VEET Sensitive Touch Electric Trimmer Review

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer Review | Bagi orang perempuan, penjagaan badan dan muka memang sangat penting. Tapi kan, penjagaan tu bukan saja pada permukaan kulit dan bahagian dalaman je. Bulu-bulu pun penting kena jaga. Malu lah kan muka punye cantik, sekali bulu ketiak serabai.  

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Biasanya untuk kemaskan bulu-bulu yang perlu dikemaskan tu, kita guna sama ada shaver ataupun pencabut bulu, betul tak? Tapi kan, bila pakai pencabut bulu tu sakit. Dan kalau pakai shaver pulak, takut terluka kulit di bahagian-bahagian sensitif tu. Sekarang ni dah ada satu alat yang korang boleh guna untuk mengemaskan ulu-bulu pada bahagian yang sensitif tu iaitu VEET Sensitive Touch Electric Trimmer.  

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Dekat gambar atas ni korang boleh tengok apa yang ada dalam packaging VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Face:
1 x 2 Sided Trimming head – 16mm dan 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) untuk panjang rambut seragam
1 x Styler cap

Other Body Areas:
1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment untuk panjang rambut seragam

Other Accessories:
1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch 
1 x AA Battery


Aku paling suka dalam packaging ni bateri pun disertakan sekali. Brand bateri tu pun boleh tahan jenis yang bagus. Bagi aku bagus lah dieorang sediakan bateri siap-siap sebab ye lah. Kalau aku pun, lepas beli VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni aku mesti tak ingat nak beli bateri terus. Kalau lah tak ada bateri dalam packaging ni, mesti bila dah balik rumah lepas beli Veet, semangat nak pakai, tiba-tiba tak ada bateri. Kan macam potong stim gitu.

Dalam packaging ni pun ada berus jugak disertakan sekali. So dah senang nak bersihkan trimmer ni. Tak perlu ketuk-ketuk trimmer ni untuk bersihkan bulu-bulu yang terlekat.


VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Kepala trimmer Veet ni ada dua jenis. Satu trimeer kepala lebar (belah kiri) untuk bahagian badan -ketiak dan bahagian celah peha. Yang kecil (belah kanan) pulak digunakan untuk bahagian muka. Korang boleh pakai kepala trimmer kecil tu untuk kemaskan bahagian bulu kening dan juga bulu atas bibir.  

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Untuk kepala trimmer besar ni dia ada attachment untuk memastikan panjang rambut seragam. Kalau pakai comb attachment ni tak ada lah bulu belah sana panjang, bulu belah sini pendek. Ha, faham kan? 

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Untuk kepala trimmer kecil ni pun sama. Ada comb attachment dan jugak penutup. Comb attachment ni pun sama function untuk memastikan panjang rambut seragam. 

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Bateri korang boleh masukkan dekat bahagian bawah pemegang Veet. Pulas ke kiri ke arah anak panah untuk bukak tempat letak bateri. Lepas pasang kepala trimmer, korang pusing kan ke arah kanan ke tanda I untuk mulakan.   

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Ini berus yang disediakan dalam packaging. Kecik je kan tapi ok lah untuk bersihkan bulu yang terlekat pada mesin ni. 

VEET Sensitive Touch Electric Trimmer

Ini pulak mini pouch yang disertakan sekali dalam packaging. Motifnya supaya korang boleh bawak Veet Trimmer ni ke mana-mana je. So senang. Kot kot korang tengah on vacation kan, tiba-tiba jumpa pakwe handsome tapi bulu atas bibir penuh. Korang boleh terus trim misai atas bibir tu dan ngorat mamat handsome tu. Keh keh keh. 

Overall, aku rasa VEET Sensitive Touch Electric Trimmer cuma mampu mengurangkan bulu-bulu di bahagian-bahagian tertentu tapi tak menghilangkan semua. Korang kena faham yang mata pisau VEET Sensitive Touch Electric Trimmer tak akan kena pada kulit so, bulu-bulu tak akan dipotong sampai habis. Kemungkinan ada bulu yang tertinggal tu ada.

Pada aku, tak perlu risau terluka kalau nak pakai VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni sebab mata pisau nya memang tak kena pada kulit. Tapi itu lah, disebabkan mata pisau tu tak kena direct pada kulit, ada lah bulu-bulu yang cuma dikemaskan dan bukan nya dipotong terus. 

Kalau nak kemaskan bahagian celah peha dan bulu kening sesuai lah. Kalau bahagian ketiak atau atas bibir, mungkin kurang sesuai. Korang kena cuba sendiri baru korang tau macam mana trimmer ni berfungsi. Nak maklumat lanjut pasal VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni? Tengok dekat bawah


1 comment... add one now