Enchanteur Stunning Full Set Review

August 23, 2017

Enchanteur Stunning Full Set Review | Rasanya kalau Fadzi sebut tentang semburan pewangi Enchanteur, mesti semua orang pun dah kenal kan? Fadzi memang dari kecil dulu dah kenal jenama Enchanteur ini sebab kakak ada pakai. Bila Fadzi dah masuk umur remaja, Fadzi pun ada juga pakai losyen Enchanteur sebab wangi.

Enchanteur Stunning

Kalau korang nak tau, Enchanteur ada keluarkan satu lagi rangkaian di bawah set baru iaitu Stunning. Set Enchanteur Stunning ini menggabungkan bau-bauan Turkish Rose dan Gardenia. Pergh memang bau-bauan bunga tu. Dan dicampur juga dengan bau manis Blackcurrant Bud dan Rasberry. Nak lagi best? Set Stunning ini juga dihasilkan dengan campuran kelembutan Sandalwoot. Bau yang terhasil memang wangi. Fadzi paling suka pakai wangian macam ini masa nak tidur. Lena habis.  

Antara produk yang ada di dalam rangkaian Enchanteur Stunning ini adalah Eau de Toilette (semburan minyak wangi), losyen badan, pewangi deodoran semburan, pewangi deodoran bebola dan bedak.
  
Enchanteur Eau De Toilette
Enchanteur Eau De Toilette (50ml) - RM28.20 
Fadzi memang suka sangat dengan bau semburan minyak wangi Stunning ini. Bila Fadzi sembur pada pergelangan tangan, masa awal-awal, baunya lebih kurang macam bau musk. Tapi bila dah lama sikit, Fadzi boleh bau yang manis. Tapi korang tak perlu risau, bau minyak wangi Stunning ini tak terlalu kuat hingga menyucuk hidung. Cuma jangan lah korang sembur banyak sangat. Fadzi pernah sembur perfurm ni pada pergelangan tangan dan tak lama lepas tu Fadzi mandikan Aneeq. Lepas 2 jam, Fadzi masih lagi boleh bau wangian ini pada pergelangan tangan Fadzi. Jadi pada pendapat Fadzi, bau dia memang boleh tahan lama. 

Enchanteur Body Lotion
Enchanteur Body Lotion - RM5.40 hingga RM17.60
Untuk losyen badan Enchanteur pula Fadzi suka sebab bila Fadzi sapu pada kulit, rasa macam cepat saja dia meresap. Tak payah nak tunggu kering, sapu-sapu terus kulit rasa lembut. Biasanya losyen ni Fadzi pakai sebelum tidur. Fadzi selalu juga sapu losyen pada tapak kaki dan tumit sebab tapak kaki Fadzi memang teruk merekah. So far, memang okay bila sapu pada tapak kaki yang merekah tu. Satu lagi yang Fadzi perasan bila pakai losyen badan Enchanteur ini, bahagian yang Fadzi sapu dengan losyen rasa lebih sejuk dan selesa. Rasa kulit lembut pun ya juga. Cuma yang Fadzi kurang suka sebab baunya agak kuat. Jadi kena sapu sikit-sikit supaya bau dia tak menusuk hidung sangat.

Enchanteur Deodoran Roll-On
Enchanteur Deodoran Roll-On - RM4.90 sehingga RM8.40
Jujurnya Fadzi tak berapa suka pakai deodoran jenis roll-on ini sebab ianya lambat kering. Tapi ada je waktu-waktu yang Fadzi pakai juga deodoran roll-on contohnya masa tak rushing nak keluar atau waktu nak keluar dekat-dekat dengan rumah saja. Bau deodoran roll-on ini tak berapa kuat. Bila Fadzi bau, lebih kurang macam bau masam-masam musk. Fadzi memang suka bau musk tapi itu lah, Fadzi kurang suka pakai jenis roll-on. Yang Fadzi ada ini saiz dia 50ml. Boleh tahan lama juga kalau nak dibandingkan dengan deodoran jenis spray. Botol dia Fadzi suka sebab saiz dia muat-muat tangan. Senang nak pegang sambil roll kan pada ketiak. Selesalah kalau nak pegang kiranya.   

Enchanteur Perfumed Deo Mist
Enchanteur Perfumed Deo Mist - RM8.40
Kalau nak dibandingkan dengan deodoran spray dengan deodoran roll-on, Fadzi lagi suka jenis spray. Lebih cepat kering dan mudah. Tak perlu nak tunggu lama untuk kering. Cuma spray, kepak sikit ketiak 2 3 kali, dah boleh sarung baju. Baju pun tak ada masalah nampak basah. Lagipun, bau deodoran mist ini tak terlalu kuat. Sesuailah kalau nak pakai untuk apa-apa jenis aktiviti pun. Yang bestnya, bau dia boleh tahan sampai 24 jam. Fadzi pernah pakai deodoran spray Enchanteur tapi dari rangkaian yang lain, dan memang baunya boleh tahan sampai satu hari. Tapi, sekarang ini Fadzi tak buat dah lah kerja tak mandi sampai 24 jam. Hehehehe.  

Enchanteur Perfumed Talc
Enchanteur Perfumed Talc - RM4.40 hingga RM11.80
Mungkin dalam banyak-banyak rangkaian produk di bawah Enchanteur Stunning, Fadzi paling suka bedak wangi ini. Dulu masa sekolah menengah pun Fadzi pakai bedak Enchanteur. Bau bedak Stunning ini sangat lembut dan tak terlalu kuat macam produk-produk Stunning yang lain. Botol bedak ini dari dulu tak pernah berubah, memang klasik sangat,. Saiz dia yang kecik dan cukup muat dalam satu genggaman buat Fadzi lebih senang nak tuang bedak atas tapak tangan. Kiranya Fadzi selesa nak pegang botol dan boleh kawal berapa banyak Fadzi nak keluarkan. Tak lah terlebih sampai membazir. 

Harga yang Fadzi sebut dekat atas bagi setiap produk Enchanteur Stunning ini dah termasuk sekali dengan 6% GST. Jadi, memang harga itu saja yang korang perlu bayar.
  
Korang boleh dapatkan set rangkaian Enchanteur Stunnning ataupun set yang lain dekat mana-mana pasaraya, pasara raya besar dan boleh jugak korang beli dekat farmasi. Kalau korang nak tau set rangkaian Enchanteur yang lain, korang boleh klik link dekat bawah ni.


You Might Also Like

3 comments

  1. kite pakai yg purple tu..mmg wangi giler.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Enchanteur Eau De Toilette pun bagus juga untuk dijadikan hadiah. Harga pun macam kenal-kenal je dengan orang yang nak cuba. Apa pun semua set ini boleh dibuat hantaran.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter