Makan Makanan Asli Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana

June 09, 2017

Makan Makanan Asli Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana | Setakat hari ni, ada beberapa tempat makan makanan Korea yang aku dah pergi. Dan antara banyak-banyak tempat makan makanan Korea ni, ada satu tempat yang paling unik rasanya aku pernah pergi iaitu Hwa Ga yang terletak di Damansara Perdana.

Makanan Tradisional Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana

Restoran Hwa Ga ni ada banyak cawangan tapi Hwa Ga dekat Damansara Perdana ni satu-satunya cawangan diaorang yang tak hidangkan pork atau lard. Jadi, korang tak perlu risau untuk makan dekat sini sebab diaorang guna ayam yang diambil daripada supplier yang Halal. Yang uniknya tentang Hwa Ga ni adalah diaorang memang hidangkan makanan Korea tradisional yang asli. 

Kalau korang biasa pergi makan dekat kedai Korea lain di Malaysia ni, semuanya dah diolah supaya kena dengan selera orang Malaysia. Jadi, dah tak original dah lah. Tapi, dekat Hwa Ga ni, semua menunya adalah makanan asli dari Korea dan tidak diubah. Kalau korang tak pernah pergi Korea tapi nak rasa sendiri makanan Korea tu sebenarnya macam mana, boleh lah datang ke Hwa Ga Damansara Perdana.  

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Minuman Dalam Tin
Dekat sini ada macam-macam jenis minuman tapi kiteorang pilih untuk cuba minuman dalam tin. Susu bersoda, Apple Soda, Orange Soda dan anggur. Antara banyak-banyak ni, aku lagi suka Susu Soda dan Anggur tu. Yang dalam tin anggur tu ada buah anggur tak ada kulit beberapa biji. Kalau nak air masak sejuk pun, no hal. Boleh order. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Nurungji Tong Dak - Grilled Chicken with Scorched Rice (RM55)
Ha, ini hidangan yang agak rare bagi aku. Ayam ni dimasak selama 2 jam. Mesti korang tak perasan dekat bawah ayam tu sebenarnya ada nasi kan. Hihihi, aku pun mula-mula tu tak perasan. Tapi bila dah potong ayam tu, eh ada nasi lah! 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Ban Ban Chicken (RM50)
Ini pulak Fried Chicken - Ban Ban Chicken. Rasa dia memang lain daripada ayam goreng yang aku pernah rasa sebelum ni. Serius memang tak pernah rasa lah macam ni. Yang ayam goreng biasa tu, bahagian luar kulit memang sangat crunchy. Isi dalam pulak rasa dia macam berherba. Yang ayam goreng spicy tu aku suka. Mula-mula makan, rasa dia manis-manis. Kulitnya pun ranggup dan ada kekacang sikit. Bila dah lama-lama akan ada rasa macam herba after taste dia.

Hwa Ga cawangan Damansara Perdana ni sebenarnya baru je 3 bulan bukak. So, sekarang ni diaorang tengah buat opening promotion yang mana korang boleh dapat unlimited chicken untuk waktu lunch dan dinner hour. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Opening Promotion
Untuk Opening Promotion ni, diaorang offer Grilled Chicken Breast, Spicy Grilled Chicken Breast dan Fried Chicken Breast dengan Lettuce Wrap. Korang boleh makan sampai lebam dan refill semua jenis ayam selama 2 jam. Antara ketiga-tiga menu ayam ni, aku paling suka Fried Chicken Breast! 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
 Side Dish
Selain daripada boleh refill 3 jenis ayam, korang pun boleh refill side dish (Banchans) jugak. Dan dalam banyak-banyak side dish ni, mestilah tak lari dari ada kimchi. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana
Tengok tu cheese dia. Kalau korang ni hantu makan cheese macam aku dan Aneeq, ni mesti korang suka punya. Sedap betul. Aku suka.

Opening Promotion Chicken Unlimited ni hanya boleh didapati di Restoran Hwa Ga cawangan Damansara Perdana setiap hari sampailah 31 Julai 2017 ni. So, siapa yang nak rasa sendiri makanan tradisional Korea (yang memang lain daripada rasa restoran-restoran Korea lain di Malaysia ni), cepat-cepat datang sini untuk cuba. Tapi ada time limit tau. Korang boleh makan untuk Opening Promotion ni selama 2 jam. 

Harga bagi promosi ni adalah seperti di bawah:

Lunch Hour (11.30pm-3.00pm)
RM 28 (Dewasa)

RM 18 (Kanak-kanak 4-10 tahun & tinggi 120cm)

Free (3 tahun ke bawah)


Dinner Hour (5.00pm-11.00pm)
RM 30 (Dewasa)

RM 18 (Kanak-kanak 4-10 tahun & tinggi 120cm)
Free (3 tahun ke bawah)

    

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana

Muka-muka kelaparan sebelum berbuka puasa. Amboi kemahin kan bukak puasa makan makanan Korea. Tapi serius aku cakap, menu-menu dekat Hwa Ga ni memang berbeza dari makanan Korea yang ada dekat Malaysia ni. Kalau korang nak rasa macam mana rasa makanan asli Korea, korang kena datang dan cuba menu dekat sini. 

Hwa Ga No Pork Damansara Perdana

Lagi satu aku suka sangat ambiance dan dekorasi dekat Hwa Ga Damansara Perdana ni. Nampak classy dan mewah sangat tapi dalam masa yang sama selesa. Jarak antara meja makan dengan meja makan yang lain pun luas. Plus, restoran ni dikelilingi dengan tingkap yang besar gila kiri kanan. Memang cantik!

Siapa yang nak cuba makanan asli dan tradisional Korea, aku rekemen sangat datang sini. Rasa memang unik dan lain daripada yang lain. 


Hwa Ga Damansara Perdana (Pork Free) 
Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane No2, 
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor. 
+603- 7732 6151

Waktu Operasi: 
11am- 11pm


You Might Also Like

6 comments

  1. Next is my turn plak..x tau lagi confirm date ni....

    ReplyDelete
  2. sedapppp. air dia yang Milkis tu sedap kan?

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Harga pun boleh tahan..

    Tak la mahal sangat

    ReplyDelete
  5. ini kiteeeee suka !!! boleh masuk list..

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya. Tq share info

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter