Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review | Sebelum ni Fadzi pernah review pasal set rangkaian Enchanteur Paris dan juga full set Enhanteur Stunning. Sebagai peminat brand Enchanteur sejak remaja lagi, Fadzi nak kongsikan dengan korang satu lagi set rangkaian Enchanteur iaitu 24H Moist Perfumed Body Lotion. 

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

Rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah losyen terbaru keluaran Enchanteur yang dikatakan mampu memberikan kelembapan pada kulit selama 24 jam. Enchanteur 24H Moist Lotion ni dihasilkan daripada gabungan air mawar, ekstrak lili putih dan minyak zaitun untuk membantu menjadikan kulit kekal lembap dan berseri. Dalam masa yang sama juga, bau losyen ni pun kekal lama.

Korang boleh dapatkan rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion dalam 3 bauan iaitu Charming, Romantic dan Alluring

Enchanteur Charming

Enchanteur Charming

Bau losyen Enchanteur Charming ni direka khas untuk wanita-wanita yang sensual, elegan dan sofiskated. Sebab tu baunya agak kuat. Fadzi rasa ni lebih sesuai untuk wanita-wanita bekerjaya yangnak nampak mereka ni in control. 

Enchanteur Romantic

Enchanteur Romantic

Bau losyen Enchanteur Romantic ni pulak lebih kepada wanita-wanita yang menggoda lah lebih kurang. Hehehehe. Kalau korang rasa nak mengorat suami-suami korang, pakailah yang ni. Baunya lebih kepada manis-manis bunga. 

Enchanteur Alluring

Enchanteur Alluring

Ini bau favourite Fadzi, Enchanteur Alluring. Yang ini lebih sesuai untuk remaja sebenarnya sebab baunya tidak terlalu kuat seperti Charming dan Romantic. Bila pakai bau Alluring ni korang rasa lebih muda dan bertenaga. 

Harga Rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion

Harga untuk sebotol Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah RM11.90 (termasuk GST). Satu botol bersaiz 220ml. Korang boleh dapatkan mana-mana rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion ini di semua hypermarket, supermarket dan farmasi seluruh negara.

Pendapat Fadzi Tentang Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion 

Pada Fadzi, Fadzi suka dengan bauan set rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion yang terbaru terutamanya yang Alluring tu. Bagi Fadzi lah, bau Alluring adalah yang paling kurang kuat antara ketiga-tiga losyen ini. Jadi lebih selesa dipakai ke mana-mana termasuklah bila keluar rumah, buat aktiviti outdoor dan bila berada dalam bilik yang agak kecil dan penuh dengan orang.

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

Cumanya losyen 24H moist ini agak lambat menyerap dan Fadzi kena tunggu lama sedikit sebelum kesemua losyen ini diserap sepenuhnya. Tapi bila dah serap sepenuhnya, tak ada rasa melekit atau berminyak. Losyen ini sesuai disapu pada badan, tangan, kaki. Tapi kebiasanya Fadzi sapu pada bahagian-bahagian yang kering macam siku, lutut dan tapak kaki.

Bila sapu losyen 24H Moist ni pada bahagian-bahagian kering tu, Fadzi boleh rasa macam sejuk-sejuk sikit dan tak lama lepas tu, Fadzi boleh rasa sendiri bahagian-bahagian yang disapu tu memang lembut dalam jangkamasa yang agak lama.

Kalau korang pun peminat brand Enchanteur, Fadzi rekemen korang cuba juga Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion ni terutamanya bau Alluring tu. Memang bau best di samping melembutkan kulit.   

Kalau korang nak tahu lebih lagi maklumat tentang Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion, korang boleh tengok dekat website atau Facebook Enchanteur.



1 comment... add one now

Al-Manna Ameer Al-Manna Ameer 27 September, 2017
Enchanteur yang ada gabungan air mawar tu memang romantik.