Dewan Perkahwinan Di Shah Alam - Dewan Raja Muda Musa

Dewan Perkahwinan Di Shah Alam - Dewan Raja Muda Musa  | Minggu lepas Fadzi pergi tengok Dewan Raja Muda Musa yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Dewan ini antara dewan yang terbesar di Shah Alam dan sesuai sangat untuk dijadikan dewan perkahwinan atau majlis-majlis lain. Kalau ada yang masih lagi tercari-cari dewan kahwin di Shah Alam, mungkin korang akan suka dengan Dewan Raja Muda Musa ini. 

Tapi! Bukan Fadzi yang nak kahwin tau. Dan bukan juga survey dewan kahwin Shah Alam untuk suami Fadzi. Dan bukan jugak untuk anak bujang Fadzi. Hahahha menangis Fadzi karang. Sebenarnya Fadzi ada kerja sikit untuk dilakukan, sebab itu Fadzi datang tengok Dewan Raja Muda Musa ini.  

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam

Dewan Raja Muda Musa - Dewan Perkahwinan Shah Alam

Dewan Raja Muda Musa ni besar tau dan boleh tampung seramai 3000 hingga 4000 orang dalam satu-satu masa. Besar kan? Kalau korang masuk dalam dan tengok pun mesti kagum dengan kebesaran dewan ni. 

Dewan ini memang dah lengkap dengan segala kemudahan seperti tandas lelaki, tandas perempuan, surau lelaki, surau perempuan dan tempat letak kereta yang boleh digunakan secara percuma. Sesuai sangat kalau nak buat majlis perkahwinan dekat sini sebab tetamu tak payah susah-susah nak fikir pasal parking. Parking yang disediakan dekat sini boleh muat sampai lebih kurang 500 kereta dalam satu-satu masa. 

Tempat Akad Nikah Shah Alam

Dekat tingkat atas ada bilik seminar yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Fadzi masuk dalam bilik ni luas jugak. Ada kipas dan penghawa dingin sekali. Dekat bilik seminar ini juga biasanya diadakan majlis akad nikah kalau ada yang berminat untuk buat majlis perkahwinan di Dewan Raja Muda Musa ni. Kalau untuk majlis pernikahan, bilik seminar ini memang nampak kosong. Tapi kan, korang boleh ambil Pakej Nikah Cattlea di sini dan semuanya akan disediakan seperti mini pelamin beserta bantal akad nikah, sistem audio asas, kerusi bersarung, meja buffet dan katering lagi.   

Tempat Kahwin Shah Alam

Selain daripada itu, ada juga Bilik Anggerik yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama dewan. Bilik ini kebiasaannya digunakan oleh tetamu kerhormat sementara nak tunggu majlis bermula. Kalau untuk majlis perkahwinan pula, biasanya pengantin akan bersiap dalam bilik ini. 

Dewan Kahwin Shah Alam

Dewan Raja Muda Musa ni sebenarnya bukan saja boleh buat tempat kahwin di Shah Alam. Kalau korang ada majlis nak buat contohnya untuk konferens, mesyuarat, seminar, pameran, konvokesyen, konvensyen, ekspo, program televisyen, konsert, karnival jualan, karnival sukan dan makan malam korporat pun boleh jugak buat dekat sini.

Kalau korang nak tahu, Pertandingan Akhir Super Spontan All Star 2015 yang bersiaran secara langsung, Fiesta Usahawan 2016 dan Bazaar Lepak #villagepeople pun pernah diadakan dekat sini tau. Fadzi sempat pergi Baazar Lepak #villagepeople tahun lepas dan keadaan memang selesa walaupun orang ramai. Dalam dewan luas, parking pun cukup walaupun orang datang ramai waktu tu dan penghawa dingin pun memang kuat dalam dewan. Selesa dan sejuk je.  

Masa Fadzi pergi tengok Dewan Raja Muda Musa minggu lepas, diaorang tengah siapkan dewan untuk majlis hari terbuka sempena Hari Raya untuk TNB. Diaorang guna warna tema biru. Jadi meja, kerusi dan hiasan bergantung dekat atas semua ada elemen warna biru. Korang boleh request warna apa yang korang nak pakai. Kebanyakan warna memang ada diaorang sediakan.   


Dewan Kahwin Shah Alam

Dekat atas ni gambar contoh pelamin dan hiasan dalam Dewan Raja Muda Musa. Cantik sungguh diaorang hias. Siap guna fresh flower lagi tu. Kalau ada antara korang yang masih tercari-cari dewan kahwin di Shah Alam, Fadzi memang rekemen sangat DRMM ni. 
  
Dewan Kahwin Shah Alam

Ini pula hiasan untuk meja makan, kerusi dan dewan. Kalau korang nak book Dewan Raja Muda Musa ini untuk jadi tempat kahwin di Shah Alam, korang boleh pilih pakej mengikut bajet korang. Pakej yang diaorang sediakan bermula dari serendah RM25 per pax hingga RM600 per meja. Boleh pilih sama ada nak jenis berhidang atau buffet.

Yang Fadzi sukanya tentang pakej DRMM ni, kalau korang ambil sekali makanan dengan diaorang, nanti korang boleh cuba food testing menu yang korang pilih nanti. Kiranya dapatlah rasa sedap atau tak kan. Tak banyak katerer yang buat macam ni.   

Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam

Kalau korang tengah cari dewan kahwin di Shah Alam untuk majlis korang nanti, bolehlah tengok Dewan Raja Muda Musa ni. Atau kalau nak buat event-event lain pun boleh. Pada Fadzi, dewan ini memang sesuai untuk dijadikan venue untuk tempat kahwin dan majlis-majlis yang sederhana atau besar sebab luas, kemudahan cukup lengkap dan harga pun boleh pilih ikut pakej mana yang sesuai dengan korang. 

Untuk maklumat lanjut pasal Dewan Raja Muda Musa ini, korang boleh tengok website, Facebook atau terus saja pergi ke tengok dewan ini dekat Seksyen 7 Shah Alam. Details semua korang boleh tengok dekat bawah.


Alamat: 
Dewan Raja Muda Musa, 
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, 
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor

No Telefon:
011 1301 0276/03 5512 5582/03 5511 8236

{ 21 comments.. read them below or add one }

penaberkala nuar penaberkala nuar 17 July, 2017
Besar jugak dewan kat sini. Dekorasi pun cantik. Memang sesuai la untuk buat wedding..
Fiza Rahman Fiza Rahman 17 July, 2017
Wah... besar dewan ni yer. Memang selesa kalau nak buat majlis.
Amanda Suria Amanda Suria 17 July, 2017
Terus rasa nak kawen cepat la...
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari 17 July, 2017
Fuhh.. tak pernah pula terbayang Dewan Raja Muda Musa ni boleh jadi grand macam dalam gambar. iyalah, saya selalu datang sini pun sebab time study dulu, exam uitm memang kat sini setiap semester! haha
Bro Framestone Bro Framestone 17 July, 2017
Rasa macam pernah pergi ke dewan ini. Tapi lupa pula.

Yang pasti, dewan ini mmg nampak besar dan luas.. sesuai untuk apa-apa jenis majlis.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 17 July, 2017
wah...besarnya dewan..kalau majlis kahwin buat sbesar ni gempaknya..
Ummi Zarra Ummi Zarra 17 July, 2017
Perghhhh besarnya dewan. Puas hati buat majlis kahwin di sini. Siapa yang berkemampuan tak rugi buat majlis di dewan ni kan.
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Haah, memang besar. Deko tu pulak boleh request nak pakai dieorang atau nak pakai vendor lain. Tapi better pakai dieorang je senang
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Betul. Memang besar sangat. Fadzi masuk hari tu rasa kerdil je dalam dewan
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Kak suria, wedding bile?
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Eh hasif ambik course ape kene ambil exam dekat sini? Fadzi pun uitm jugak tp exam dekat fakulti je
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Haah, dulu ade event jualan #villagepeople yang ada faizdickie tu pun buat dekat sini
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Kan, boleh ajak ramai gila orang dalam satu masa
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 July, 2017
Pakej dekat sini ada yang mampu milik jugak tau nora. Eh nora nye wedding dekat mana nanti?
Nur Alja Nur Alja 18 July, 2017
Terima kasih mak sebab survey kan dewan kawen Alja dgn Aneeq hahahahaha cantik sangat dewan ni! Ala ala diraja dan mewah.Tapi jauh dari rumah T_T
rubydotmy rubydotmy 18 July, 2017
Luasnya Dewan. Sekarang ni buat majlis kat Dewan je senang. Tak perlu kecah rumah. Rumah pun tak serabut dan kalau sedara mara nak dtg. Sewa homestay aje. Hehehe. Pelamin kalau pasang kat Dewan pun terus jadi gah. Sebab lighting semua cukup. Pastu tetamu tak risau cuaca hujan panas teruk semua tu. Hehe
Rawlins GLAM Rawlins GLAM 18 July, 2017
Wah!!! Besarnya dewan dia. Lengkap plak tu. Memang sesuai untuk wedding dan seminar
Unknown Unknown 18 July, 2017
wahhh besar juga dewan ni, puas hati juga kalau buat majlis kahwin kat sini, sah-sah cukup ruang untuk menampung tetamu yang datang, takyah rebut-rebut atau tunggu meja untuk turn makan
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 19 July, 2017
Wahhhh boleh lah kalau akk nk wat tempahan kat sini nanti..hehehe
Wan Syahida Wan Syahida 20 July, 2017
Setakat ni belum pernah datang ke sini kerana mana-mana jemputan. Hopefully ada hehehe
CikLily Putih CikLily Putih 20 July, 2017
bagus dewan ni luas benau