Hilangkan Dahaga Dan Kekal Segar Dengan Air Mineral Sparkling Perrier

Hilangkan Dahaga Dan Kekal Segar Dengan Air Mineral Sparkling Perrier | Dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Amacam puasa kali ni? Ok ke KO? Aku rasa puasa kali ni agak mencabar sikit sebab sekarang ni cuaca panas sangat sampai aku rasa macam tak nak keluar rumah langsung. Sampai hujung sebelum waktu berbuka tu, mesti aku rasa dehydrated. Untuk bagi badan lebih fresh, bila masuk je waktu berbuka tu, cuba minum air mineral sparkling Perrier. Boleh menyegarkan badan.


Air mineral sparkling Perrier

Korang pernah tak dengar air sparkling mineral sparkling jenama Perrier? Jujur aku cakap ini kali pertama aku dengar dan rasa sendiri minuman sparkling jenama Perrier. Dan bagi aku, rasa minuman sparkling Perrier memang unik dan ada kelainan daripada jenama-jenama minuman sparkling lain yang ada dekat Malaysia ni. 

Dekat pasaran Malaysia ni Perrier bawa masuk 3 perasa iaitu:
- Perasa Asli
- Perasa Lemon
- Perasa Lime

Secara personalnya. aku lebih sukakan perisa asli. Perrier perisa asli ni tak banyak bezanya dengan rasa air mineral biasa cuma ianya lebih bergas. Tapi korang tak perlu risau sebab gas yang ada dalam Perrier ini tak banyak macam air bikarbonat lain. 

Perrier perisa lemon dan lime pula, rasanya agak janggal pada lidah aku. Rasanya memang aku tak pernah cuba sebelum ni. Tapi kalau korang suka rasa lemon dan lime, mungkin korang boleh cuba dua perisa ini. Aku lebih suka kalau kedua-dua perisa ini aku campurkan dengan buah-buahan berry atau minuman lain. 


Air mineral sparkling Perrier

Kalau nak sedikit kelainan minum Perrier ni, korang boleh jugak tambahkan buah tembikai dan hirisan timun untuk rasa yang lebih menyegarkan dan menghilangkan dahaga.   

Perrier ni sesuai untuk diminum sepanjang hari tak kira malam atau siang sebab kandungan bikarbonat dan sodiumnya rendah. Sebab kandungan bikarbonat dan sodiumnya rendah dalam Perrier ni jugaklah membolehkan kita campur Perrier dengan bahan-bahan atau minuman lain dengan senang. Kalau rasa nak minum minuman yang lebih sihat, korang boleh campurkan Perrier dengan bahan-bahan semulajadi seperti buah beri atau halia.


Air mineral sparkling Perrier

Korang boleh dapatkan air minuman Sparkling Perrier ni di tempat-tempat terpilih seperti di hotel-hotel, restoran mewah, cafe-cafe terkini, melalui vending machine, kedai-kedai makanan segera dan juga beberapa supermarket terpilih. Korang boleh dapat dalam 3 jenis packaging iaitu:
- Tin 330ml
- Botol kaca 330ml
- Botol kaca 750ml 


Air mineral sparkling Perrier

Selain daripada diminum macam tu je, Perrier ni seperti yang aku ada cakap dekat atas, korang boleh campur dengan bahan-bahan semula jadi atau campur dengan minuman lain jugak untuk rasa yang lebih unik.



Korang boleh jadikan Perrier ni campuran kepada minuman lain contohnya campuran bunga sirap teh rosella, thyme, lemon segar dicampur dengan Perrier untuk menghasilkan Perrier Garden Twist. Satu lagi korang boleh campurkan Perrier dengan jus lemon segar, sirap berry dan madu untuk menghasilkan Perrier Berry Merry

Untuk pengetahuan korang, kedua-dua minuman - Perrier Garden Twist dan Perrier Berry Merry tu memang wujud  dan diilhamkan oleh mixologi terkenal Malaysia iaitu Kelvin Lee. Kedua-dua ciptaan Kelvin ini mempunyai manfaat yang bagus termasuklah meningkatkan imuniti, pencegahan risiko diabetes dan pengurangan berat badan yang sihat.

Jadi, apa lagi? Dalam cuaca Malaysia yang panas ni, korang boleh dapatkan Perrier dan minum begitu saja untuk segarkan badan serta hilangkan dahaga. Atau kalau rasa nak lebih fun dalam masa yang sama nak lebih sihat, buat mixologi Perrier dengan bahan-bahan semula jadi. Korang dah cuba rasa air minuman sparkling Perrier ni?

Post a Comment

0 Comments