Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

May 24, 2017

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ | Sekarang ni kebanyakan perempuan mesti bekerjaya, betul tak? Ada yang keluar seawal 6 [agi ke tempat kerja dan pulang ke rumah pukul 8-9 malam. Aku tak dapat bayangkan macam mana perempuan yang bekerja dan dalam masa yang sama nak kena kemas rumah, memasak dan aku rasa kerja yang paling ramai perempuan tak suka - cuci pakaian dan lipat pakaian.

Memang penat nak uruskan semua tapi kan, sekarang ni kan ada banyak servis laundry. Dan yang paling latest aku tau ada kedai dobi siap offer servis laundry pickup and delivery. Percuma pulak tu. Nama kedai dobi tu Mama Wosh.

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

Mama Wosh - Laundry & Dry Cleaning Service

Mama Wosh ni adalah sebuah kedai dobi yang menawarkan servis  all-in-one laundry and dry cleaning. Ianya terletak di Bandar Utama. Servis diaorang ni merangkumi kawasan-kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. 

Servis Cuci Pakaian Mama Wosh

Mama Wosh ada tawarkan 4 jenis servis cuci pakaian yang korang boleh pilih mengikut apa yang korang rasa sesuai dngan korang iaitu:

  • Basuh & Lipat (Wash & Fold)
  • Cucian tangan (Hand wash)
  • Cucian Kering (Dry Cleaning)
  • Cuci Langsir (Curtain Cleaning)

Setiap harga untuk cucian di atas berbeza harganya. Korang boleh tengok harga dan spesifikasi untuk setiap servis dalam gambar di bawah.

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

Yang berbezanya Mama Wosh dengan kedai-kedai dobi lain selain daripada membuat servis pickup and delivery adalah penggunaan pencuci organik atau pencuci mesra kulit mengikut permintaan pelanggan. Mama Wosh juga menggunakan air yang bersih serta pencuci yang terbaik untuk pastikan pakaian korang sentiasa berbau wangi dan bersih. 

Tambahan lagi, bukan setakat pakaian harian je yang boleh korang hantar ke Mama Wosh. Diaorang juga terima tuala, sarung tilam dan bantal serta langsir.

Cara Tempah Mama Wosh

Untuk booking perkhidmatan laundry Mama Wosh ni senang saja. Korang boleh tengok step by step dekat bawah ni:

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

1. Tempah Secara Online

Tempahan secara online dekat website Mama Wosh boleh dilakukan pada bila-bila masa sebab Mama Wosh ni dibuka 24/7. Dan korang boleh buat tempahan dari mana-mana jenis peranti yang korang ada. Korang cuma perlu tetapkan tempat dan slot masa yang sesuai untuk pekerja Mama Wosh ambil pakaian korang.

2. Laundry Pickup

Lepas buat tempahan, pekerja Mama Wosh akan datang dalam masa 60 minit untuk ambil pakaian korang. 

3. Pembersihan Premium

Semue pekerja Mama Wosh terlatih dan professional. Pakaian-pakaian korang akan dicuci oleh pekerja-pekerja Mama Wosh yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini dan juga penggunaan mesin cucian kering yang bagus,


4. Pembayaran

Selepas pakaian korang dah siap, Mama Wosh akan emailkan invois dan korang boleh terus bayar. Korang boleh pilih sama ada nak bayar melalui online payment ataupun secara COD semasa pakaian korang dihantar.

5. Penghantaran

Selepas pakaian korang dah disemak - bersih dan baik, Mama Wosh hubungi korang untuk set waktu penghantaran. Penghantaran tidak kira waktu sebab Mama Wosh dibuka 24/7. 

Nah, senang kan nak guna perkhidmatan Mama Wosh ni. Aku memang cadangkan korang gunakan perkhidmatan Mama Wosh ni kalau korang tak ada masa untuk basuh pakaian. Memang berbaloi-baloi. Jimat masa dan jimat tenaga! 

Cara Pembayaran

Untuk menggunakan servis dari Mama Wosh ni, korang boleh pilih sama ada nak bayar guna online payment ataupun COD. Kalau ikut aku, pakai COD je senang. 

Kawasan Penghantaran 

Sekarang ni perkhidmatan laundry pickup dan delivery hanya boleh didapati dalam kawasan KL dan PJ saja. Korang boleh tengok senarai tempat yang termasuk dalam kawasan laundry dan pickup Mama Wosh ni.

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

Kuala Lumpur

Bangsar, Bukit Bintang, Bukit Damansara Heights, KL Sentral, KLCC, Mont Kiara dan Sentul.

Petaling Jaya

Ara Damansara, Bandar Utama, Damansara Perdana, Damansara Utama, Kota Damansara dan Mutiara Damansara.

Yang seronoknya, Mama Wosh akan pickup pakaian korang yang untuk dibasuh tu terus dari depan pintu rumah korang. Senangnya! Tapi, untuk kawasan-kawasan KL dan PJ yang tak ada dalam senarai dekat atas jangan risau. Korang pun boleh hantar tapi korang akan dikenakan delivery charge antara RM5 hingga RM10. 

Mama Wosh - Laundry Pickup And Delivery KL & PJ

Jadi, kalau korang rasa korang perlukan servis dari Mama Wosh ni, korang boleh terus ke website dieorang untuk booking atau untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh tengok Facebook diaorang.




You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter