Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS Serdang

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS Serdang Sebelum ni kan jujur aku cakap, aku tak pernah terfikir nak pergi ke event-event pertanian sebab aku rasa macam membosankan sampailah thaun lepas aku sempat pergi ke MAHA 2016. Ya Allah sebenarnya menarik betul event-event macam tu. banyak yang aku dapat tau pasal pertanian, perlancongan dan perternakan. Dan tahun ni, akan ada satu lagi event yang mesti korang pergi iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017)

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017) bakal lebih hebat berbanding edisi-edisi sebelum ini. Kalau ikutkan, pengajur bajet setengah juta orang yang akan datang ke #HPPNK2017 ni nanti.  

Kalau korang yang belum tahu pasal #HPPNK2017, ia sebenarnya adalah satu program yang mengiktiraf wira-wira tani negara serta menampilkan hasil makanan dan penyajian terbaik, sesuai dengan temanya "Our Food Our Future".


#HPPNK2017

#HPPNK2017 ni nanti akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 di MAEPS Serdang. Aku setuju gila bila dieorang nak buat event ni dekat MAEPS tu sebab bagi aku itu adalah salah satu tempat yang sesuai untuk buat event besar-besar macam ni. Selesa, luas, tapak parking banyak dan strategik.

Selain anugerah-anugerah untuk petani, ada macam-macam komponen pengisian untuk program ini dah pun diatur antaranya Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017), persidangan Livestock Malaysia 2017, konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan, jualan hasil tani dan asas tani, dan sebagainya.

#HPPNK2017

Malaysian Food Festival (MyFF)

Masa #HPPNK2017 nanti pun, MyFF 2017 akan diadakan jugak. MyFF ni adalah satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia. Waktu MyFF ni nanti, korang semua berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork).


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Antara beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger dan sebagainya.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Dengan ruang yang luas di MAEPS Serdang, 850 gerai akan dibuka, yang dijangka menarik 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan. Korang bayangkan 500 ribu orang yang dijangka akan datang nanti, memang boleh jadi marketing yang terbaik untuk bisnes korang tak kisahlah bisnes korang berdasarkan pertanian, perternakan dan sebagainya. 

#HPPNK2017

Kalau korang berminat nak join #HPPNK2017 sebagai exhibitor atau jualan dan rakan strategik (yang mana aku sangat-sangat cadangkan), korang boleh dapatkan makluma tlanjut terus dari dieorang melalui:


4 comments.. read them below or add one

SalbiahM SalbiahM 09 May, 2017
event macam ni kadang2 orang tak suka tempat crowded malas nak pergi.tapi bila dah pergi rasa cam tak nak balik. Contohnya orang yang taip komen ni..haha
Warisan Petani Warisan Petani 09 May, 2017
Seronoknya kalau dapat pegi.