Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

May 05, 2017

Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah” | Aku ni sebenarnya seorang kaki kontest tapi sebab ke'busy'an yang melampau, aku dah lama tak join mana-mana kontest dah start bulan Jan lepas. Bulan Mei ni, aku rasa aku nak start balik join kontest dan antara kontest yang aku nak join mulai bulan ni adalah Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”.


Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

Nak join pertandingan ni senang je. Korang cuma perlu beli mana-mana produk Dettol atau Air Wick dalam satu resit dengan nilai sebanyak RM25 ke atas sepanjang bulan Mei ni. Selain daripada berpeluang untuk menang pertandingan ni, korang juga layan untuk dapat sebuah bekas kuih raya untuk simpan kuih-muih masa Raya nanti. Ada 4 warna yang cantik-cantik dan ceria untuk korang kumpulkan. Korang boleh beli dekat mana-mana farmasi utama atau pasaraya di Malaysia. 

Nak lagi best? Korang boleh pergi ke Facebook Dettol Malaysia untuk dapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah. Aku suka sangat tengok Chef Anis ni tau. Comel, banyak cakap tapi kreatif betul dalam bidang masakan ni. Biasanya aku tengok program 1, 2.. Bakar dekat TV3.

Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

Berbalik pada pertandingan ni tadi, lepas je korang beli barangan Air Wick atau Dettol tu, korang pergi ke Facebook Dettol Malaysia untuk hantar penyertaan. Mana tau rezeki kan. Korang boleh jadi antara 8 orang pemenang yang dapat buat kuih bersama Chef Anis Nabilah.

Cara Sertai Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

Cara nak join pertandingan ni senang sangat
1. Beli barangan Dettol/Air Wick bernilai RM25 ke atas dalam satu resit
2. Follow FB Dettol Malaysia dan share video pertandingan serta buat slogan kreatif
3. Lengkapkan malumat serta resit bukti pembelian

Dah, senang je kan?

Tempoh Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

Korang kena cepat-cepat sebab tempoh pertandingan ini adalah dari 1 hingga 14 Mei 2017. Kalau lambat melepaslah korang. Korang boleh beli produk-produk Dettol atau Air Wick ni sama ada dari Mydin, Econsave, Giant ataupun Tesco.


Dettol

Dettol

Jenama Dettol ni dah menjadi antara antiseptik yang dipercayai dari dulu lagi. Seingat aku, dari kecil memang jenama Dettol ni yang aku kenal dulu berbanding dengan jenama-jenama lain. Aku kagum sangat sebab Dettol ni boleh bertahan sampai hari ini sebab dieorang selalu keluarkan produk baru dan banyak produknya membantu melindungi kita daripada kuman. Antara produk Dettol yang aku pakai adalah Dettol Anti Bacterial Wet Wipes, Dettol Instant Hand Sanitizer, Dettol Foaming Hand Wash dan Dettol Anti Bacterial Handwash.

Air Wick

Air Wick

Air Wick ni pulak adalah jenama wangian rumah yang asalnya dari Amerika Syarikat dan sekarang makin berkembang ke seluruh dunia. Jenama Air Wick ada keluarkan pelbagai jenis produk termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera dan gel aroma. Wangian dia pulak memang berbagai-bagai seperti wangian bunga, wangian segar, lavender dan sitrus. Aku gunakan Air Wick Freshmatic Auto Spray dengan bauan Sweet Lavender Days. Bau dia serius sedap sangat macam bau gula-gula.

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Hari Raya yang dah tak lama lagi nak datang ni, aku rasa rangkaian Dettol dan Air Wick ni memang boleh membantu aku dalam membuat rumah aku lebih sihat dan selesa.

Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

Waktu bulan puasa nanti mesti aku rasa seronok nak masak untuk berbuka dengan keluarga tapi dalam masa yang sama aku kena jaga kebersihan makanan, tangan serta dapur untuk elakkan sebarang maslaah keracunan makanan dan sebagainya. Dengan penggunaan Dettol aku rasa mampu untuk elakkan kami sekeluarga daripada dijangkiti kuman.

Tak lupa juga dengan wangian semburan automatik Air Wick. Lepas penat memasak, mestilah aku nak berehat dengan keluarga. Dan dalam nak berehat tu, nak lah jugak rumah ni wangi. Jadi dengan semburan wangian Air Wick, rumah aku akan jadi lebih wnagi dan selesa. 

Kalau korang nak tahu maklumat lanjut tentang Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”, korang boleh tengok Facebook Dettol Malaysia dekat sini - Facebook Dettol Malaysia.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter