Veneer Gigi: Rawatan Untuk Gigi Patah, Pecah, Jarang Dan Gigi Kuning

September 25, 2017

Veneer Gigi: Rawatan Untuk Gigi Patah, Pecah, Jarang Dan Gigi Kuning | Sejak Fadzi pakai Invisalign ni, susunan gigi Fadzi makin lama dah makin elok. Cuma ada satu masalah yang Fadzi tengah alami sekarang iaitu gigi kuning dan ada kekotoran pada celah gigi bahagian depan. 

Fadzi perasan lepas Fadzi mula treatment Invisalign, gigi Fadzi semakin kuning dan kekotoran pada celah gigi hadapan tu makin ketara. Rasa segan juga nak senyum nampak gigi. Sebab tu Fadzi cuba cari solution untuk masalah gigi kuning dan antara solutionnya mungkin boleh guna adalah Veneer Gigi

Veneer Gigi

Apa Itu Veneer Gigi?

Veneer gigi adalah satu treatment gigi yang mana satu lapisan bahan nipis diletakkan pada permukaan gigi. Veneer gigi ini boleh membantu memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak teratur atau ada ruang antara gigi. Tapi yang penting, treatment ni mestilah dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah ye. Bukan doktor gigi jadian dekat internet ye. Hasilnya nanti, gigi lebih teratur, tak ada masalah gigi jarang di bahagian depan dan warna gigi lebih putih. 

Veneer ni cuma dipasang pada permukaan depan gigi dan bukannya keseluruhan gigi. Tapi veneer gigi ini boleh bertahan selama 3 hingga 15 tahun bergantung kepada jenis veneer sebelum ianya rosak dan perlu diganti. Untuk tengok hasil selepas membuat rawatan veneer gigi ni, korang boleh tengok video dekat sini - Composite Veneer Shah Alam.

Bila Fadzi buat research, rupa-rupanya artis-artis luar negara yang bergigi cantik kebanyakannya buat veneer gigi. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok gambar-gambar selebriti luar negara sebelum dan selepas diaorang make over gigi diaorang dekat sini - Celebrity Smiles: Before & After. Cantik je kan? Jeles Fadzi tau.

Jenis-Jenis Veneer

Rawatan veneer ni ada dua jenis iaitu:

Porcelain Veneer

Porcelain Veneer

Porcelain veneer ini lebih tahan lama, tidak berubah warna dan nampak lebih kurang macam gigi yang betul. Kaedah ini memerlukan korang untuk datang ke klinik gigi untuk kali pertama untuk buat acuan. Acuan itu kemudiannya dihantar ke makmal. Kemudian korang kena datang hari lain untuk kali kedua baru boleh buat pemasangan porcelain veneer tu. 

Composite Veneer

Composite Veneer

Composite veneer ini lebih nipis daripada porcelain veneer. Kaedah pula lebih senang dan cepat. Dalam sekali visit ke klinik gigi, dalam 30-45 minit je korang boleh dapat tengok hasilnya. Cumanya kalau nak dibandingkan dengan porcelain veneer, composite veneer ini mudah kotor dan bertukar warna.

Proses Pemasangan Veneer

Proses pemasangan veneer gigi ini ada beberapa prosedur iaitu:
  
1. Konsultasi
Biasalah kalau setiap treatment gigi pun mesti ada konsultasi. Masa ini lah dentist akan tengok kita ni sesuai atau tidak nak pakai veneer, berapa gigi yang perlu pakai veneer, kos keseluruhan dan dentist juga akan inform korang tentang kelebihan serta kekurangan rawatan veneer ini.

2. Persediaan Pemasangan Veneer 
Untuk memasang veneer, dentist akan buang sedikit (lebih kurang dalam 1/2 mililiter) enamel daripada permukaan depan gigi. Bahagian enamel yang dibuang itu nanti akan diganti dengan veneer dengan ketebal yang hampir sama. Tapi jangan risau, sebelum enamel itu dibuang, dentist akan bagi anesthetics untuk bagi korang tak rasa sakit. Kemudian dentist akan buat model gigi yang korang nak pakaikan veneer tu. Model ini akan dihantar ke makmal untuk membentuk veneer korang. Dentist akan pakaikan dental veneer sementara pada gigi yang dah di'trim' untuk sementara waktu sebelum dapat veneer yang sebenar.
Proses Pemasangan Veneer

3. Pemasangan Veneer
Bila veneer korang dah siap, dentist akan letak dulu veneer tu pada gigi korang untuk pastikan warna dan saiznya sesuai. Waktu ini veneer belum disimenkan lagi pada gigi korang. Masa ini lah dentist akan trim veneer itu jika perlu supaya cukup sempurna untuk korang punya gigi. Sebelum veneer ditampal, gigi korang akan dibersihkan, digilap dan dikikis sedikit untuk memastikan ikatan antara veneer dengan gigi korang lebih kuat.

Sejenis simen akan disapukan pada veneer dan veneer itu akan dipasang pada gigi. Bila dah puas hati dengan kedudukan veneer tu, dentist akan lekatkan veneer pada gigi korang. Lepas dah lekatkan, dentist akan tengok balik sama ada perlu buang lebihan simen daripada proses penampalan veneer tu. 

4. Lawatan Susulan
Selepas beberapa minggu, korang mungkin akan kena datang balik ke klinik gigi supaya dentist boleh check tindakbalas gusi pada veneer dan juga untuk check kedudukan veneer. 

Kos Pemasangan Veneer

Kos untuk buat veneer ini rasanya bergantung kepada klinik pergigian mana yang korang pergi. Dari apa yang Fadzi baca, harga antara porcelain veneer dan composite veneer ini jauh berbeza. Harga untuk composite veneer adalah dalam sekitar RM250-RM500 untuk satu gigi. Harga untuk porcelain veneer pula sekitar dalam RM1000-RM1800 untuk satu gigi. 

Fadzi rasa lepas habis treatment Invisalign ni, Fadzi nak buat terus veneer gigi ni nak bagi cantik sikit warnanya. Tengok gigi sendiri kuning, seram pulak rasa. Fadzi dah survey klinik terdekat yang boleh buat veneer gigi ni. Yang Fadzi tengah tengok-tengok sekarang adalah dekat 1st Dental Clinic yang terletak dekat Bukit Jelutong Shah Alam. Memang dah dekat dah dengan tempat Fadzi tinggal sekarang. 

Kalau korang terasa nak buat jugak veneer gigi ni, maybe korang boleh pergi jugak ke 1st Dental Clinic. Diaorang ada 2 cawangan satu dekat Bukit Jelutong Shah Alam dan satu lagi dekat Taman Ehsan Kepong. Nak tau lagi lanjut, korang boleh tengok wesbite dan Facebook 1st Dental Clinic dekat bawah.







You Might Also Like

6 comments

  1. Yang porcelain tile mmg menarik tp sebijik dkt 2k...
    Adui

    ReplyDelete
  2. alamak harga .. jenuh la nak ngumpui .. akk pun teringin nak buat .. 😂

    ReplyDelete
  3. Perghhh harga diaaa. Duit kumpul nak buat lasik ni pun tak cukup2 lagi. Boleh buat beberapa gigi je dulu, or mmg kena buat semua sekali haring ni?

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter