4 Cara Simpan Duit Raya Anak

July 04, 2017

4 Cara Simpan Duit Raya Anak | Tahun ni duit raya Aneeq tak banyak sangat sebab kiteorang sekeluarga tak banyak pergi beraya. Dalam tak banyak tu, hilang pulak RM100 huaaa. Sebab dia boleh baca entry hari semalam dekat sini. Tak larat juga nak beraya bila Aneeq dah masuk umur 2 tahun ni. Macam-macam peelnya. Tapi dalam tak banyak tu, boleh lah dapat 3 angka. Dan kesemua duit tu Fadzi nak simpan untuk kegunaan Aneeq besar nanti, tak nak guna langung. Sama macam tahun sebelum ni. Meh Fadzi kongsikan dengan korang, cara Fadzi simpan duit raya Aneeq.

Cara Mudah Simpan Duit Raya Anak

4 Cara Simpan Duit Raya Anak

Banyak orang kongsi cara terbaik untuk simpan duit raya anak-anak tapi apa yang Fadzi nak kongsikan ni rasanya lebih real dan mampu dibuat oleh rakyat marhein macam kita semua. Kalau ikutkan cara-cara orang lain, ada yang Fadzi tak mampu macam beli rumah lah apa lah. Ini duit raya sekali setahun je kot. Jadi, berpada lah sikit nak bagi idea simpan duit raya pun kan. 

Tabung Haji

1. Tabung Haji

Fadzi dah buatkan akaun Tabung Haji Aneeq masa Aneeq mula-mula lahir dulu. Lepas je habis berpantang, Fadzi ambil semua duit yang saudara-mara dan kawan-kawan bagi masa Aneeq baru lahir dulu. Separuh daripada duit yang dapat tu Fadzi masukkan ke dalam akaun Tabung Haji. 

Kalau korang pun nak buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak korang, masa buat pendaftaran tu pastikan korang bawa myKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan. Nak buka akaun ni tak mahal pun jumlah simpanan permulaan dia. RM2 pun dah cukup. Tapi alang-alang anak dah dapat duit raya banyak kan, baiklah korang masukkan dengan jumlah yang lebih sedikit daripada RM2 tu. 

Nanti bolehlah korang daftarkan anak untuk pergi Haji. Sekarang ni makin lambat giliran nak pergi Haji. Jadi, korang daftarkan anak-anak korang seawal mungkin.

ASB

2. ASB

Akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) untuk Aneeq pun Fadzi dah buatkan lepas Aneeq lahir dulu. Sama waktu Fadzi buat akaun Tabung Haji. Duit dari masa Aneeq lahir, duit raya tahun lepas dan duit raya tahun ni, separuh daripadanya Fadzi masukkan ke dalam akaun ASB Aneeq. 

Akaun ASB ni kalau dapat duit raya setahun sekali baru nak masukkan dalam akaun pun boleh, nak masukkan tiap-tiap bulan pun boleh. Tapi semakin kita banyak masukkan duit, makin banyaklah nilai yang kita dapatkan. Kalau setahun sekali masuk, hukhukhuk. Gelak sendiri je lah.

Selain daripada masukkan duit raya Aneeq dalam ASB setahun sekali, Fadzi pun masukkan RM50 sebulan. Cukuplah tu kan. Masuk Rm50 sebulan x12 bulan, bolehlah dapat RM600. RM600 darab pulak dengan 18 tahun dh dapat RM10 800. Tak masuk lagi investment yang dapat nanti. Haaaa, ada yang tak bukak akaun ASB anak lagi ke? Bukak la sekarang. Masukkan terus duit raya anak korang tu sekali.



SSPN-i/SSPN-i Plus

3. SSPN-i/SSPN-i Plus

Yang ni masih lagi dalam perancangan Fadzi sama ada nak buat atau tak. Berbeza tau SSPN-i dengan SSPN-i Plus ni. SSPN-i ni adalah satu skim yang direka oleh PTPTN untuk pendidikan tinggi anak korang. Skim ni patuh syariah. Pihak PTPTN akan bertanggungjawab menguruskan pelaburan korang.

