Berbaloi Ke Bidding Barang Dekat Chilindo?

Berbaloi Ke Bidding Barang Dekat Chilindo? | Sekarang ni memang tengah hot kan website Chilindo. Kalau korang yang masih tak tau, Chilindo ni website untuk korang bidding macam-macam jenis barang bermula dengan harga RM1.


Chilindo

Dengar macam best kan sebab boleh bid barang bermula dengan harga RM1. Dan dekat website ni pun macam-macam barang yang ada termasuklah kaca mata hitam, basikal, pisau, tripod dan macam-macam lagilah. 

Fadzi ni jenis yang selalu susah nak tidur malam. Jadi, ada satu malam tu, Fadzi tak boleh tidur dan tak tahu apa nak buat, Fadzi pun masuk lah website Chilindo dan mula bid. Waktu tu memang senang nak dapat barang bawah RM4 sebab orang tak ramai. Tengah pagi buta kan. Tapi yang tak bestnya bila ada orang buat bidding auto. So Fadzi bidding punya bidding, termenang 9 barang. Hehehehe.


Kaca mata gelap

Kaca mata gelap

Hahahah, Fadzi tak tulis kaca mata hitam sebab Fadzi memang 4 kaca mata dengan warna yang berbeza. Warna coklat pudar (RM3.20), warna hijau (RM3.20), warna biru (RM3.20) dan warna hitam (RM2.80).  

Fadzi mula bid dengan kaca mata paling kiri iaitu warna coklat pudar sebab Fadzi nampak warna tu sangat cantik. Cantik kan? Paling last Fadzi bid untuk kaca mata warna hitam tu. Dan sejujurnya Fadzi tak suka tiga kaca mata belah kiri sebab bila pakai, kaca mata tu senget. Memang tak selesa sangat kalau pakai pun. 

Yang warna hitam kanan sekali tu lah yang paling selesa, tak senget. Tapi bila pakai lama-lama jadi tak selesa sebab besi kaca mata terlalu halus dan sakit bila kena pada tepi telinga dan atas hidung.


Tripod untuk smartphone

Tripod Smartphone

Fadzi pun ada menang bid untuk pelbagai jenis tripod. Tripod klip putih (RM2.70), tripod besi (RM2.90), monopod (RM2.80) dan gorilla tripod (RM3.40).  

Tripod klip putih tu, kalau korang guna untuk ambil video atau gambar dari pandangan atas, tak payah lah beli sebab tak stabil. Klip dia setakat yang Fadzi guna ni memang kuat. Tapi bila Fadzi klip kan phone, tripod ni non stop bergoyang. Memang tak cantik langsung nak ambil gambar pun. Untuk tripod besi tu pulak, kecil sangat. Boleh je kalau nak guna tapi Fadzi takut nak letak phone Fadzi dekat pemegang dia sebab direct besi. Tak ada alas langsung. Karang tak pasal-pasal bercalar phone. 

Yang monopod tu pulak, memang sedih sebab pemegang handphone tu dah bengkok. Nak letak phone pun dah tak kuat. Sendu je tengok bengkok tu. Gorilla tripod tu pun sama, jenis pemegang phone direct besi tak ada alas. Sayang oh kalau phone tercalar. Setakat ni, kaki dia masih okay walaupun Aneeq buat main jadi kuda. Hahahahahaa.


Travel Pillow

Travel Pillow

Dan akhir sekali Fadzi bid menang travel pillow ni yang berharga RM2.70. Travel pillow ni berwarna biru gelap tapi nampak dari jauh warna hitam kan. Jenis fabrik travel pillow ni lebih kurang macam fabrik baldu. Ada rasa kesat-kesat dan tiub untuk tiup angin memang kecil. 

Bagi Fadzi, travel pillow ini adalah barang yang paling useless Fadzi menang sebab Fadzi tak boleh nak tiup langsung pillow ni. Tiup lah sekuat mana pun, selama mana pun, tak kembang-kembang jugak. Dah adjust tiub tempat tiup angin tu pun, masih tak mahu kembang. Disappointing betul rasanya. 
  
Nampak tak kualiti barang yang Fadzi dapat? Tak memuaskan langsung. Kalau nak minta tukar semula, even kalau boleh pun memang Fadzi tak nak lah membazir tenaga dan masa untuk dapat barang baru dengan kualiti yang sama juga. Redha sajalah buat pengajaran.

Itulah 9 barang yang Fadzi dah dapat bid dengan harga setiap satu di bawah RM4. Persoalannya: 


Berbaloi atau tidak bid barang dekat Chilindo?

Jawapan Fadzi, tak berbaloi sebab kualiti barang yang Fadzi dapat memang sangat tak memuaskan. Tapi kalau korang jenis yang tak kisah pasal kualiti barang asalkan dapat benda murah, Fadzi kata pergilah bid barang di sana. 

Memang lepas ni, Fadzi tak akan bid lagi dekat Chilindo sebab bagi Fadzi kualiti barang yang Fadzi terima memang agak teruk. Kecuali lah kalau Chilindo tingkatkan kualiti barang, mungkin Fadzi akan cuba bid lagi. Untuk waktu terdekat ni, memang Fadzi tak nak dah.   


{ 8 comments.. read them below or add one }

Normi Nieza Normi Nieza 30 August, 2017
rajin fadzi lyn chilindo..hehe
mama tisya mama tisya 30 August, 2017
Byk juga hasil bidding tp kualiti xok ek, mujur murah2 xde la ralat sgt kn
Illya LeYa Illya LeYa 30 August, 2017
Looorrrr...gitu..igt ok... baru nak try tgk..hehehe..
Mrs FaRa Mrs FaRa 30 August, 2017
Fara bid monopod dgn octopus so far okau guna... Brg pon okay.. dah try bwk travel ok la not bad...
Yana MIB Yana MIB 30 August, 2017
ada 5 item i bid kt chilindo, 1 je yg xoke, cpt gila rosak...bid harga tinggi pulak tu smpi puluh²...mula mtk tukar brg...pastu lmbt sgt respon now tgh tggu dorang refund duit je...asben ada bid speaker, pun rosak, kitorg mtk refund...yg tu dia dh bg sbb murah, yg brg mahal lmbt pulak nk refund..ceh smpi tahap i buat aduan kt kpdnkk terus...kahkah
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 30 August, 2017
MAKIN FAMOUS CHILINDO NI..nasib tak terjebak..
Gum Arabic Al-Manna Ameer Gum Arabic Al-Manna Ameer 03 September, 2017
Chilindo ni dah jadi macam sejenis sukan. Ramai juga yang 'terjebak' dengan bidding harga ni.
Mama Darwiish Mama Darwiish 22 September, 2017
Wahhh best.. Cantik spek tu....tapi x pernah try bid lagi....mcm tak reti je huhu