarang.




You Might Also Like

1 comments

  1. sekarang macam-macam penyakit..terutama kanak-kanak..kena jaga betul2

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter