Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam | Kalau korang tengah mencari dewan perkahwinan di Shah Alam, maybe korang boleh baca entri ni sampai habis. Weekend lepas The Venue Shah Alam ada buat open day sekali dengan food tasting. Well, di mana ada makanan percuma, di situ ada Fadzi hahahaha.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam

The Venue Shah Alam - Dewan Perkahwinan Shah Alam

The Venue Shah Alam ini adalah satu tempat atau Fadzi boleh cakap satu bangunan yang mana korang boleh mengadakan pelbagai jenis acara termasuklah majlis perkahwinan, majlis pernikahan, pertunangan, conference, product launching dan macam-macam lagi lah. Masa bulan Ramadan dulu pun The Venue ada buat buffet Ramadan jugak. Fadzi ada pergi sekali. Korang boleh baca dekat sini - Buffet Ramadan The Venue Shah Alam. Tapi bagi Fadzi tempat ni memang cantik dan sangat untuk dibuat sebagai dewan perkahwinan di Shah Alam ni.


Kelebihan The Venue Shah Alam

Fadzi rasa The Venue Shah Alam ni memang tempat terbaik untuk buat majlis perkahwinan di Shah Alam sebab:

1. Ada 2 dewan utama untuk majlis
Dekat The Venue ni ada dua dewan utama untuk buat majlis. Satu di ground floor dan satu lagi di tingkat 2.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Grand Ballroom
Grand Ballroom ini di ground floor. Dewan ini memang besar dan boleh muat sampai 2500 orang. Fadzi suka susunan kerusi dan mejanya yang jarak-jarak. Selesa bila nak lalu. Dekat sini pun ada dieorang sediakan kerusi baby. Air cond dia tak payah cakap, memang sejuk. Tak akan berpeluh punya. Lantai pula semua berkarpet. Nak jalan pun sedap je.  


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Event Hall
Event Hall ini pula berada di tingkat 2. Buat masa sekarang ini dewan ini masih lagi dalam renovasi. Walaupun tak siap lagi tapi dah ada orang booking untuk majlis perkahwinan tahun depan.    

2. Pakej All-in-One
Dekat The Venue ni yang Fadzi suka sangat diaorang buat semua benda. Maksudnya katering, kerusi meja, hiasan, pakaian semua dah ada dekat sini. Korang dah tak payah pening-pening makanan nak tempah dekat tempat lain, baju nak tempah tempat lain. meja kerusi tempat lain. Dekat sini, semua ada. Dan korang boleh pilih pakej mana yang korang nak ikut apa item yang ada dan ikut kemampuan. Sebab tu Fadzi cakap The Venue ni adalah antara salah satu dewan perkahwinan Shah Alam yang terbaik.


Pakej Perkahwinan Murah Shah Alam
Pakej Event Hall
Untuk Pakej Event Hall ada 2 - Pakej Lily dan Pakej Orkid. Pakej Lily lebih murah berbanding Pakej Orkid sebab ada item yang tak disediakan sekali dalam pakej.


Pakej Perkahwinan Murah Shah Alam
Pakej Grand Ballroom
Pakej Grand Ballroom ada 2 jugak - Pakej Gold dan Pakej Platinum. Untuk harga dan item apa yang ada dalam setiap pakej, korang boleh tengok gambar dekat atas ni.

Item-item yang ada dalam pakej di atas ini termasuklah macam dekat bawah ni. Cuma untuk kompang, baju sanding, make up, fotografi dan album serta videografi dan highlight tu berbeza sedikit untuk setiap pakej. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Kelengkapan Dewan
Kelengkapan dewan ni termasuklah dewan perkahwinan (pilihan sama ada korang nak ambil Grand Ballroom atau Event Hall), pelamin dewan, dekorasi pintu utama, walkway dan hiasan dewan, meja dan kerusi, meja VIP, meja beradap, meja bufet, meja hadiah dan meja kek.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Ini antara salah satu contoh pelamin yang korang dapat nanti. Mewahnye bukan main kan. Siap dengan lampu chandelier lagi. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Menu Katering, Makan Beradap & Teh Tarik Corner
Bila korang booking dewan kahwin Shah Alam The Venue ni, dah tak payah pening-pening pasal katering. Sebab diaorang memang ada sediakan pilihan makanan yang sedap-sedap. Hari tu Fadzi pergi open day tu kan, diaorang ada buat food tasting sekali. Makanan diaorang memang sedap.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Ayam Masala