SSPN-i Plus ni pulak satu skim yang sama macam SSPN-i cuma bezanya, ada perlindungan takaful yang murah. Tapi SSPN-i Plus ni korang kena simpan secara bulanan dan jumlah simpanan tu bergantung kepada pakej yang korang pilih.  

Buat masa sekarang ni Fadzi tengah fikir lagi sama ada nak bukak akaun SSPN-i untuk Aneeq atau tak. Fadzi nak tengok alternatif lain sekali. Mana tau ada yang lebih berbaloi kan?

Emas

4. Emas

Fadzi memang ada plan untuk nak beli emas tapi tu lah. Nak beli emas ni kena ada ilmu. Kena beli emas waktu harga emas tengah turun. Investment untuk emas ni memang besar. Jadi Fadzi asingkan sedikit duit raya Aneeq untuk invest dalam membeli emas. 

Sebelum ni Fadzi pernah beli emas dengan harga RM89 untuk 1g dekat Lazada. Memang original. Harga tu pun dapat sebab Fadzi sanggup tunggu sale masa Birthday Lazada hari tu. Berbaloi jugak lah Fadzi rasa. Dan seller pun bukan calang-calang company tau. Seller dia Poh Kong. 

Tu dia 4 cara simpan duit raya anak yang Fadzi boleh fikirkan dan dua antaranya Fadzi dah mula lama dah. Fadzi tak nak cadangkan beli rumah atau asset lain sebab Fadzi tau Fadzi tak mampu. Ini je lah yang Fadzi mampu untuk duit raya Aneeq yang hanya setahun sekali dapat. Investment lain Fadzi tak masukkan dekat sini sebab yang tu Fadzi bayar secara bulanan. Nanti Fadzi kongsikan dengan korang dalam entri yang lain pasal tu.

Apa pulak cara korang simpan duit raya anak korang? Komen sikit dekat bawah ni, mana tau boleh ambil idea juga.


You Might Also Like

10 comments

  1. Lihin dulu gigih bukak HLBB. sebab Mommy dia ingat boleh dapat tabung comel / kad hello kitty. hahah tak dapat. tu je lagi 2 ketul belum bukak akaun -__- macam dah tercampur je dalam akaun abang. so this year kena gigih pegi bukakkan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih google HLBB tu ape. rupenye Hong Leong Bank hihihi. Alah alah, kesian la campur duit tu.

      Delete
  2. manabung pilihan terbaik betul tu fadzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya buat macam ni sebab dulu pun mak saya buat kan ASB untuk saya. Bile dah besar, baru mak bagi buku bank, banyak ya Allah tak sangka mak sanggup buat ASB untuk saya. Terharu sangat

      Delete
  3. utk anak lelaki kite semua duit raya, atau segala duit yang orang bagi semua masuk tabung haji.bulan2 simpan rm20 pun kt t/haji secara potong gaji.utk anak perempuan, bukak tabung haji, masukkan rm20 jugak tiap bulan.tapi duit org bagi+duit raya kumpul beli barang kemas utk dia jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk budak ppuan kite belikan barang kemas okay lagi. Kalau laki tak tau nak guna duit raya dia nak beli barang apa yang berharga kan? So, better simpan je yang anak lelaki.

      Delete
  4. Keadah no 4 tu paling rare
    Tak ramai yang tahu kelebihan simpan emas
    Simpanan kekal dan harga yang sentiasa naik dari semasa ke semasa
    Good investment for the future

    ReplyDelete
  5. Ruby pun pening fikir nak menyimpan duit anak kat mana. Sebabnya duit bukannya banyak dan pergi lebih 2 bank. Tapi ruby menabung dekat Bank Rakyat dan Tabung Haji je. Hehehe. Semput!

    ReplyDelete
  6. Setakat ni saya pilih tabung haji aje


    Sekali harung terus...hihi...

    ReplyDelete
  7. Anak dara akak dah ada akaun sendiri so semua duit raya, duit bulanan ayah dia bagi, duit belanja yang dia kumpul..semua simpan dalam bank..kadang2 kalau ada rezeki lebih akak masukkan jugak..

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter