Meet & Greet With Izzue Islam Di ShopeeDayOut!

Meet & Greet With Izzue Islam Di ShopeeDayOut! | Kalau korang follow Shopee, mesti korang tau Shopee ada buat event Sesi Temu Mesra dengan Izzue Islam dekat Zawara Setia Alam. Fadzi kan alang-alang weekend ni memang tak ada apa-apa plan hari Sabtu lepas, Fadzi pergi lah join sekali.

Meet & Greet With Izzue Islam Di ShopeeDayOut

Rupa-rupanya, sempena dengan Sesi Temu Mesra dengan Izzue Islam ni, dia jugak datang untuk melancarkan kanta lekap Lookalike di platform Shopee. Contact lense Lookalike ni adalah jenama kanta lekap Izzue sendiri tau. 

Demo Solekan Mata Zamrina Zamrim

Dalam event sesi temu mesra tu, sempat juga Fadzi belajar cara solekan mata daripada Zamrina Zamrin. Eye shadow lebih cantik kalau pakai kanta lekap yang berwarna lebih gelap. Fadzi suka sangat tengok Zamrina ni tau. Cantik sangat dia.

Masa Zamrina buat tutorial make up mata ni, dia juga ada tunjukkan cara yang betul untuk pakai kanta lekap. Fadzi pernah nak cuba pakai contact lense masa belajar dulu, tapi asyik masuk tak betul je. Jadi, kali ni, Fadzi pun terasa nak cuba sekali lagi pakai kanta lekap.

Zamrina Zamrim

Cantiknya Zamrina ni. Baru Fadzi tau Zamrina ini adalah seorang part time Youtuber yang selalu buat video pasal beauty, make up dan juga travel. Dan Zamrina ni merupakan salah seorang finalist Dewi Remaja tau. Kalau korang nak tengok video tutorial pasal make up korang boleh check out Zamrina punya Youtube Channel.

Lepas je Zamrina buat demo make up mata, Izzue Islam pun keluar. Handsome jugak Izzue ni kahkahkah. Patutlah laku habis berlakon walaupun dah kahwin. Tapi bagi Fadzi, Izzue ni memang humble gila kot. Dia layan je peminat nak ambil gambar dengan dia. Cara dia bercakap dengan Emcee atas pentas pun sempoi je. Siap buat gaya terbaring lagi atas pentas. Aduhai, yang tu Fadzi tak sempat nak ambil gambar.

Izzue Islam

Izzue Islam Jual Contact Lense Lookalike Di Shopee

Dalam sesi temu ramah tu, Izzue ada mention yang dia dah mula menjual dekat platform Shopee. Dalam platform Shopee ni, Izzue ada jual contact lense jenama Lookalike dan juga printed bawal. Korang boleh tengok dan beli barang-barang ni dekat Shopee Izzue Islam.

Contact lense Lookalike tu boleh tahan cantik cantik warna dia. Ada warna Smokey Grey, Dusty Brown, Metal Grey, Snowy Blue, Pale Honey, Misty Green dan Mauve Violet. kanta lekap ni sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

Contact Lense Lookalike

Untuk printed bawal pulak ada 3 jenis rekaan yang eksklusif iaitu Orked, Kemboja dan Chempaka. Kalau korang jenis yang suka pakai bawal ni, sesuai sangat nak tengok dan cuba sendiri design macam ni. 

Lepas habis sesi lebih kurang Q&A dengan Izzue Islam, sempat lagi dia nyanyi lagu Sahabat dia. PA system serabut sikit but dia nyanyi not bad lah kan. Boleh lah enjoy lagu ni jugak. Bila dah habis nyanyi semua, ada jamuan makan sikit. Fadzi memang suka bab bab makan ni. Hahahha. Waktu tu event pun dah habis tapi kan, lepas makan tu, sempat jugak peminat-peminat yang datang tu ambil kesempatan untuk ambil gambar dengan Izzue. 

Line untuk ambil gambar panjang gila weh tapi Fadzi betul-betul kagum dengan Izzue sebab melayan je semua peminat-peminat dia. Izzue ni memang salah seorang artis yang rajin melayan peminat dan appreciate peminat dia. Kepada peminat-peminat Izzue Islam, korang support lah dia untuk terus hiburkan korang. Dia ni memang artis yang bagus dan tak kekwat dengan peminat dia.




{ 8 comments.. read them below or add one }

Gum Arabic Al-Manna Ameer Gum Arabic Al-Manna Ameer 31 July, 2017
Untuk mereka yang rabun tebal mungkin tak berpeluang pakai contact lense. Dulu pernah tanya kedai, contact lense untuk yang rabun rendah je.
- dieyana - - dieyana - 31 July, 2017
kite minat gak izzue ni, sbb dia humble gile n encem kot? hahhah
Ajuya Rashid Ajuya Rashid 04 August, 2017
alahai..suka tengok izzue islam. kalau dia berlakon terbayang2 je dia ckp depan kita. haha
Mrs. A Mrs. A 11 August, 2017
Nak tengoklah contact lense Izzue Islam kat Shoppee.
baru tahu ni Izzue Islam ada jual contact lense.
Ummi Zarra Ummi Zarra 13 August, 2017
Wahhhh bestnya fadzi jumpa izzu islam.. haishhhhh ensem lorhhh