Menangi Percutian Keluarga Ke Holland

August 20, 2017

Menangi Percutian Keluarga Ke Holland | Hari Isnin lepas Fadzi dah kongsi dengan korang kontest pasal Pokka kan. Kali ini Fadzi nak kongsikan satu lagi kontest yang korang boleh cuba join dan korang mungkin boleh menang percutian keluarga ke Holland!


Menangi Percutian Keluarga Ke Holland

Best kan? Tapi untuk kontest ini Fadzi rasa lebih sesuai untuk korang yang ada anak kecil yang masih lagi minum susu formula. Sebabnya, kalau nak menang korang kena beli Friso Gold. Kalau korang selalu beli Friso Gold, korang boleh teruskan membaca. Atau korang mungkin boleh cuba beli Friso Gold untuk anak korang.

Apa Yang Menarik Di Holland?

Holand dikenali sebagai negara bunga tulip dan kincir angin. Holland juga merupakam tapak bagi Royal FrieslandCampina. FrieslandCampina adalah tempat menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanka Friso Gold. Kalau korang join kontest ini, korang berpeluang untuk melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan oenghasilan produk susu Friso Gold.    


“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini. Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.


Menangi Percutian Keluarga Ke Holland

Friso Gold® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutriTM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran. 

Okay, dah ready nak menang percutian ke Holland? Baca dekat bawah.

Cara-Cara Menyertai

Senang sangat cara nak join kontest ini. Korang boleh follow step by step dekat bawah:
1. Beli susu tepung rumusan Friso Gold Step 3 atau Step 4 untuk mengumpul mata. (1 X 900g = 15 mata; 1 X 1.2kg = 12 mata)
2. JAWAB satu soalan mudah: Friso Gold® 100% dihasilkan dan dibungkuskan di Holland. BENAR/SALAH
3. WHATSAPP jawapannya ke 012-6458311 dengan sebuah foto yang jelas sebagai bukti pembelian, nama penuh ibu atau bapa, tarikh lahir (DDMMYY) dan jantina, serta umur kanak-kanak tersebut (haruslah berumur 2-8 tahun bagi tahun 2017).

12 peserta teratas dengan mata terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh peraduan akan disenarai untuk melalui cabaran pemilihan akhir. Sekiranya terdapat keputusan seri, di mana kedua-dua peserta mempunyai jumlah mata terkumpul yang sama, peserta dengan penyertaan terawal akan tersenarai. 


Menangi Percutian Keluarga Ke Holland

Hadiah-Hadiah Pertandingan

Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontest ini adalah:

Hadiah Utama x 2: 
percutian keluarga ke Holland serta lawatan ke ladang tenusu Royal FrieslandCampina bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak! 

Hadiah Pertama x 10: 
bekalan produk Friso Gold® selama 6 bulan (setara dengan 24 tin Friso Gold® 900g – Step 3 atau Step 4 bergantung pada umur kanak-kanak).

Dah boleh mula beli dan submit penyertaan sekarang dah. Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat website atau Facebook Friso Gold.





You Might Also Like

1 comments

  1. Best kalau berpeluang menang percutian keluarga ke holland.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter