H-Focus Suplemen Minda Dan Mata Untuk Anak

H-Focus Suplemen Minda Dan Mata Untuk Anak | Hari semalam Fadzi pergi appointment check up Aneeq yang ke 2 1/2 tahun. Alhamdullilah semuanya okay. Cumanya bila misi tanya pasal selera makan dan ability untuk bercakap Aneeq ni yang buat Fadzi risau sikit.

Aneeq dah mula memilih makanan sekarang ni. Pagi dan malam dia makan okay je tapi bila sampai masa tengah hari, seboleh-bolehnya dia nak lari dari makan. Sabar je lah. Lagi satu, sepatutnya umur Aneeq dah boleh cakap banyak dua patah perkataan tapi Aneeq cuma boleh sebut "ni apa' je. Risau la jugak Fadzi. Disebabkan rasa risau ini jugak lah Fadzi tercari-cari supplemen yang sesuai untuk Aneeq dan Fadzi ambil keputusan untuk cuba Supplemen H-Focus.


H-Focus Suplemen Minda Kanak-Kanak

Supplemen H-Focus

Supplemen H-Focus ini adalah supplemen minda dan mata untuk anak-anak. Ia merupakan produk minda dan kesihatan yang berasaskan makanan sunnah dan moden. Jangan risau kalau anak tak boleh makan ubat pil sebab H-Focus ni dalam bentuk tablet. Anak-anak korang boleh kunyah atau kemam je. Senang je nak makan. Aneeq kan, kalau Fadzi bagi H-Focus ni, dia suka kunyah. Dia punya suka tu, kalau Fadzi bagi satu, nak satu lagi. Ini serius. 

Rasa tablet H-Focus ni memang sedap. Rasa dia lebih kurang macam susu + coklat. Fadzi kalau nak bagi makanan apa-apa pada Aneeq biasanya Fadzi akan rasa dulu. Bila Fadzi dah cuba sendiri H-Focus ni, baru Fadzi tau kenapa Aneeq nak makan sambil 2 3 biji sekali makan. Sebab rasa dia memang sedap.

H-Focus Suplemen Minda Kanak-Kanak

Kebaikan H-Focus

Apa yang buat Fadzi nak bagi Aneeq makan supplemen H-Focus ni adalah kandungan dan jugak manfaat dia. Dalam H-Focus ni ada macam-macam jenis bahan yang boleh beri banyak kebaikan pada anak-anak kita. Antara bahan-bahan yang ada dalam supplemen H-Focus ini adalah kolustrom, kalsium, DHA alga, kurma, madu, buah delima, bijirin, kekacang pistachio, pegaga, anggur hitam, tomato dan vitamin C.

Antara sebab yang buat Fadzi tertarik nak bagi Aneeq makan supplemen H-Focus ni sebab ianya boleh kuatkan tulang dan sistem pertahanan badan. Budak-budak baya Aneeq ni lah masa tulang diaorang tengah membesar dan kita kena make sure cukup segala khasiat dan kalsium.

H-Focus Suplemen Minda Kanak-Kanak

Selain itu juga, Fadzi nak pastikan perkembangan minda Aneeq lebih sihat. H-Focus katanya boleh membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak serta mencerdaskan minda anak-anak

Satu lagi yang Fadzi betul-betul harap melalui supplemen H-Focus ni supaya selera makan Aneeq boleh meningkat. Memilih sangat makanan budak tu sekarang. H-Focus boleh bantu tingkatkan selera makan dan dalam masa yang sama bantu sistem penghadaman

Packaging H-Focus

Dalam satu botol H-Focus ni ada 100 biji tablet. 100 biji ni boleh tahan dalam 2 bulan kalau makan 1 tablet pagi dan 1 tablet malam. Bentuk tablet H-Focus ini tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Boleh dikunyah atau dikemam. Sesuai la saiznya untuk budak-budak makan. Warnanya lebih kurang macam susu coklat tapi lebih pudar.   


H-Focus Suplemen Minda Kanak-Kanak

H-Focus katanya boleh diambil oleh kanak-kanak seawal 1 tahun. Dan kesan perubahan pada anak-anak dikatakan boleh dilihat seawal 7 hari. Hari ni baru hari kedua Aneeq cuba. Harap-harap lepas seminggu nanti boleh lah nampak perubahan pada selera makan Aneeq dan perkembangan minda dia.  

Kalau korang pun berminat nak berikan supplemen H-Focus ni untuk anak-anak korang, korang boleh tengok dekat website atau Facebook diaorang.




2 comments.. read them below or add one

Dkna Abza Dkna Abza 22 September, 2017
Cam ok jer nak bagi kat anak ni..sebab dia reject syrup.