Mek View International - Koleksi Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum

June 16, 2017

Mek View International - Koleksi Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum | Aku tak pasti kenapa semakin meningkat usia ni, semakin aku suka nak pakai make up. Tapi make up yang aku pakai biasanya yang simple saja, tak heavy pun. Baru-baru ni aku tambah lagi koleksi compact powder dan serum muka daripada jenama Mek View International. Produk daripada Mek View International ni terdiri daripada dua item iaitu Two Way Cake With Full Coverage dan juga Soothing Ivy Serum.

Mek View International

Mek View International Two Way Cake with Full Coverage

Mek View International Two Way Cake with Full Coverage ini adalah produk mesra wuduk dan juga mesra solat. Maksudnya senang nak dicuci. Yang bestnya produk Mek View ni boleh tahan lebih 8 jam. Kalau rasa macam kulit berminyak sikit ke lepas seharian duduk di luar, boleh touch up sikit-sikit untuk hilangkan kesan wajah berminyak tu. Jangan risau untuk touch beberapa kali sebab ianya tidak melekit

Mek View International Two Way Cake with Full Coverage

Bila korang pakai two way cake ni, korang rasa macam tak pakai apa-apa tau sebab compact powder ni 7 kali lebih ringan dan teksturnya lebih halus. Tak lupa juga compact powder ni ada UV Protection SPF 50 untuk melindungi kulit daripada sinaran uv.

Compact powder ni ada 2 pilihan warna iaitu Light Beige dan Natural Beige. Aku pilih warna Light Beige sebab warna ni lebih sesuai dengan kulit aku dan bila korang pakai, kesan hitam bawah mata tu boleh di'cover'. 

Mek View International Koleksi Two Way Cake With Full Coverage

Antara kelebihan lain Two Way Cake ini adalah melembapkan kulit, merawat kulit yang rosak, mengecilkan liang pori, 5 kali kesan pemutihan, menghilangkan jerawat, parut jerawat, jeragat, kulit kusam serta bintik hitam dan menghilangkan kedut pada wajah. Produk ini sesuai untuk kulit sensitif dan untuk orang yang selalu on the rush.

Mek View International Soothing Ivy Serum

Soothing Ivy Serum ni pula serum yang memberi kesan kelembapan pada kulit. Ianya berfungsi untuk menyejukkan muka, menyegarkan kulit wajah, membantu foundation tahan lama, mengecutkan pori muka dan mengurangkan rasa tidak selesa pada kulit. Tapi, korang jangan salah faham pulak. Serum ni bukanlah serum untuk merawat masalah-masalah kulit. 

Mek View International Soothing Ivy Serum

Serum ni sesuai dipakai untuk kulit normal dan sensitif. Korang nak tahu tak ? Serum ni sebenarnya ada pitera. Pitera ni fungsinya untuk mengurangkan kedutan dan mencerahkan bintik hitam.

Kalau korang boleh nampak, dalam serum ni ada bead yang berwarna warni. Asalnya aku ingatkan beads tu keras yang macam yang ada dalam scrub. Rupanya beads tu lembut sangat. Sekali gosok beads tu dah larut sekali dalam serum. Dalam beads tu sebenarnya ada kolagen. Jadi, bila kita sapu sekali pada kulit wajah, beads tu akan larut dan kolagen akan meresap masuk ke dalam kulit.

Mek View International Soothing Ivy Serum

Pada pendapat aku, kedua-dua produk daripada Mek View International ni memang best. Biasanya aku akan pakai Soothing Ivy Serum tu dulu sebelum pakai make up. Dab dab kan pada muka dan tunggu sekejap sampai semua serum meresap ke muka dan lepas tu baru sapukan Two Way Cake tu. Bila sapu memang terasa ringan je, rasa macam tak pakai apa-apa dekat muka pun ada.

Satu lagi aku suka sangat dengan packaging diaorang. Nampak macam produk luar negara padahal ini adalah produk tempatan. Bekas compact powder tu comel sangat sebab setiap bucu bulatan tu jenis rounded bukan tajam. Disediakan sekali span make up untuk kemudahan serta cermin. Serum tu pulak bersaiz 15ml dan botol see through dengan label yang minimalis dan simple tu memang nampak international. Tambah lagi dengan penggunaan warna hitam dan gold, semuanya buat produk ni nampak lebih ekskusif. 

Itu bagi aku lah kan. Mungkin korang nak cuba jugak untuk buktikan sendiri apa yang aku review dekat sini. Untuk senarai harga pulak, korang boleh tengok dekat bawah ni.

Harga Mek View International Two Way Cake with Full Coverage
RM79 Semenanjung | RM85 Sabah Sarawak

Harga Soothing Ivy Serum
RM 35 Semenanjung | RM40 Sabah Sarawak

Set Combo Mek View International (Two Way Cake with Full Coverage + Soothing Ivy Serum)
RM100 Semenanjung | RM105 Sabah Sarawak

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal kedua-dua produk Mek View International Two Way Cake With Full Caverage dan juga Soothing Ivy Serum ni, korang boleh tengok dekat bawah. Untuk pembelian pun boleh melalui medium dekat bawah ni jugak.
  
Facebook | Instagram | Whatsapp +60173511510






You Might Also Like

14 comments

  1. Abis la Aniq....mak dia melawa ni raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe sekali sekala kak suria :D :D bagi can ler sikit hahahah

      Delete
  2. Wowww...bertambah mengancam lah lepas ni dengan Mek View..hehehe

    ReplyDelete
  3. Menarik...! Pakagingnye sangat exclusive dan meyakinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Packaging dia cantik sangat. Nampak macam produk international

      Delete
  4. dia punya packaging mcm produk luar.. tp rupnya Malaysia punya.. :) harga produk pun sangat ok. Serum tu best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Memang nampak macam barang luar padahal malaysia punya

      Delete
  5. best pakai setanding jenama antarabangsa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, pasni boleh repeat order lagi Kek ny

      Delete
  6. syioklah skarang semua nak full coverage.. yang penting tak tompok2..

    ReplyDelete
  7. dah bekerja ni rasalah nak spend duit sendiri tu mekap kan? tapi kena make sure berpatutan jugak macam mek view ni.nama pun catchy.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter