Ramadan Buffet 2017 - Cita Rasa Warisan Nusantara SACC

May 02, 2017

Ramadan Buffet 2017 - Cita Rasa Warisan Nusantara SACC | Ini kali pertama aku datang dan cuba sendiri makanan yang disajikan di Prebiu Ramadan Buffet Cita Rasa Warisan Nusantara. aku masuk-masuk dalam dewan SACC ni pun dah rasa teruja sebab tempat dia sangat luas dan selesa. Itu belum jamah makanan yang disediakan lagi.

Ramadan Buffet 2017 - Cita Rasa Warisan Nusantara SACC

Ramadan dah tak lama lagi dah nak tiba. Dan waktu ni lah yang paling aku tunggu-tunggu. Bukan setakat excited nak berpuasa, nak bersahur dengan family tapi dalam masa yang sama, bulan ni adalah bulan yang bagi aku rasa seronok nak berbuka dengan makanan-makanan yang sedap di samping buat amalan yang baik.

Kambing Kebuli

Shah Alam Convention Center (SACC) yang terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam pun tak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai makanan yang sedap dan istimewa bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara pada bulan Ramadan tahun ini.

Korang yang duduk di Shah Alam ni, aku cadangkan sangat korang pergi berbuka puasa dekat sini sebab SACC ni akan menghidangkan lebih daripada 100 jenis makanan dan yang menjadi hidangan utama nanti mestilah Kambing Kebuli dan Nasi Kebuli.

 Lauk Pauk


 Sup Periuk Utara

Salad


Selain tu jugak korang akan dapat rasa pelbagai jenis hidangan isitmewa seperti Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai itik Hijau Nusantara dan Kepala Pindang Lampung. Memang banyak lauk-pauk yang dihidangkan dekat sini.

Menu untuk setiap hari akan bertukar dan bergilir. Jadi setiap hari lauk-pauk serta hidangan akan berbeza-beza untuk berikan lebih banyak pilihan kepada korang semua. Pencuci mulut dan air tak berubah tapi pembuka selera dan hidangan utama lauk pauk tu nanti akan bergilir. Barulah tak bosan kalau korang datang selalu dekat sini kan.

Cendol 

 Ais Goyang


Buah-buahan

Tapi jangan risau. Ada banyak menu side dish yang korang akan dapat setiap hari dekat stall dalam dewan SACC tu nanti. Antaranya adalah Pecal, Sup Periuk Utara, Aneka Roti, Lontong Sleangor, Ikan Bakar, Gulai Kawah, Kuew Teow Banjir, Asam Laksa, Laksa Thai, Kacang Pool, Rendang Tok, Noodle Sup, Vegetable Tempura, Aneka Goreng-goreng, Apam Balik, Aneka Bubur, Ubi Kayu, ABC, Cendol, Ais Goyang dan buah-buahan dusun. 

 ABC

 Kacang Pool

 Goreng-goreng 

 Dessert dekat sini cantik-cantik dan sedap

  Pelbagai jenis kurma

 Lemang dan ketupat

 Pecal

 Dessert kuih talam

Roti Bakar

Dana Tabung Rescue Syria

Korang tau tak selain daripada korang seronok berbuka puasa di SACC ni, korang juga secara tak langsung akan menderma untuk dana Tabung Rescue Syria. Setiap baucer Ramadan yang dijual dengan harga RM88, RM1.00 akan disalurkan kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Kalau korang nak derma selian daripada itu pun boleh jugak, lagi bagus.  


Buffet Ramadan SACC
Cita Rasa Warisan Nusantara
27 Mei 2017 - 22 Jun 2017

Harga (Dewasa)
RM88+

Harga (Kanak-Kanak/Warga Emas)
RM48+

Harga (Early Bird)
RM78+ (Dewasa)
Pembelian sebelum 27 Mei 2017

Pakej Korporat
RM70+ (minimum 50 orang)
Contact Fiza Hamid - 014 221 1066

Ramadan Buffet 2017 - Cita Rasa Warisan Nusantara SACC

Korang boleh beli baucer berbuka di SACC ni melalui online dekat sini http://sacc.com.my/bufet-ramadan-2017/Untuk maklumat lanjut, korang boleh check out dieorang punya website dan sosial media.




You Might Also Like

2 comments

  1. Saya pun hadir ke prebiu bufet ramadan 2017 SACC ni ... sempat makan nasi impit dengan rendang daging dia .. fuh memang sedap.

    HasrulHassan.com

    ReplyDelete

Like us on Facebook