Althea Turns 2! Happy Birthday Althea

July 24, 2017

Althea Turns 2! Happy Birthday Althea | Rasanya tahun lepas baru saja Fadzi bersama-sama sambut birthday Althea yang pertama. Korang boleh baca entry yang Fadzi buat untuk birthday pertama Althea tahun lepas dekat sini.


Jujur Fadzi cakap, lepas Fadzi kenal dengan Althea, Fadzi terus jatuh cinta dengan make up. Dari first birthday Althea sampai ke hari ini, Fadzi dah shopping sebanyak 5 kali dekat website Althea tau. Memang Fadzi puas hati dengan harga, barang dan juga servis penghantaran diaorang.

Pertama kali shopping dekat Althea Korea masa 1st Birthday. Waktu ni tak pandai make up lagi jadi Fadzi beli barang-barang seperti shampoo, conditioner, lip tint, pewangi dan jugak nose pack. Bila Fadzi dah order dan sampai barangnya, Fadzi rasa eh rugi pulak tak beli barang make up. Bila Fadzi beli next time nya dekat Althea, terus Fadzi beli barang-barang make up.  


Yang ni Fadzi beli sempena dengan sale Althea launch apps baru. Fadzi rasa tak payah tunggu masa sale pun dah berbaloi kot harga-harga barang dekat Althea ni. Memang murah kalau nak dibandingkan dengan beli di tempat lain. 


Althea Raya
Yang ini pulak Fadzi baru beli sebelum Raya dulu. Ini pun masa tu ada sale. Althea ni merbahaya tau. Kejap kejap ada sale, kejap kejap ada contest. Addictive betul.


Althea Turns Tw
Dan ini yang Fadzi baru dapat baru baru ni. Fadzi order sempena dengan sale masa Birthday Sale Althea Turns Two! 


Apa Yang Best Sepanjang Bulan Birthday Althea Turns 2?

1. Althea Birthday Sale

Sebenarnya tak payah tunggu Althea buat sale pun dah memang harga barang-barang dekat Althea ni berbaloi kalau nak compare dengan website lain. Tapi bila ada sale ni, lagi bertambah murah tau. Rugi kalau tak beli masa sale birthday Althea yang kedua ni.

2. Birthday Giveaway

Masa Althea Birthday ini juga korang akan dapat free giveaway daripada Althea. Korang boleh pilih mana-mana barang yang ada dekat page giveaway Althea, masukkan dalam cart korang dan barang tu adalah percuma!

3. Althea Birthday Goodies

Siapa yang beli barang-barang di Althea pada bulan ini jugak akan dapat Limited Edition Box, DIY Bday Kit dan  Sample Pack untuk beberapa produk. Fadzi dah dapat. Memang banyak. Dan untuk DIY Box dengan Limied Edition Box tu kan, korang boleh hias kotak tu cantik cantik ikut tema birthday untuk join contest. 

4. Contests!

Dalam sebulan sempena dengan birthday Althea yang kedua ni, akan ada banyak contest dan giveaway. Antaranya:

FLY ME TO KOREA for TWO!
Dalam kontest ni, korang boleh guna Limited Edition Box dan DIY Birthday Kit dengan cantik ikut tema birthday, ambil gambar dan pos dekat Instagram. Kalau terpilih korang berpeluang untuk menang grand prize tiket penerbangan ke Korea untuk dua orang ke Korea. Selain daripada itu, untuk tempat pertama, korang boleh menang A Year's Free Shopping on Althea. Tempat kedua pulak boleh menang 3 bulan shopping di Althea secara percuma. Dan hadiah sagu hati pulak Althea kredit sebanyak USD100 untuk 10 pemenang.

20 Days of Beauty - Althea Korea Instagram Giveaway
Setiap hari bekerja, Althea akan buat giveaway di Instagram. 

Shopper's Lucky Draw
Setiap minggu, seorang dari setiap negara akan menang kredit Althea mengikut nilai RM1000, SGD 300, PH10,000, IDR3,000,000, TH8,000, USD200.

Althea FB Giveaway
Setiap hari Isnin, akan ada kontest diadakan di FB Althea!


Untuk maklumat lanjut pasal semua ni, korang boleh tengok website atau apps Althea Korea, Facebook dan Instagram Althea. Untuk join contest Althea sempena dengan Althea Turns 2, korang boleh rujuk Terms & conditions apply dan jangan lupa guna hashtag #AltheaTurns2 #AltheaKorea. 


You Might Also Like

3 comments

  1. Hi!
    I belum pernah shopping lagi di Althea.
    Dah pernah jengok web tu... tapi entah beberapa bulan yang lepas kot :-)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. busyra tak penah shopping lg disini

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter