Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam

Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam | Dulu Fadzi rajin sangat keluar cari tempat makan dekat Shah Alam hujung minggu. Rasanya tiap-tiap minggu Fadzi update dekat blog kat mana Fadzi makan. Sekarang ni dah jarang-jarang sebab selalu makan dekat rumah je. Jimat duit katenya. 

Minggu lepas je Fadzi sempat pergi makan dekat luar sebab keluar dengan kawan-kawan. Kali ni Fadzi pergi salah satu tempat makan di Shah Alam yang dekat je dengan rumah Fadzi iaitu Port Bujang dekat Junction @11.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Port Bujang Junction@11

Port Bujang ni nampak macam gerai-gerai biasa je tapi diaorang buat menu ala-ala western fusion. Dan Port Bujang ni terletaknya dekat Junction @11. Junction @11 ni sebenarnya food court dan Port Bujang ni adalah salah satu gerai yang dibuka di sini. Ada lah lagi gerai-gerai yang lain sekali jual menu lain. 

Diaorang bukak setiap hari Selasa hingga Ahad. Hari Isnin jangan pergi sebab diaorang tak buka. Waktu operasi pulak dari pukul 6 petang sampai lewat malam.


Menu Port Bujang 

Banyak jugak menu yang Port Bujang buat. Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni. Dan harga dia boleh tahan mampu milik. Portion makanan diaorang pun besar jugak.
  
Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Dekat bawah ni antara menu yang kiteorang order dekat Port Bujang ni. Korang jangan judge tau sebab banyak gila kiteorang order. Kiteorang ada 9 orang kot hari tu. Jadi, tak ada hal lah kalau order banyak-banyak sekaligus pun. Hahahahha.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Bujang Platters (RM7.00)
Bujang Platter ni menu untuk korang-korang yang tak nak makan makanan berat-berat sangat macam nasi tu. Dalam menu ni ada nugget, fries dengan wedges dengan sos mayonis dan thousand island. Wedges tu semua tersorok bawah sos mayonis. Kalau bagi budak-budak, memang suka lah diaorang.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Hot Dog Bujang Daging Kaw (RM8.00)
Kalau yang jenis tak ada selera nak makan nasi, korang order je Hot Dog Bujang Daging Kaw ni. Dalam menu ni korang akan dapat fries, salad dan hot dog. Hot dog ni guna jenis yang besar tau. Lepas tu diaorang kukus dan tabur daging kisar banyak-banyak atas hotdog tu. Memang sedap.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Hot Dog Bujang Cendawan (RM8.00)
Hot dog Bujang Cendawan ni lebih kurang je dengan menu dekat atas. Korang akan dapat fries, salad dan hot dog yang ditabur cendawan dekat atas. Kalau nak dibandingkan antara Hot Dog Daging Kaw dengan Hot Dog Bujang Cendawan ni, Fadzi lagi suka Daging Kaw tapi yang Cendawan ni pun not bad jugak rasa dia.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Grill (RM11.00)
Untuk menu Ayam Grill, korang akan dapat ayam grill yang lembut, salad dan fries. Ayam dia lembut dan senang nak makan. Dan sos dia sama je macam sos black pepper yang lain.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Grill + Nasi Goreng (RM13.00)
Menu Ayam Grill dengan Nasi Goreng pun sama je macam korang dapat dengan menu dekat atas cuma ada tambahan nasi goreng bagi korang yang rasa tak cukup dengan ayam grill saja.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Ranggup (RM11.00)
Ayam Ranggup ni berbeza sikit daripada Ayam Grill dekat atas. Dah namanya Ayam Ranggup, mestilah bila makan ni rasa kulit ayam ni lebih crunchy. Menu ni boleh lah jugak cakap macam Chicken Chop.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Ranggup + Nasi Goreng (RM13.00)
Menu ni sama macam dekat atas ni tapi ada tambahan nasi goreng.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Kambing Grill (RM15.00)
Rasa bosan makan ayam je? Ha, korang order lah kambing ni. Harga macam mahal sikit kan, tapi alah, bukan selalu makan kambing kan? Apa salahnya kuar duit lebih sikit.  

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Kambing Grill + Nasi Goreng (RM17.00)
Kalau tak boleh tinggal nasi tapi nak makan daging kambing, order je yang ni - Kambing Grill dengan nasi goreng. Memang kenyang. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Campuran Grill (RM18.00)
Kalau korang rasa macam, eh nak makan ayam tapi eh nak makan kambing jugak. Ape susah, order je campuran grill. Campuran grill ni ada ayam grill dan juga kambing grill. Ha puas hati dapat makan dua-dua dalam satu menu. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Campuran Grill + Nasi Goreng (RM20)
Kalau korang jenis perut besar, makan campuran grill kambing dengan ayam pun tak cukup. Order lah Campuran Grill dengan nasi goreng. Kalau tak kenyang lagi lepas order menu ni, Fadzi pun tak tau lah nak rekemen order yang mana lagi hahahahha. 

Kesemua menu yang Fadzi sebut dekat atas ni korang boleh order dekat gerai Port Bujang. Gerai nombor 5. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Asam Pedas Pari (RM8.00)
Untuk menu Asam Pedas Pari ni korang akan dihidangkan sekali dengan nasi putih dan telur masin. Asam pedas dia padu gila. Fadzi rasa nak nangis makan sebab sedap sangat. Tapi masa Fadzi makan tu lauk dah sejuk. Biasa lah kan, Fadzi kalau makan tak mabil gambar, memang tak sah. Sudahnya makanan sejuk. Fadzi rasa kalau makan masa panas-panas, memang gila sedap.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Asam Pedas Daging Tetel (RM8.00)
Menu Asam Pedas Daging Tetel ni pun sama jugak. Korang akan dapat sekali dengan nasi putih dan telur masin. Daging tetel dekat sini serius lembut je, tak liat. Senang nak makan. Kena pulak dengan kuah asam pedas kaw ni, memang terangkat habis. Nasib baiklah ada orang ajak makan dekat sini, kalau tak sampai sudah tak tau ada menu yang sedap dekat area rumah.


Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Masak Lemak Cili Api Daging Salai (RM7.00)
Sama juga macam menu-menu dekat atas ni, kalau korang order yang ni, memang akan dapat nasi putih dengan telur masin jugak. Kalau bab daging salai ni, Fadzi memang tau ni lauk orang Negeri Sembilan sebab mak mentua pun orang Negeri Sembilan. Dia suka buat lauk ni. Kuah lemak cili api yang ni kaw habis. Rugi tak makan masa panas-panas je.

Kalau korang jenis manusia yang tak boleh tinggal makan nasi, korang orderlah menu lauk panas Asam Pedas Pari, Asam Pedas Daging Tetel dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai dekat gerai Claypot 46. Memang terangkat weh. Rugi kalau tak rasa.


Sate Madura
Sebelum ni Fadzi pernah cuba makan Sate Madura dekat area-area Pantai Dalam tapi memang tak kena dengan selera Fadzi. Tapi kali ni, bila order Sate Madura dekat Junction @11 ni, eh eh sedap gila pulak lah. Masa ni order sate ayam dengan sate kambing. Rare habis menu sate ni sebab makan dengan sos kicap dan ditambah pulak dengan lada potong. Pergh, memang terbaik.


Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Air Bandung Cincau
Air Bandung Cincau ni memang cukup manis, kena dengan selera Fadzi. Rasa air ni pulak bersoda. Lagi lah tambah rasa sedap dan segar tu. Cincau dia pun potong tak besar sangat tak kecil sangat. Sedap-sedap untuk kunyah-kunyah. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Air Mangga Susu
Air mangga ni rasanya memang unik. Sebabnya diaorang letak Extra Joss. Kalau korang kaki lepak kedai makan Indonesia mesti tau air Extra Joss tu ape kan. Ada rasa macam berkarbonat sikit masa minum hari tu. Sama macam air bandung cincau dekat atas ni. Tapi rasa mangga tu memang ada dan agak pekat jugak.

Menu Sate, Air Mangga Susu dan Air Bandung Cincau ni korang boleh order dekat gerai Warung Eastimur. Korang boleh tengok Facebook Warung Eastimur atau Instagram Warung Eastimur

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Tengok tu, banyak gila kan kiteorang makan hari tu? Kiteorang ambil hampir kesemua menu yang ada dekat Port Bujang ni dan kongsi ramai-ramai. Baru lah boleh rasa semua sekali kan? 

Portion untuk setiap menu tu dah cukup untuk korang kenyang. Harga pun boleh tahan berbaloi. Tempat dia pun santai je untuk lepak ramai-ramai. Kalau korang datang sini, Fadzi nak cadangkan korang orderlah Hot Dog Bujang Cendawan atau Hot Dog Bujang Daging Kaw. Bagi Fadzi yang dua menu ni memang best. Sate dan lauk-lauk yang Fadzi tulis dekat atas tadi pun sedap. Jangan lupa order yang tu jugak. 


Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Gambar dekat atas ni tempat makan nya. Tempat makan ni luas dan meja pun jarak antara satu sama lain. So, memang selesa jugak lah bila makan dekat sini ramai-ramai.

Tapi kalau korang nak makan dekat sini, Fadzi cadangkan korang datang dalam pukul 7.30 malam atau pukul 8.00 malam lepas Maghrib tu. Sebab gerai-gerai dekat sini bukak dalam pukul 6.00 petang ke atas. Dan waktu pukul 7.00-8.00 malam tu orang tak ramai lagi. Kalau datang lepas Isyak, confirm ramai orang datang. Kiteorang hari tu datang pukul 8.00 malam. Time tu orang dah ada tapi tak ramai sangat. Bila je order kiteorang dah sampai, terus orang start datang ramai-ramai.

Nah, kalau korang teringin nak makan makan western ala ala fusion sikit, meh datang ke Port Bujang ni. Nak cari tempat ni senang je. Korang cari Port Bujang dekat Google Maps, terus jumpa. Kalau nak tengok Facebook atau Instagram diaorang, korang boleh tengok dekat bawah ni.




Post a Comment

6 Comments

  1. Amboi Fadzi.. Larat ke nak habiskan semua tu hehe.. Tengok gerai makan macam port bujang junction 11 ni teringat pula port makan di Manir, Terengganu yang dipanggil Gudang Makang. Semua menu ada, murah dan ramai pengunjung. Mungkin sekarang trend niaga macam ni kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha makan ramai-ramai ni :D :D :D haah, trend macam ni senang nak attract orang datang kot

      Delete
  2. sedapnya..harga pun tak mahal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, harga dia okay lah jugak nak nak lagi yang set nasi putih tu. Fadzi rasa memang berbaloi

      Delete
  3. mak oiii....semua nampak sedap...harga pun reasonable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe kan harga dia memang berbaloi kalau nak pergi cuba

      Delete