Antara menu utama yang ada mengikut pakej adalah Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masala, Daging Baghdad, Dalca Sayur, Acar Rampai, Papadom, filet ikan masam manis, buah-buahan, minuman sejuk dan RO water. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Daging Baghdad 

Menu-menu dekat sini boleh je kalau korang nak tukar-tukar. Nanti pihak The Venue akan revise lah lauk apa yang nak tukar ikut korang punya pilihan. Tapi kalau korang nak pilih menu, pastikan korang ambil lauk Daging Baghdad (gambar atas) ni tau. Serius memang sedap. Fadzi tak pernah makan lauk orang kahwin macam lagi sebelum ni. 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Dalca Sayur

Untuk menu meja beradap pulak, makanannya memang istimewa. Meja beradap ini akan disediakan untuk 8 orang dengan menu-menu seperti filet ikan masam manis, ayam percik, udang tempura dan pencuci mulut.

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Acar Rampai

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Bubur Kacang Hitam

Selain daripada menu utama, The Venue Shah Alam ada juga menyediakan Teh Tarik Corner dalam pakej diaorang. Menu Teh Tarik Corner ini termasuklah 2 jenis kuih tradisional, bubur kacang dan teh tarik. 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Kuih Talam 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Buah-buahan segar

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Pulut Panggang

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Fasiliti Dewan
Kan Fadzi dah cakap tadi, korang booking je dewan perkahwinan dekat The Venue Shah Alam, korang boleh datang cuci kaki je. Sebab semua benda dah ada termasuk juga fasiliti dewan seperti projektor dan skrin, sound system dan lighting, juru acara atau DJ. Korang jugak akan dapat bilik VIP yang berhawa dingin untuk bersiap. 

Baju sanding, make up, pasukan kompang live, fotografi dan album serta videografi dan highlight pun ada untuk korang pilih mengikut pakej yang ada.  

3. Parking
Parking dekat The Venue ni banyak dan luas. Lagipun jalan dekat sini one way dan ada pasukan RELA yang kawal trafik. Kiranya tak adalah sesak sangat bila bawak kereta dekat sini. Lagi satu, tempat ni terletak di lokasi yang sangat strategik dan senang nak pergi.

4. Surau
Ada surau lelaki dan perempuan di tingkat 1. Surau nya selesa dan tempat ambil wuduk ada dalam bilik surau. 



Video masa Open Day The Venue Shah Alam

5. Tandas
Ada tandas lelaki dan perempuan di setiap tingkat (ground floor luar dan dalam, tingkat 1 dan tingkat 2).

6. Hadiah Percuma Setiap Pakej
Nak lagi best? Setiap pakej yang korang book, korang akan dapat kek 3 tingkat (butter cream) dan 1 malam hotel (deluxe room) yang terletak tidak jauh dari The Venue Shah Alam secara percuma. Menarik ke tak?

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
No, I'm not pregnant. I'm just fat >.<

Fuh, nasib baik Fadzi dah kahwin. Kalau tak , memang dah booking awal-awal dekat sini dah. Harga pun memang mampu milik. Senang pun senang lagi buat dekat dewan daripada buat dekat rumah. Kita datang je, tak payah nak kemas itu ini. Dan yang paling best, The Venue ni memang antara dewan perkahwinan di Shah Alam yang paling cantik, murah dan selesa. Fadzi rekemen sangat korang book dekat sini kalau yang masih tercari-cari dewan perkahwinan di Shah Alam ni.

Kalau korang nak nak tau lebih lanjut pasal The Venue Shah Alam ni, korang boleh tengok Facebook atau Instagram diaorang.



The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Industrial Park, 
Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Malaysia
019 8585 825


6 comments.. read them below or add one

Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 27 September, 2017
Rasa macam nak sanding lagi sekali nengok dewan ni..hahaha
Mrs Puex Mrs Puex 27 September, 2017
pakej yang agak murah dan hampir semua yang pengantin nak, dorang boleh sediakan.. mujur jugak akak dah kawin..hahaha..

sekarang memang semua pilih dewan untuk setiap majlis-majlis besar..
Mommy Cici Mommy Cici 27 September, 2017
affordable jugak harga dia . lengkap semua ada takyah pening pening dah
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 November, 2017
Heheheh kan. Saya pun suke sebab dewan ni nampak mewah tapi boleh pilih pakej set yang harganya mampu milik
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 November, 2017
Tak kak, boleh kawen sekali lagi hahahahahah
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 November, 2017
Kan, semua dah complete. Kalau tau dulu2 nak kawen je dekat dewan kawen macma ni